tears

31 0 0
                                    

Satu hal yang menyakitkan,

juga yang paling menyenangkan jiwa

;iaitu mimpikan kau.

Bukan satu keinginan mahupun kerelaan diriku sendiri

untuk membenarkan kau hadir dalam mimpi ini.

Engkau yang terbit dalam mimpi separuh-sedar ini

membawa aku ke layar yang penuh kebahagiaan;kebahagiaan yang diimpikan,yang tidaklah aku mampu dapatkan di dunia sepenuh sedar

kerna engkau bukanlah milikku,juga bukanlah teman rapatku

dan engkau sudahpun punya tuan yang menjaga hatimu.

Aku,

hanya tenggelam dalam mainan tidur ini

kerna dengan mimpi saja aku mampu melihat ukiran senyuman di wajahmu,

dengan mimpi saja bahagia bisa tercipta,

dengan mimpi ;adanya aku dan engkau sahaja.


Puisi Tak BernamaWhere stories live. Discover now