"Ini semua salah kau!!", bentak Julia. Dia menunding jari kepada Hafiz.
"Sayang, dah lah. Kita cari Jelita esok..", pujuk Aryan.
"Takleh! Dia makan apa nanti? Tidur? Kesian dia, by... Dah sehari semalaman", kata Julia dalam esakan.
"Sabar Ju, kita cari dia esok. Dah gelap sangat dah ni, bahaya duk luar malam-malam macam ni dalam hutan", kata Roy.
Knok knok knok! Pintu utama diketuk. Semua berpaling.
"El!", semua bertanya. Serentak.
Roy bangun dan membuka pintu kayu itu.
"Engkau..", Roy mengeluh.
Kelihatan Shahril memasuki pintu kayu itu. Yang lain turut mengeluh.
"What's wrong dude? Tak suka ke I balik?", tanya Shahril dengan dialek perasan mat salleh.
"Kita.. Kita ingatkan El", Roy jawab.
"Tak jumpa lagi?! Tadi kan.. Hmm..", Shahril kelihatan terkejut.
"Kenapa?!", soal Julia seraya bangun.
"I nampak dia tadi.. Dia kat air terjun tu... Hmm", Shahril berkata sambil menggaru-garu kepalanya.
"Cepatlah cerita!!", Julia tampak marah.
"Tadi I pi waterfall, I nampak dia kat pondok tepi. I tegurlah dia, she looks so sad. But she's pretty with that ocean blue eyes..."
"Lekloklah!!", marah Julia.
"Okay, she said that she wanted to be alone. She'll be back right after this then she's gone when I jumped into the waterfalls"
"Serious ke kau ni cah", tanya Roy.
"Iye, sorrow doh muka dia. I nampak dia bangun lepastu masuk jalan vila. Asal?"
"Jap jap, hold on hold on! Dia tak balik ke wei? Like seriously? Eh... meremang bulu roma aku ni!", kata Shahril sambil melipat tangannya.
"Mana dia by... Takkanlah...", Julia dalam esakan lalu Aryan memeluknya.
"Dah mati", tiba-tiba satu suara datang dari belakang.
Semua berpaling. Terkejut.
"Apa kau ni Hafiz!", Roy memarahi Hafiz kerana bercakap sakai.
"Yelah, dah lama kat luar tu. Nak makan apa? Fikir bebetul ah!", balas Hafiz.
"Suka hati kau ah! Aku benci kau! Kau memang lahanat! Kau yang menyebabkan dia hilang!!", Julia mula meracau lalu rebah.
"Ju!"
"Sayang!"
Keadaan menjadi kalut. Aryan mengangkat badan lesu kekasihnya lalu membawanya ke dalam bilik. Semua kelihatan risau.
***
"Nak makan apa ni?", soal Roy.
"Entahlah, selalunya kan El or Ju yang masakkan", jawab Aryan lalu duduk dimeja makan kayu bersama Roy.
"Dah pukul 11.30, kita makan esok ah. Sambung tidur je ah"
"Tapi aku dah tak ngantuk ah"
"Aku pun"
"Macam mana nak ngantuk, aku terus tertidur lepas letakkan si Julia dalam bilik tadi.. Penat"
"Aku pun sama.."
"Hafiz mana?"
"Entah.. Tidur jugak kot"
"Hmm kenapa semua tidur? Shahril?"
"Tidur, bilik dia terkunci. Senyap je, tidur ah tu"
"Roy, kau tak pelik ke?"
"Kenapa semua tertidur ah?"
"Ha'ah la kan..."
"Macam-macam berlaku"
"Aku pelik betul ah, tadi aku nampak abang kau kat veranda. Dia macam tengah termenung jauh, mesti dia rindukan arwah keluarga dia kan"
"Asal pulak kau ni? Tetiba je, bila pulak duk situ?"
"Tadi... Taklah, aku macam iyelah kan.. Macam yang kau cakap, dia kan keseorangan. Kat America pun dia sorang.. Kau baik-baik ah dengan dia"
"Eh pelik pulak kau ni, dah ah. Ni hal keluarga aku, dah aku nak sambung tidur"
Roy bangun dan pergi meninggalkan Aryan bersendirian di tingkat bawah. Kelihatan susuk tubuh seseorang yang tersenyum memerhatikan mereka dari jarak jauh. Siapakah?
***
Hi semua! Dah lama tak update kan? Ingatkan tak ada yang berminat, tapi terima kasih sebab ada yang sudi vote untuk cerita ini. Saya akan selalu update jika mendapat sebarang respon dari awak semua!
Kalau ada apa-apa yang awak nak saya tambah or letakkan dalam cerita ni. Bolehlah pm saya atau komen ya! Saya akan laksanakannya! Saya akan mempercepatkan update jika mendapat vote atau komen yang memberangsangkan dari awak semua. Sudi-sudilah follow akaun ini jika suka. Terima kasih xx
With loves,
B x
YOU ARE READING
September
Short StoryAku bersama teman-teman bercuti ke sebuah pulau yang amat indah. Tapi... Kenapa... Banyak kejadian aneh yang berlaku? Kenapa aku dipersalahkan? Aku dituduh membunuh? Aku pembunuh? Siapa aku? Apakah semuanya benar atau...