Roy, Hafiz dan Shahril...
Hanya mereka bertiga yang terselamat...
Terselamat?
Maksudnya?
Yang lain?
Mereka...
Apa yang berlaku?
***
"Jelita..."
"Bangun, Jelita..."
Aku terdengar suara seseorang memanggilku. Kepalaku berat sekali... Tapi aku cuba, cuba menggagahkan diri... Sudah hampir tiga hari aku terkurung dalam bilik kecil ni.. Aku pasti bilik ni dalam banglo Roy tapi... Kenapa takde seorang pun yang dengar jeritan pertolonganku?
Kakiku terikat...
Tanganku juga terikat pada besi di dinding...
Aku terdengar suara seseorang dari luar.. Aku teliti suara itu... Seperti suara yang sering ku dengar.. Tapi aku tidak pasti siapa... Aku ingin menjerit meminta tolong tapi tenagaku sudah habis. Aku hanya diberi air mineral setiap hari. Selain itu buah-buahan yang diletakkan di pintu setiap pagi.
Krek...
Pintu dibuka..
Mataku sedikit sakit dek cahaya dari belakang orang itu. Aku cuba untuk meneliti susuk tubuh itu. Tetapi gagal.
Aku tanya, "Kenapa aku dikurung.. Apa salahku?"
Dia memakai topeng bagi menutup mukanya serta berbaju penuh hitam. Dia melonggarkan ikatan tali dikakiku. Dia menggosok-gosok kakiku... Tangannya ada kesan merah.. Apa itu darah? Aku takut...
Aku cuba melarikan kakiku kerana tidak selesa. Apa aku akan dibunuh? Aku memandang matanya, mata yang kelihatan begitu jahat dan penuh dendam.
"Kenapa awak ikat saya? Kenapa awak kurung saya? Awak siapa...", air mataku mulai mengalir.
Dia menyeka air mata ku, tangannya terasa begitu kasar.
Lalu, dia bangun dan meninggalkan aku tanpa sepatah perkataan.
"Tolong lepaskan saya... Tolong..", aku merayu padanya.
Tapi sia-sia, dia tetap meninggalkan aku tanpa ada-apa jawapan.
***
Zreeeep.
Zip khemah dibuka.
Roy keluar dari khemah dan meregangkan ototnya. Mereka tidur dalam keadaan gusar, mereka cuba untuk menjaga diri masing-masing serta antara satu sama lain. Hari ini mereka bercadang untuk mencari Aryan, Julia dan Jelita dirumah agam itu lagi. Pada mulanya Shahril membantah kerana takut berlaku benda yang tidak diingini. Tapi mereka bersepakat untuk tetap teruskan rancangan ini dan terus pulang jika jumpa semua orang.
Shahril mengemas barang-barang untuk dibawa supaya tidak tercirir, manakala Hafiz tetap dengan bodoh sombongnya hanya berdiri di gigi pantai. Kenapa dengan Hafiz? Aku tak faham betul... Tiada siapa yang faham dan tahu kenapa perangai Hafiz sebegitu rupa...
***
"Okay siap semua?", tanya Roy.
Shahril mengangguk dan menjawab ya.
Hafiz hanya mengangkat kening.
"Kita cuba untuk tak jauhkan diri dari masing-masing dan jaga antara satu sama lain. Ingat tu, kawan-kawan kita masih selamat, aku yakin", kata Roy.
Hafiz hanya tersenyum di hujung bibir.
Jam 9.05, mereka memulakan rancangan mereka untuk mencari kawan-kawan mereka.
***
"Takde sape-sape pun ni?", tanya Shahril.
"Iyalah, mana diorang eh? Ke nak kenakan kita?", tanya Roy kembali.
"Aku rasa mereka dah balik KL kot", jawab Hafiz. Bodoh.
"Mana boleh! Pak Joko tu akan amik kita beberapa hari lagi!", bentak Roy.
"Manalah aku tahu, ke... Hmm dah mati?", soal Hafiz kembali.
Mukanya selamba.
Semua mata memandangnya. Tajam. Marah.
"K gurau je", kata Hafiz.
***
"Malam ni kita tidur sini je, aku rasa macam selamat je. Takde pape pun yang berlaku dari pagi tadi?", kata Hafiz.
"Entah-entah si Julia dengan Aryan tu tengah syok bromen, berlakon je kena culik apa semua. Macamlah kay tak tahu Julia macam mana kan, hmm slut", sambungnya.
Roy menahan amarah.
"Kau kan selalu otak letak kat kaki kan? Dia tu kawan kau! Geng kau! Kalau dia pergi bromen macam apa yang bagitu tu, Jelita pergi mana? Huh?!", marah Shahril.
"Entah, mati kot"
Roy menarik baju Hafiz dan menunding jarinya.
"Kau kan... Aku tak faham lah kenapa bodoh sangat kau ni! Kau ni memang takde hati perut ke huh!! Bodoh betul lah!! Dia tu kawan kita! Buruk-buruk pun tetap kawan kita! Aku fed up la dengan kau", Roy melempar Hafiz ke sofa.
Lalu pergi, masuk kamar tidurnya.
Dari jauh, ada mata yang tersenyum melihat mereka bertengkar. Bagus.
***
Hi, so how? Hehehe sorry dah lama tak update kan hmm sekarang busy sikit dengan study. Kalau ada masa terluang, I'll try to update k.
Kalau ada apa-apa idea untuk teruskan cerita ni, uolls bagitahu la k!
Kejap, kenapa si Hafiz tu jahat sangat eh? Hmm, dia ke yang selama ni rancang semua ni? Hmm apa eh?
Teruskan membaca & vote, 10 votes saya akan update hihihi.
With loves,
B x

ANDA SEDANG MEMBACA
September
Short StoryAku bersama teman-teman bercuti ke sebuah pulau yang amat indah. Tapi... Kenapa... Banyak kejadian aneh yang berlaku? Kenapa aku dipersalahkan? Aku dituduh membunuh? Aku pembunuh? Siapa aku? Apakah semuanya benar atau...