"Aryan.. Mana you?", panggil Julia dalam keadaan mamai.
Bilik kelihatan amat sunyi. Mana Aryan.. Julia menggagahkan diri untuk bangun walaupun kepalanya begitu berat seperti menjunjung batu. Dia ke kamar mandi bagi menyucikan badannta, yang sudah dua hari tidak mandi. Dia mencuci mukanya dan secara tiba-tiba kedengaran suara Aryan diluar. Dia cepat-cepat mempersiapkan dirinya untuk keluar.
Kosong. Bilik itu kosong. Aryan tidak ada disitu. Julia kebingungan.. Tadi suara? Hmm... Dia memusingkan badan untuk kembali ke kamar mandi. Kedengaran tapak kaki diluar pintu dan kelibat seseorang. Julia merasakan seperti ada yang aneh. Aryan? Nak main-main pulak ke? Soalnya. Dia keluar dari bilik dan mengikuti bunyi tapak kaki tadi.
"By...", Julia menghampiri Aryan yang berada di veranda.
Aryan! Aku pasti itu Aryan! Itu baju yang aku belikan.. Julia menghampirinya lalu memeluknya dari belakang. Aryan membelai tangan Julia dengan lembut sekali dan dia dapat merasakan nafas panas Julia dibelakangnya. Tapi badannya tetap kaku.
***
"Aaaaa!!!", satu jeritan yang begitu kuat kedengaran.
"Apa tu?!", Roy terkejut.
"Macam suara...", tidak sempat Hafiz menyambung ayatnya.
"Julia!!", Shahril datang kearah mereka dengan berlari terkocoh-kocoh seperti dikejar binatang buas.
"Kenapa ni?", soal Roy.
"J-ju-j-ju..", Shahril kelihatan begitu terkejut dan tergamam.
"Apasal ni cah?!", Hafiz menjadi baran.
"Kau cakap nak balik membuang, apasal ni der?, soal Roy pula. Resah.
"Tadi.. aku balik... Julia takde kat rumah! Ada darah... Banyak.. Banyak... dalam bilik err.. err.. A-ar-a-aryan..", Shahril seperti buntu. Takut.
Mereka semua buntu. Lalu meninggalkan barang pancing mereka dan bergegas pulang ke vila. Apa yang sedang berlaku ni?!
***
"Kunci semua pintu..", Shahril menyuruh Roy.
Roy akur.
"Apa semua ni!?", soal Hafiz lalu membalikkan meja kayu di ruang tamu.
"Kau pehal!!", Roy menggenggam kuat kolar baju Hafiz.
"Stop it!", bentak Shahril.
"Kita kena cari kawan-kawan kau ni sebelum senja. