MASIH terngiang - ngiang di dalam kepala tentang Hael , suami kedua Puan Aliyah . Takut? Bapak kau tipu lah kalau aku cakap tak takut . Aku taknak duduk dengan ibu !
“ Tak payahlah fikir sangat . PT3 Leen dah nak dekat kan ? Dah jangan risau . Selagi abang Rash dan abang Rid ada , mereka takkan dapat sentuh Aileen . ” Rash menenangkan hati aku .
Dia ni pakai berkata . Setiap yang dia kata dia akan kotakan walaupun bukan berjanji . Awh ! Kalau pakwa aku an , aku jaga elok - elok weh !
“ Leen cuma takut . Macam mana kalau mereka culik Aileen waktu abang Rash dan Rid tak ada ? ” lirihku .
Bukan apa , aku cuma taknak . Mesti ibu akan pukul aku kalau aku tak ikut cakap dia , dah macam ibu tiri . Rash menarik aku dalam pelukkan .
“ Jangan risau . Selagi abangmu yang hensem belaka ini ada , selagi tu mereka takkan sentuh walau hujung tudung Aileen sekali pun . ” pujuknya lagi .
Aku tahu Rid dan Dato' Riyadh sedang mendengar di belakang dinding ruang tamu . Sebab aku nampak dari pantulan skrin televisyen . Hek eleh !
“ Dah dengar kan ? Keluar ajelah . ” kataku selepas meleraikan pelukan .
Mereka keluar dari tempat persembunyiannya . Mereka tersengih seperti kerang busuk .
“ Bukan main sweet ye korang . ” usik Dato' Riyadh .
Aku ketawa . Haah . Memang kami sweet , jeles yee ? Ayoooo ngomong .
“ Ayah ! Jom keluar . ” ajakku .
Rid dan Rash saling berpandangan . Kemudian diorang memandang ke arahku .
“ Kitorang ? ”
“ Nak ikut siap . Taknak ikut tinggallah seorang . Tak makan sehari tak apa kan ? ” usikku .
Selepas itu aku terus lari naikke atas untuk bersiap . Diikuti dengan Ayah , Rid dan Rash . Ngam semua ikut .
AYAH memandangku sekilas sebelum menyakan kemana tempat yang ingin dituju .
“ Nak pergi mana ni Talya ? ” soal Dato' Riyad .
Aku menghulurkan telefonku pada Dato' Riyadh . Dia mengambil huluranku .
“ Ayah ikutje Waze tu . ” kataku .
Dato’ Riyadh angguk . Tak sabar nak tengok reaksi mereka . hehehe .
SETIBANYA kami di destinasi yang dituju . Aku melihat wajah mereka seorang demi seorang . Sudah agak , teruja + kagum letuw kan ! Ehek .
“ Cantikkan ? ” soalku .
Rash memandang aku riak tidak percaya . Apa ?
“ Mana Leen tahu tempat macam ni ? Indah gila tho ! Kalau tengok sunset lagi lah . ” puji Rash .
Aku tersenyum bangga . Aih ? Dato' Riyadh dan Rid , kenapa diam ? Terpaku dengan pemandang pantai dihadapan mereka ni ke ?
“ Semalam , waktu Leen keluar dengan Darren . Kami ada lalu . Tapi tak singgah sebab Darren kata nak lepak dekat tasik je . ” ujarku
Dato' Riyadh segera memandang ke arahku . Senyuman penuh makna terukir .
“ Ehem ! Darren siapa Talya ? Someone special ? ” usik Dato' Riyadh .
Aku membulatkan mata . Bukan apa , aku takboleh nak bayangkan kalau dia jadi pakwe aku . Kalau kawan lelaki biasa tak apa lagi lah kut .
“ Choii ! Tak adalah Ayah . Cuma kawan biasa sahaja . ” balasku .
Rid dan Rash sudah bersiul nakal . Haih diorang ni pun satu . Blushing aku dibuatnya .
“ Ada orang tu blushing lah ! ” sindir Rid .
