Taman tema meriah dengan kehadiran pengunjung. Harini mereka mengenakan pakaian biasa wajah mereka hanya diletakkan mekap yang nipis. Mereka akan cuba mengelak dari wartawan dan peminat mereka
"Oppa akan pantau dari jauh. Walaupun ni kerja gila. Tapi oppa benarkan sebab Jisoo yang beria. Ingat jangan sampai identiti korang terdedah" pesan manager mereka
Mereka mengangguk setuju
Blackpink turun dari kereta menuju ke pintu masuk. Setelah membeli tiket mereka berbincang
"Okey sekarang kita nak pergi mana dulu?" Ujar Jennie
"Apa kata kita berpecah nak?" Ujar Rose
"Eh kau gila? bahaya la berpecah" Celah Lisa
"Okey macam ni. Kita osom siapa akan menang kita akan ikut ke mana dia nak setuju?" Ujar Jisoo
Mereka tersenyum dan mengangguk. Mereka osom dan pemenangnya Jisoo
"Okey aku menang. Aku dah tahu sini ada rumah hantu. Jom masuk nak?" Jisoo sudah ketawa melihat muka Jennie dan Rose seperti tidak rela
"Jisoo kau tak ada tempat lain dah ke?" Ujar Jennie yang sememangnya takut
"Nope! Aku menang kan? So jom" Jisoo menarik lengan Jennie dan Lisa menarik lengan Rose .
"Andawaee!!" jerit Rose dan Jennie . Lisa dan Jisoo hanya ketawa
Skip
Seo Joon melihat potret yang dilukisnya. Dia tersenyum. Setelah seminggu baru dia sudah siap melukis potret tersebut.
Pintu biliknya diketuk. Terjengul muka Hyung Sik
"Wau hyung cantiknya Kim Jisoo." Hyung Sik duduk di birai katil Seo Joon.
Seo Joon tersenyum. Kerja dah siap cuma dia perlu biarkan kering dan boleh dia gantungkan gambar Jisoo di biliknya
"Hyung nak buat apa potret ni? Nak jual ke?"
"Eh tak ada maknanya . Daripada jual baik aku letak dalam bilik aku" Seo Joon bangun dan mengemaskan peralatannya
Hyung Sik mengangguk. "Hyung aku lapar la . Sejong dengan Soo Hyun aku taktau pi mana"
Seo Joon mengalihkan mukanya memandang ke arah Hyung Sik .
"Kejap bukan Sejong dengan Soo Hyun dalam bilik ke?" Ujar Seo Joon hairan. Tadi tak silap dia nampak Soo Hyun dalam bilik main talefon dan Sejong macam biasalah baca buku.
"Dah hyung aku cari dalam bilik diorang tak ada" Hyung Sik bangun lalu ke dapur. Dia lapar sangat bila lihat Seo Joon yang terkial kial menyimpan barang dia berhasrat masuk ke dapur dahulu
"Kejap! Biar aku masak kau tunggu dekat ruang tamu nanti siap aku panggil kau!" Laung Seo Joon.
"Okey Hyung" dengan laju Hyung Sik melangkah ke ruang tamu. Yes tak payah masak sendiri
Skip
Soo Hyun memutarkan bebola matanya ke atas. Sejong hanya terkekeh ketawa melihat muka cemberut Soo Hyun
"Hyung kali ni ja! Jom la main game archery lepastu kita balik"pujuk Sejong
"Okey aku ikut. Kan kau janji nak basuh baju aku selama seminggu" Soo Hyun berkata malas
"Jom"
Rasanya setakat ini dahulu sis update.
Jangan lupa votements sekali. Inilah hasil bayaran kami setelah penat lelah memerah idea dan menaip bukannya diminta bayaran
Sis akan cuba update lagi dalam masa terdekat . Esok sis kerja non stop so akan slow update . I'm so sorry guys .
YOU ARE READING
[ C ] NERD IN LUV [ BLACKPINK ]
Fanfiction✓ COMPLETE START - 05 / 02 / 2019 END - 07 / 05 / 2019 © Beautiful cover by @Jemann- / Pikah 🖤 [ Senah Graphic Shop ] 🌸 © Editor By @Byongchuxx 💛 [ Byong Graphic Design ]🌸