Aku terus bangun dari mimpi ngeri tersebut . Peluh menitik seakan baru lepas berjogging . Nafas diatur . Ya Allah mimpi ngeri lagi . Mungkin aku terlupa basuh kaki kot . Mimpi ngeri tu menunjukkan aku seorang yang drama queen ! Eu !
Aku melihat jam loceng berbentuk 3 beruang di meja night standku . Mata membulat baru pukul 3 pagi ? Like seriously ? Hm . Aku kembali memejamkan mata . Harap , semuanya akan brjalan dengan lancar . Aamin !
TOK!TOK!TOK
Ketukan kuat dan bertubi dari ku mendapat sambutan yang hebat . Pintu dibuka dari dalam dengan kasar . Muncul wajah sugul tidak terurus itu .
“ Abang— teman Leen pergi mall buyeh ? ” aku membuat suara macam ex - ex girlfriend dia selalu buat .
Jari dimainkan , wajah dicomelkan . Nak tahu dia balas apa ? Jelingan maut . Wajah yang dicomelkan tadi berubah masam seperti tapai basi .
“ Pukul berapa ni Leen ? ” suara serak basah mai dah .
Aku berpura melihat jam ditangan , padahal tak ada . Sedar akan kebodohan sendiri , aku memgambil Iphone 7plus di dalam beg tangan .
“ 10:50 pagi ! ”
Matanya membulat . Terus pintu ditutup . Kedengaran pintu lagi satu di tutup , pintu tandas kut .
“ LEEN nak pergi mana ? ” soalan Rash memecahkan suasana sunyi didalam kereta yang dipandunya .
“ Em kita pergi bowling nak ? lama tak main . ” cadangku .
Rash diam seketika sebelum melebarkan senyumannya . Rash memandangku sekilas lalu angguk laju . Teruja betul .
“ EEEE tak adil ! abang Rash main tipu ! ” bentakku . Dia menjelirkan lidah .
Muka ku berubah masam . Aku berpaling ke arah lain .
PAP !
Mata bersambung bersama seseorang , tajam sahaja pandangannya . Aku mengukirkan senyuman sinis . Aku kembali menoleh ke arah Rash lalu memeluk lengan sasanya .
“ Abang — jom kita beli aiskrim . ” ajakku , sengaja dikuatkan sedikit biar perempuan taktahu malu itu dengar .
“ Kenapa tiba - tiba manja ni , mesti ada apa - apakan ? ” soal Rash , aku menggeleng gedik .
“ Jomlah — ” sengaja aku meleretkan ayat .
Perempuan itu semakin berasap. Rasa macam nak melompat je sekarang . Alamak dia datang !“ Hey ! you siapa hah nak pegang nak peluk pakwe I ?! ” Jerkah perempuan itu .
Pemain bowling yang datang telahpun menumpukan perhatian pada kami . Aduh perempuan ni dari dulu sampai sekarang asyik nak attention seeker je , lempang kang .
“ Fasya ! jaga sikit mulut kau tu . Kita dah putuskan , kejadah apa pakwe ? ” kata Rash . Hamboi kau , sedap - sedap datang kata aku ni pakwe kau .
“ Ini ke ex abang yang abang pernahcerita dekat Leen dulu ? Pakaian dia memang tak cukup kain ke ? ”
membulat mata Fasya mendengar soalan aku . Macam nak pengsan je dia ni , baru tengok Rash rangkul bahu aku dari tepi bukannya peluk ke apa ke .
“ Jom sayang kata nak makan aiskrim kan tadi ? Takpayah layan orang gila ni . ” kata Rash .
Weh tengok ah muka dia , Ya Allah nak pengsan tu pengsan ajelah takpayah cover ayu dah macam badak lumpur aku tengok .
Aku tersenyum sinis pada Fasya sebelum aku dan Rash pergi dari situ . Apabila kami sudah keluar dari pusat bowling tersebut aku melepaskan ketawa bak orang gila . Maaf lagi sekali keayuan aku hilang .
YOU ARE READING
The Second Love
Romance" adakah cinta kedua lebih baik dari yang pertama ? " Seorang lelaki bernama Darren Mikael mengajar erti kesakitan yang bakal merubah segalanya . Kata - kata manis yang dikatakan hanya dusta belaka . Sewaktu hampir tiba hari dimana majlis pernikahan...