Mana nak sorok muka ni ? ayah pinjam ketiak ye !
“ Ma—mana ada blushing laaa ! ” aku menafikan kenyaatan .
Aku hanya mampu berhuhu . Indah siot kalau macam ni selalu . Aku leka memandang mereka yang sedang bergelak ketawa .
Badanku menegang tiba - tiba saat mata tertancap pada seorang lelaki yang memakai serba hitam di sebalik pokok besar yang tidak jauh dari kedudukan kami .
Dia membuat isyarat ‘mati’ . Aku terus memeluk Ayah . Terlalu takut . Ketawa mereka berhenti serta merta .
“ Natalya kenapa ni ? ” soal Ayah risau .
“ L—Lya takut ! ” jeritku dalam pelukkan .
“ Shh , tak ada apa lah . ” pujuk Ayah .
Aku nak nangis tapi air mata tak keluar . Aku bukan cengeng ye ! Badanku menggeletar . Beberapa saat kemudian aku rebah .
AKU membuka mata dengan perlahan . Silauan cahaya dari lampu syiling dibilik , menyakitkan kepala dan mataku .
Aku memandang sekeliling tiada orang . Perasaan takut kembali menyelubungi diri .
“ A—Ayah.. ” panggilku perlahan .
Itu hanya bayangan atau halusinasi aku ? Susuk tubuh berpakaian hitam di veranda bilik ku .
“ Ayah !! ” jeritku sekuat hati .
Takut , sangat takut . Susuk tubuh itu hilang saat pintu bilikku dibuka . Air mata sudah merembes keluar . Dato' Riyadh datang menghampiriku , lalu memelukku . Diusap perlahan belakang badanku .
Mata kabur dengan air mata , jadi tak berapa nak jelas melihat dua orang manusia di belakang Dato' Riyadh . Mungkin Rid dan Rash .
Entah bila aku tertidur didalam dakapan seorang ayah buat kali kedua .
SEMINGGU selepas kejadian demam panas aku itu , kami sudah pun duduk di rumah baru . Tiada siapa tahu , kawasan terpencil .
Walaupun rumah baru kami tak sebesar rumah lama , tetapi aku tetap bersyukur . Iyalah , tak kena kacau lagi lepastu ada lah jugak tempat untuk berteduh .
Dato' Riyadh pun sudah berkerja disyarikatnya semula . Tiara Holdings . Rid pun sedah ada lesen . Setiap hari kami pergi ke sekolah , aku dan Rash akan naik dengan Rid .
Oh ya , bulan ni bulan PT3 aku . Weh takut ! Sewaktu trial pt3 aku teruk sangat . Banyak benda yang aku terlepas . Selepas demam dan berpindah . Aku membuat revision , nak catch up balik .
Lagi 3 hari weh !
“ Bah ! ” jerkah seseorang .
Aku tersentak dari lamunan . Aku memandang siapakah gerangan yang telah menyelamatkan aku dari nightmare . Hekeleh dia ni ke . Buang masa .
“ Jauh Leen termenung . Mesti risau tentang PT3 nanti kan ? ” soalnya
“ Tak risau sangat . SPM nanti saya lagi risau . ” kataku .
Dia tersengih . Aku menjulingkan mata ke atas . Sudah gaharu cendana pula , sudah tahu bertanya pula .
“ Nak apa ? ”
“ Nak tahu alamat rumah baru Leen . Haritu Darren pergi rumah Leen , kosong . ” balasnya polos .
Aku mengecilkan mata . Sibuk je !
“ Sibuk je lah . ” kataku .
Mukanya berubah masam . Gedik . Aku yang anak bongsu pun tak mengada macam dia .
YOU ARE READING
The Second Love
Romance" adakah cinta kedua lebih baik dari yang pertama ? " Seorang lelaki bernama Darren Mikael mengajar erti kesakitan yang bakal merubah segalanya . Kata - kata manis yang dikatakan hanya dusta belaka . Sewaktu hampir tiba hari dimana majlis pernikahan...