TSL - 10 🎼

30 5 14
                                    

Jam dilihat berapa kali , lagi 1 minit hendak masuk pukul 12 malam . Ibu jari di gigit . Ayat panjang lebar yang ditaip , tinggal menekan butang hantar .

Mata hampir tertutup , cepat - cepat disegarkan balik . Terbuntang mata apabila ayat panjang lebar itu telah pun dihantar .

Alamak !! Fuhh nasib baik dah pukul 12 malam ! Mesti aku orang yang pertama wish birthday dia . Greytick itu dipandang lama , beberapa saat kemudian berubah biru .

Beberapa minit kemudian , dja bagi last seen ? Seriously , nak nangis Ya Allah . Wajahku bertukar masam . Pintu bilik diterjah dari luar , Ya Allah kena tukar lagi ..

Muncul Rash dengan wajah ceria , dia berlari ke arah aku yang sedang duduk di atas katil . Sampai di hadapan katil , dia berdiri disitu . Senyuman dilebarkan , skrin telefonnya yang menyala ditunjuk padaku .

“ Tengok ni ! Leen orang pertama wish terima kasih adikku yang tersayang dan yang paling cantik lagi comel dan ayuu ! ” kata Rash ceria , tangan didepakan riak ingin memelukku .

Aku tersenyum riang , yeay ! Aku memeluknya . Kami berpelukkan sambil berpusing dan bersorak riang di atas katil . Deheman dari muka pintu menghentikan perbuatan kami . Pelukan dilepaskan masing - masing berdiri seperti askar .

“ Tak tengok jam ke ? Bisinglah . Kenapa anak - anak ayah tak tidur lagi ? Ni sorak apa ? ” soalan bertubi dari Dato’ Riyadh .

Aku melemparkan senyuman kerang busuk . Rash sudah bermasam muka . Sedihlah tu Dato’ Riyadh tak ingat hari jadi dia .

“ Ayah tak ingat ke hari ini hari apa ? ” soalku pada Dato’ Riyadh .

Dato’ Riyadh diam seketika . Dia memandang Rash yang sedang bermasam muka itu . Dato’ Riyadh mengukir senyuman penuh makna .

“ Tak , okaylah ayah tidur dulu . Babai ! Jangan tidur lambat sangat . ” kata Dato' Riyadh sebelum berlalu pergi .

Aku faham maksud senyuman Dato’ Riyadh itu , dia sengaja pancing Rash . Lihatlah wajahnya yang sudah bertukar seperti keju berkulat .

“ Pergi tidurlah abang Rash , Leen ada kejutan esok . Bangun pukul 5 okay ? Sebab kita ada perjalanan yang jauh , bawalah 3 atau 4 pakaian lebihan . Selamat malam ! ” ucapku . Ohya , aku dah bagitahu Dato’ Riyadh okay! Ayah bagi kebenaran ! 😆

Aku turun dari katil lalu menariknya keluar dari bilik aku , aku masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu bilikku . Aku berlari dan melompat ke atas katil saiz queen milikku .

Aku membetulkan baringanku . Selimut ditarik paras bahu . Mata dipejam , tidak sabar ! Aku tak sabar nak rakam wajah hodoh dia nanti ! Hikhik .

AWNING tudung bawal chiffon dibetulkan sedikit . Beg sandang hologram yang bertulis ' Cry Baby ' di sandang hanya sebelah bahu .

Aku mencapai telefon di meja solekku , jangan salah faham , aku tak pakai make up okay ! Tak berminat .

Pintu bilikku diketuk dan dibuka sedikit . Muncul kepala Rash , terkejut weh ! Dah lah pukul 5:30 .

“ Dah siapa ? ” soal Rash .

“ Syudahhh ! ”

3 JAM PERJALANAN akhirnya selamat sampai di destinasi pilihan . Aku keluar dari kereta lalu meregangkan otot .

Aku memerhati sekeliling resort , not bad ehh bukan bukan terlalu indah lah kalau buat sweet memories dekat sini .

Rash keluar dari kereta , dia memandang aku lama . Aku mengangkat sebelah kening , kenapa ?

“ Ayah tahu ke tentang ni ? ” soal Rash .

Sudah dapar agak , dia mesti nak tanya soalan itu . Aku hanya tersenyum lalu mengangkat bahu . Malaslah nak jawab .

“ Leen— jawablaa— ” rengek Rash , tak padan dengan umur 20 perangai gedik aje . Kepada bakal isteri dia mohon jenis sekepala ya  .

“ Iye ! Ayah tahu abang Rash ayah tahu . ” jawabku malas .

“ Eh jomlah , kita kena check in lah . ” kataku .

“ Leen pergi dulu , biar abang bawa beg Leen . ” arah Rash , aku angguk .

HERE'S your room key .

Aku menghulurkan kunci bilik kepada Rash , eh kita orang tempah 2 okay !

“ Kenapa tak sekali je ? Membazir duit lah . ”

“ Ayah yang book 2 bilik . ” balasku . Rash menyambut huluran aku .

“ Ha okay . Kita pergi bilik Leen dulu lah , baru pergi bilik abang . ” kata Rash , aku angguk setuju .

AKU membuka pintu bilikku dengan perlahan - lahan aku mengeluarkan kepala . Aku memandang sekeliling . Line clear .

Aku keluar dari bilik , berjalan seperti pencuri hingga ke counter resort . Aku memandang pekerja lelaki yang sedang berdiri di counter .

“ Yes miss ? ” soalnya .

“ Panggil Leen aje , saya nak tanya mana eh kawan awak yang nama dia— ” tak sempat aku habiskan soalan tiba - tiba ada yang mencelah .

“ Cik Aileen cari saya ? ” soal gadis itu dengan lembut .

Aku segera menoleh ke belakang , bibir mengukir senyuman . Dengan laju aku angguk , Hafiz yang perasan akan kemesraan kami memandang pelik .

“ Acah lah kau , jom ah sekarang dah pukul 6 kejap lagi dah nak makan malam ” balasku .

“ Korang kenal eh ? ” soal Hafiz .

“ Eh lupa pula , Hafiz ini Aileen kawan saya . Aileen ni Hafiz , yang aku pernah cakap dengan kau ” kata gadis itu , ayat last dia bisik taknak bagi Hafiz dengar lah tu .

“ Hafiz . ”

“ Aileen . ”

“ Ehh ! Sarah jomlah ! Nanti lambat ! ” kataku selepas mengenalkan diri .

Aku menarik tangan Sarah pergi ke hall kecil resort ini . Sarah apa lagi , bercicit dia lari akibat tarikan dari aku . Hiakhiakhiak .

“ Okay nak buat apa dulu ? ”

The Second LoveWhere stories live. Discover now