🌼 12

462 31 7
                                    

Rose mengesat matanya. Tiba² dia rasa sunyi. Dia melihat sekeliling. Eh mana pergi rakan sekelasnya. Jisoo dan Jennie pun hilang. Matanya memandang ke papan putih. Kelas dibatalkan! Patutlah sunyi. Tak ada sorang ke yang sudi gerak dia dan Lisa bangun? Tak guna punya rakan sekelas

Rose melihat Lisa yang masih dibuai mimpi. Hish dia ni kalau boleh tidur. Rose mengerakkan tubuh Lisa.

"Yah Lisa bangunlah. Jom balik!"

Lisa yang masih mamai tu bangun. Dia mengosok matanya

"Weh asal kelas sunyi sangat ni? Mana Jisoo Jennie?" Lisa hairan melihat dalam kelas hanya mereka berdua

"Ni aku dapat mesej dari Jisoo dia ada dengan Jennie. Jennie kena belasah dengan Irene sekarang mereka ada dekat bilik Leader TOZ tu" kata Rose yang membuka chat group. Rose membaca dengan terkejut

"Apa? Jennie kena belasah? Irene? Sial la perempuan ni! Jom Rose kita pi tempat Jennie!" Lisa mengambil beg dan keluar dari kelas

Skip

"Unnie!" Lisa terus mendapatkan Jisoo.

"Kenapa boleh macam ni?" Ujar Rose. Air matanya mula bergenang. Teruk sangat keadaan Jennie

"Takkan Irene sorang yang belasah Jennie macam ni? Setahu aku Jennie kuat" ujar Lisa perlahan apabila Jisoo membuat simbol perlahankan suara

"Ya Irene sorang yang belasah Jennie macam ni. Ni semua salah aku! Aku tak teman dia pergi tandas kalau tak semua ni takkan jadi" Jisoo mula mengalirkan air mata. Tadi dihadapan Seo Joon Jisoo cuba menahan air matanya daripada tumpah. Luluh hatinya bila lihat rakannya begitu

"Kita kena berterima kasih dekat Soo Hyun sebab selamatkan Jennie!" Ujar Jisoo

"Wae? Bukan diorang tu jahat ke?" Ujar Rose

"Dia yang selamatkan Jennie Rose. Kalau tak ada dia boleh terbongkar identiti kita. Nasib baik Jennie cover muka dia dengan mekap yang kalis air. Kalau tak habis la!" Ujar Jisoo

Lisa diam. Dia melihat Jennie. Dia geram dengan Red Velvet. Kalau ikutkan hati sekarang dia mahu tarik rambut Irene tapi dia cuba tenang sebab dia tak mahu timbulkan masalah lagi

Skip

Sejong ,Hyung Sik dan Seo Joon duduk di bilik bersebelahan bilik Soo Hyun merawat Jennie

"Tak sangka Irene sekasar tu!" Ujar Sejong tak percaya

"Biasalah kalau perempuan tak puas hati memang nak gaduh sampai tarik rambut segala macam budak²" ujar Hyung Sik kakinya diluruskan ke sofa.

"Aku rasa ada sesuatu tak kena dengan diorang" ujar Seo Joon

"Maksud Hyung?"

"Aku tak tahu apa benda tapi aku tahu diorang ada rahsia yang tak mahu didedahkan"

Sejong dan Hyung Sik mengangkat bahu. Malas nak masuk campur

Skip

Blackpink tiba di rumah. Jisoo tidak bawa kereta. Kunci kereta diserahkan kepada Lisa. Lisa bawa kereta sampai ke rumah

"Thanks korang" ujar Jennie perlahan

"Tak aku sepatutnya teman kau Jennie! Kalau tak . Kau takkan macam ni!" Ujar Jisoo bersalah

"Sudahlah tak payah ingat lagi . Esok kita ke kolej macam biasa." Ujar Jennie. Dia mula duduk dalam posisi baring

"Eh tapi kau kan sakit Jen!" Bantah Lisa. Doktor cakap Jennie kena berehat 3 hari

"Kau tahu kan aku tak suka tunjuk lemah depan orang? Dah jangan risau esok kita pergi ke kolej macam biasa" ujar Jennie tegas. Mereka mengeluh.

"Oppa dah tahu pasal ni. Aku dah pujuk oppa jangan bagitahu dekat Ceo Yang. Nasib oppa tak mengamuk. Kita kena hati² lepasni" ujar Rose

"Mereka tunggu ja. Aku takkan berdiam diri. Sekarang ni biar mereka menyalak dulu nanti aku fikirkan cara macam mana mereka sendiri datang mintak maaf dekat kau Jennie" Ujar Lisa

Jisoo mengangguk. Dia pun geram sebenarnya. Kali ni dia takkan berdiam diri

Skip

Nikki datang ke rumah Blackpink pada pagi tu. Saja dia nak buat kejutan untuk rakannya.

Butang loceng ditekan. "Nugu?" Jawab sorang

"Aku ni Nikki"

Bunyi pintu dibuka. Terjengul muka Rose yang separuh siap nak pergi kolej

"Tak siap lagi?"

"Nak siap dah. Kau tunggu kejap"

"Okey"

"Omo Jennie! Kenapa muka kau macam ni?" Nikki terkejut dia memegang muka Jennie

"Auch sakit weh. Jangan pegang bengkak tu" Jennie menampar lengan Nayeon perlahan

"Oh mianhae Jennie. Korang dah siap ke? Nanti lewat" jerit Nayeon

"Dah siap. Nah Yeon aku buatkan dekat kau sandwich" Ujar Lisa.

Nayeon tersenyum dan mengambil sandwich tersebut. "Thanks Lisa"

Skip

Perhatian kepada pelajar kepada kelas aliran muzik dan Vokal Anda semua wajib masuk ke aktiviti yang dijalankan oleh pihak kolej. Diminta semua masuk ke dewan serbaguna sekarang.

Sedang mereka rancak berbual. Dengar suara ketua pelajar di speaker.

"Nak pergi ke?" Ujar Seo Joon

"Jomlah tengok mana tahu best ke aktiviti tu" Ujar Hyung Sik

"Soo Hyun ? Sejong? Nak join?" Tanya Seo Joon

"Jomlah lagipun bosan dalam kelas ni" Sejong bangun. Rakannya yang lain dah berpusu pusu keluar. Masa ni nak ponteng kelas.

Skip

Blackpink dan Nikki memandang meja² yang tertera aktiviti yang akan disertai .

Pertandingan yang dianjurkan oleh kolej sempena meraikan Hari Seniman

1. Pertandingan vokal terbaik

2. Pertandingan mencari Raja dan Ratu dancer terbaik

3. Pertandingan photoshoot untuk mencari muka baru untuk majalah kolej

"Eh korang nak masuk yang mana ni?" Ujar Nayeon berbisik

"Hish perlu ke kita sertai benda ni?" Ujar Jennie

"Kalau kita masuk semua acara ni kemungkinan besar identiti kita semua akan terdedah!" Ujar Jisoo

"Habis tu sekarang macam mana?" Ujar Rose

"Korang nampak tu semua wajib la. Aduh ni aku tak sukakan rules" ujar Lisa geram

"Okey macam ni. Kita pilih la yang mana kita berkenan. Lepastu kita bincang lain" ujar Jennie memandang rakannya yang lain

Mereka mengangguk setuju. Malas nak fikir panjang

 [ C ] NERD IN LUV [ BLACKPINK ] Where stories live. Discover now