2 September

342 10 0
                                    

"El bangun... Aku lapar ni...", pujuk Julia.

"Hmm... What's the time ?", jawabku dalam keadaan mamai.

"4.45 pagi.. Aku laparlah, teman aku pergi dapur..."

"Tahanlah.. Malam sangat ni Ju"

"Please..."

'Please'

Perkataan keramat bagiku.

Aku akan turuti sahaja suruhan mereka.

Dek kerana perkatan itu.

***

"Mana kitchen dia?", soalku.

"Entahlah, aku rasa kat bawah kot..", jawab Julia yang berjalan disebelahku.

"Apa kata kita ajak yang lain? It's dangerous.."

"Aku dah ajak Aryan, dia penat. Tidur mati, kesian dia... Tak nak kacau"

"Aku? Kau kacau ni takpe pulak"

"Kau takpe, kau kan bff aku"

"Iyalah, come faster"

***

Tap.. Tap... Tap..

Perlahan-lahan kami turun tangga, takut ada yang terjaga.

Tiba-tiba

Hoi!

Satu suara kasar menyapa kita dari belakang.

Aaa!

Jeritan yang nyaring dikeluarkan.

Lari!

Takut.

Cemas.

Bukk!

Kedengaran seperti seseorang terjatuh...

"Julia!", nama itu muncul di bibirku.

***

"Perlahan sikit...", rengek Julia.

"Itulah, siapa suruh kalian lari. Kan udah sakit tuh", kata seorang wanita tua.

Wanita tua?

Suara kasar yang kedengaran tadi ialah suaranya.

Penjaga rumah agam ini.

"Mak cik... Emmm buat apa malam-malam kat bawah?"

"Enggak, ibuk cuma mahu kedapur. Kedengaran suara kalian, kalian lapar ya?"

Kami angguk.

Wanita itu lekas bangun dan hidangkan kami daging bakar. Harum baunya.

"Jemput nak.. Apa namanya ya?"

"Ju... Julia"

"Saya, Jelita"

"Enak namanya ya, makan ya. Ibuk ke belakang dulu. Habisin ya"

Julia makan tanpa menghiraukan orang lain. Lapar betul.

Aku?

Cuma melihat.

Kenyang.

"El, rasalah. Best weh! Tooorbaik", kata Julia dengan mulut yang penuh dengan daging.

SeptemberTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang