PHK 19

1.5K 99 7
                                    

Taekook

.
.
.
.










;

Taehyung mendiamkan diri dalam kereta. Dia tak ingin mengatakan apa apa. Kerana tak ada apa yang harus dibualkan.

Jungkook kini sedang sibuk memandu. Pandanganya tidak terlepas dari menatap jalan raya. Dia tahu sepatutnya dari awal lagi dia tak sepatutnya jatuh cinta dengan jungkook.

Seharusnya taehyung tahu batasanya dan sedar diri bahawa dia tidak pantas untuk jungkook. Dirinya kotor jijik. Langsung tidak sesuai untuk Jeon Jungkook.

Andai taehyung boleh putarkan kembali waktu itu. Dia mungkin tidak pernah bertemu dan menyintai jeon jungkook.

Kenapa tuhan ingin sekali menguji cinta mereka sejauh ini.

Jeon jungkook lelaki ke dua yang membuatnya selesa dan nyaman. Sebelum ini park hyungsik. Seharusnya dia tidak mencintai lelaki yang memang mahukan tubuhnya.

"Aku tak pernah sukakan kau. Dan aku tak pernah cintakan kau. Kau tak lebih dari pemuas nafsu aku. Aku nak kau sebab tubuh badan kau je. Untuk memenuhi kepuasaan nafsu aku. Bukan kerana aku cintakan. Jadi kau kene sedar diri yang kau tak layak untuk dicintai oleh aku atau dengan sesiapa sekali pun. Kau layak duduk di pembuangan sampah. Sebab kau memang tak lebih dari sampah. Kau dengan smpah tak ada beza pun sama je. Jadi kau kene sedar diri yang kau tak akan hidup kalau tak aku yang beli kau."

Kata kata itu masih terngiang dikepalanya. Entah kenapa tiba-tiba air matanya mengalir dengan sendirinya. Perkataan yang sungguh membuat dirinya terasa hina seperti binatang.

Sedangkan dia tak mahu hidup seperti itu. Taehyung mahu hidup seperti manusia normal. Mempunyai kedua ibu bapa dan dicintai oleh mereka. Begitu juga dicintai oleh kekasih.

Mempunyai seorang suami dan anak. Kehidupan yang selalu dinginikan oleh taehyung. Setiap orang nak kan kebahagian. Begitu jugalah taehyung. Dia hanyalah manusia yang masih menagih kasih sayang.

Dia cuba untuk belajar mencintai dan menyayangi.

Dia jadi sedar dengan kata kata itu. Dia memang tidak layak untuk dicintai oleh pemuda seperti jeon jungkook.

Jeon jungkook terlalu bersih untuk manusia sekotor dirinya.

Tes.. tes..

"Sayang?!"
Jungkook bersuara dan memberhentikan keretanya dibahu jalan. Menatap wajah taehyung yang kini sedang memerah.

Jungkook dapat rasanya air mata taehyung kini mengalir deras. Walau tiada bunyi tangisan yang dikeluarkan.

"Hey! Kenapa ni?!" Tanya jungkook. Entah kenapa dia macam tak suka nampak taehyung menangis. Kerana dia juga merasakan bahawa taehyung sedang terluka.

"Hiks.. hiks.."
Akhirnya suara tangisan taehyung pecah. Jungkook menghapuskan air mata taehyung.

"Kenapa nie?! Sayang! Tolong cakap? Kenapa apa yang dah terjadi."

"J-jungkook?!"

"Ye,sayang?!"

"Tak seharusnya saya bertemu dengan awak. Tak sepatutnya saya jatuh cinta dengan awak. Maafkan saya. Hiks..hiks saya sedar diri, saya memang tak pantas untuk awak."

[𝐂] 𝐏𝐮𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐊𝐚𝐧𝐝𝐚 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now