PHK11

1.5K 118 26
                                    

Taekook
KookV
.
.
.















Setelah jungkook pergi, taehyung menghantar jeongguk ke sekolahnya. Dan hari ini kenapa entah taehyung berasa sangat bahagia.

Seolah dia sedang melihat anaknya belajar. Merasai menjadi ibu kepada jeongguk dan isteri kepada jungkook. Kenapa taehyung boleh terfikir sampai kesitu agaknya.

“Jeongguk, balik nanti hyung akan ambil kamu ye. Appa tak boleh amik kamu sebab appa mungkin balik lewat.”
Pesan taehyung. Entah kenapa mood jeongguk hari ini baik. Jeongguk tak banyak cakap dan tak banyak karenah. Apa yang disuruh oleh taehyung semua dituruti.

“Baiklah! Ah.. Hyung?!”
Panggil jeongguk. Taehyung cepat menoleh kearah jeongguk dan cuba mendengarkanya.

“Iya sayang ada apa?”
Jeongguk diam. Taehyung agak pelik dengan sikap jeongguk sekarang.

“Kenapa ni?!”
Ujar taehyung dengan nada ayunya. Jeongguk mendekatkan wajahnya lalu mencium pipi taehyung dengan sepintas lalu, kemudian ia belari masuk ke sekolah meninggalkan taehyung yang kebingungan itu.

Taehyung mengeryit pelik, bukan apa taehyung merasakan bahawa jeongguk ingin mengatakan sesuatu tetapi tidak jadi mungkinlah.

Taehyung meninggali jeongguk di sekolah dan tiba masanya dia untuk pulang ke rumah.

Jeongguk memusingkan kepalanya melihat kepergian taehyung yang semakin jauh. Entah kenapa dia berasa bahagia untuk kali yang pertama. Sepertinya dia telahpun menyukai keberadaan kim taehyung dalam hidupnya dan juga Appanya.

Entahlah dia hanya menyukai kerana taehyung itu sangatlah lembut. Segala perlakuan taehyung kepadanya membuatkan jeongguk berasa sangat nyaman.

“Terima kasih kerana bersabar dengan sikapku. Hyung!
Ujar jeongguk sendirian lalu mengutumkan senyumanya.

.
.
.

Taehyung seperti biasa melakukan runtinya dengan mengemas dan memasak sebagainya. Bukan apa dia hanya terbiasa dengan semua bukan untuk meminta extra gaji dia ikhlas melakukan semua ini.

Taehyung sempat berfikir dia seperti merasai sebuah kehidupan kekeluargaan. Beginikah merasai mempunyai keluarga. Ada anak ada suami dan rasanya itu dah pun melengkapi hidup sesebuah kekeluargaan.

Dan taehyung lagi-lagi tak berhenti tersenyum sorang-sorang. Bukan apa dia semakin teringin nak berkahwin dan mempunyai anak dengan suaminya nanti.

Tapi siapalah agaknya jodoh taehyung. Dan berharap sangatlah kalau jodoh nya nanti bersifat penyayang seperti jungkook dan mungkin akan kacak seperti jungkook ck..ck..

Tak lama selepas taehyung berangan tu, terdengar bunyi bell di luar rumah. Taehyung mengerutkan dahinya, siapa agaknya yang datang ke rumah jungkook dalam keadaan seperti ini.

Taehyung berjalan kearah pintu lalu membukanya dengan perlahan. Taehyung dikejutkan seorang wanita yang berada dihadapan pintu utama rumah jungkook.

Dan taehyung sangatlah kenal wanita itu. Tak lain tak bukan bekas isteri jungkook dan juga ibu kepada jeongguk. Wanita itu menatapnya dengan penuh amarah. Seolah tak suka akan keberadaan taehyung di rumah ini.

“So kau dah jadi ma'm besar dekat rumah ni ke?!”
Ujar kang seulgi. Taehyung diam untuk waktu yang agak lama. Kemudian dia membalasnya dengan penuh senyuman.

[𝐂] 𝐏𝐮𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐊𝐚𝐧𝐝𝐚 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now