PHK 25

1.4K 81 11
                                    

Hari ini aku dan jungkook masih lagi berada di perancis. Honeymoon kitaorang belum habis lagi sebenarnya.

Pagi-pagi masa bangun. Aku tengok jungkook dah tak ada dekat sebelah aku. Dengan keadaan aku tak pakai apa pun dan berselebung dalam selimut.

Kejadian semalam masih segar dikepala aku. Aku mencari-cari keberadaan suami aku. Pagi-pagi dia dah menghilang kemana entah agaknya.

Aku yang masih berselebung pun bangun je dengan selimut itu. Menutupi bahagian paras dada aku. Mata masih meliar cari jungkook.

Aku melihat ke luar pintu belakang. Rupanya jungkook ada dekat pantai sambil mengenakan seluar pendek je. What? seluar pendek paras lutut tu je dia pakai. Dan bertelanjangkan dada.

Dia tak tahu ke yang di pantai tu banyak orang. Lebih-lebih lagi ada banyak perempuan mat salleh yang hanya mengenakan bikini sahaja.

Mendidih rasanya aku. Tipulah kalau jungkook tak pandang. Sedikit sebanyak pasti tergugat dengan tubuh badan perempuan tu.

"Abang!"
Teriak aku dari jauh. Jungkook yang rasa dirinya dipanggil itu cepat menoleh kebelakang dan berlari ke arah aku. Aku memasang wajah keruh padanya.

"Eh, sayang baru bangun ke?"
Tanya dia yang sekarang memegang bahu aku. sepatutnya bila aku bangun dia ada kat sebelah aku peluk aku ke, beri morning kiss ke? ini tak.. sibuk duduk kat pantai cuci mata. Buat apa?

"Hm."
Jawab aku hanya dengan berdehem sahaja. Aku memang dah merajuk sekarang. Jungkook ingin mengucupi dahi aku dengan cepat aku mengalihkan wajah.

"Sayang.. kenapa ni?"
Aku diam je. Malas nak bercakap.. pandailah dia tahu yang aku ni tengh mood merajuk.

"Sayang marahkan abang ke?"
Tanyanya lagi dengan nada yang kuatir. Aku memberikan jelingan maut padanya.

"Abang buat apa kat sana?"
Aku kembali melipatkan kedua tangan aku pada dada.

"Abang buat apa sayang..Hm?"
Aku muncungkan bibir dan mengembungkan sedikit pipi. Jungkook terkekeh melihat aku.

"Ish, abang ni tak peka langsunglah.."

"Peka apa dia sayang? abang nak tahu juga apa yang abang buat."

"Sepatutnya abang sedar apa yang abang buat."

"Pasal semalam ke?"

"No!"

"Habis tu?"
Jungkook cuba menarik aku duduk diatas katil. Aku menolak bahunya. Tak nak dia peluk aku. Tengah marah ni. Tak ada masa nak peluk bagai ni.

"Abang buat apa kat pantai tu?"
Muka aku tak pandang pun muka jungkook. Aku hanya mengeluarkan suara dan aim perempuan yang berbaju bikini itu.

"Saja amik angin."

"Penipu!"
Jungkook terkejut bila aku cakap dia macam tu. Dan sekarang dia tahu apa kesalahan dia dengan cuba memujuk aku dengan nada lembut dia.

"Sayang.. percayalah.. abang cuma amik angin je.."

"Habistu asal abang tak kejutkan sayang!"

[𝐂] 𝐏𝐮𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐊𝐚𝐧𝐝𝐚 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now