Lisa menghempaskan badannya ke katil. Geramnya masih tersisa. Kenapalah aku perlu jumpa dengan dia lagi! Dekat kolej dah jumpa dekat luar pun jumpa. Yang pelik lelaki tu duduk penthouse yang lagi besar dari penthouse rumahnya. Argh tu bukan masalahnya!
Bunyi pintu diketuk. Lisa membuka matanya. Dia malas bangun.
"Masuklah pintu tak kunci pun" laung Lisa dari dalam
Rose yang dengar suara Lisa yang okey tu laju membuka pintu
"Weh kau pahal tutup pintu macam orang gila?"
Lisa hanya bedengus. Kemudian dia bangun dan duduk bersila di hadapan Rose.
"Tadi aku kan keluar beli barang sikit. Kan stok makanan ringan aku habis so aku keluar la. Aku pakai la mask dengan hoodie. Lepas aku habis shopping dekat 7E aku terserempak dengan salah sorang geng TOZ tu musuh aku la Park Hyung Sik" Lisa geram bibirnya diketap perlahan
Rose yang dengar tergamam. "Kau ingatkan geng diorang tu semuanya pelakon terkenal weh tapi tak sangka diorang masih sambung belajar" ujar Rose pula
"Aku pun terkejut beruk juga. Tak sangka mamat sewel tu pelakon rupanya tu aku rasa macam familiar. Dalam drama ada scene boleh pulak baik² dalam real life? Macam sial. Memang kena la dengan job dia pelakon" Ujar Lisa geram.
"Wooo wooo sabar kau asal ni? Sambung balik" Rose mengipas tangannya ke Lisa. Acah2 bagi cool gitu
"Ha kau la ni masuk campur. Okey lepastu aku tak tahu macam mana dia kenal aku! Nasib aku pakai cermin mata weh dan aku tak mekap. Aku rasa cuak tahu tak! Aku ingatkan aku dah kantoi!" Ujar Lisa bersungguh
"Bahaya betul la kau! Lain kali keluar ajak la aku ke Jennie or Jisoo ke?" Rose menampar bahu Lisa
"Alaaa aku terdesak la!" Lisa membela diri
"Lepastu kau buat apa?"
"Aku sempat la pakai cermin mata bulat tu untuk cover muka aku . Yang aku panas cara dia cakap . Dia cakap macam ni!"
FLASHBACK
LISA POV
"Alamak tak guna kenapalah aku perlu jumpa dia!" Lisa menyorok di bahagian air
"Aku perlu lari pada dia. Aku tak mau kantoi" Lisa mula membuka begnya menyelongkar barang apa yang patut dia lindungi mukanya . Lisa memakai cermin mata dan mengikat rambutnya ala Pointail
"Siap!" Lisa menarik nafas lega. Lisa melihat kiri. Aik? Mana dia pergi?
"Kenapa cari aku ke?"
END LISA POV
PARK HYUNG SIK POVAku melihat rak biskut. Hm stok makanan dah habis. Argh si Sejong tu ajak keluar teman takmau. Beria nak tengok BLACKPINK HOUSE yang entah berapa kali dia nak tengok. Obses sungguh dengan Rose
Aku merasakan diri aku diperhatikan. Malas ambil pusing aku menarik cap dan mask aku. Hish janganlah bagi sapa² cam aku
Aku melihat sudut air minuman. Macam familiar muka perempuan ni. Aku mula intip dia dari belakang. Sah memang minah gila ni. Aku tersenyum sinis
"Kenapa cari aku ke?" Aku melihat dia seperti terkejut melihat aku
"Sapa cari kau? Aku kenal kau pun taklah" gadis ni menafikannya. Aku bertindak memegang lengannya . Aku membuka capnya aku tersenyum
"Oh kau rupanya Kang Lynn. Bagus alang² kau ada dekat sini bawa barang² aku ni dan bayar dekat kaunter" Aku memberi arahan. Mukanya jangan ditanyalah seperti ada api di atas kepalanya
"Eh kau ingat aku ni kuli batak kau ke hah? Takdak maknanya aku nak ikut cakap kau!" Lisa menarik lengannya.
"Kalau kau tak buat seperti aku suruh. Lagi teruk aku buli kau dekat Kolej" Aku membuat muka kosong
"Kau ingat aku takut dengan kau ke hah?"
"Kau belum kenal sapa lagi aku. Kau jangan menyesal" Aku mula melangkah. Dalam kepalaku esok aku mulakan permainan
END PARK HYUNG SIK POV
END FLASHBACK
"Weh gila la dia tu. Takkan tak dak sapa tengok kau?" Ujar Rose
"Takdak sapa. Aku kan duduk sebelah air minuman mana nampak dah lindung peti ais"
"Weh aku rasakan dia pasti akan buli kau" ujar Rose
"Tulah aku duk rasa macam tu jugak. Biarlah malas la aku nak fikir. Ha!! Lupa aku nak cakap kita kena hati² sebab rumah geng TOZ tu area rumah kita ja."
"Weh kau biar betul!" Rose seakan tidak percaya
"Ya! Aku nampak kereta Hyung Sik" ujar Lisa bersungguh
Skip
Seo Joon mengemas baju. Cepatnya masa berlalu. Rasanya baru ja dia sampai rumah ommanya. Malasnya esok kolej dah
"Anak omma dah kemas baju?" Puan Park mengambil tempat disebelah anaknya
"Ya omma dah siap pun" ujar Seo Joon tersenyum
Puan Park melihat anaknya . Semakin lama anaknya semakin berusia. Hati tuanya ingin menantu tapi disebabkan kerjaya anaknya dalam bidang lakonan dia bantutkan niatnya
"Joon omma nak cakap sikit"
"Nae omma ada apa?" Seo Joon mula duduk dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada ibunya
"Tahun ni umur Seo Joon nak masuk 26 kan? Bila anak omma ni nak kahwin? Omma nak menantu" Puan Park menyatakan hasratnya
Seo Joon tersenyum. Dia tahu selama ni ommanya mahu menantu tapi dia sengaja biarkan ommanya cakap sendiri dengannya
Seo Joon mengusap tangan ibunya. Dia ketawa kecil
"Omma Seo Joon tak ada girlfriend la"
Puan Park mengangkat kening. "Takkan anak omma yang segak bergaya ni tak ada siapa berkenan? Tu fans Joon tu ramai nak ambil ja la sapa²" Puan Park tersenyum mengusik
"Apa la omma ni. Tu fans Joon lain la. Kalau boleh Joon nak bakal isteri Joon tu kelakar , susah senang bersama Joon penyabar , suka tersenyum dan ikhlas dengan Joon" Seo Joon tersenyum tiba² dalam fikirannya teringat raut muka Kim Jihyun aka Jisoo yang tersenyum dan comel
Puan Park tersenyum melihat anaknya. Seo Joon la merupakan warisnya tu dia sangat bimbangkan anaknya
"Omma tak paksa Joon kahwin awal. Kalau dah jumpa buah hati Joon jangan lupa bawa jumpa omma dan appa ya" Puan Park mengusap kepala anaknya
"Baik omma. Terima kasih sebab memahami Joon" Seo Joon memeluk bahu ibunya

YOU ARE READING
[ C ] NERD IN LUV [ BLACKPINK ]
Fanfiction✓ COMPLETE START - 05 / 02 / 2019 END - 07 / 05 / 2019 © Beautiful cover by @Jemann- / Pikah 🖤 [ Senah Graphic Shop ] 🌸 © Editor By @Byongchuxx 💛 [ Byong Graphic Design ]🌸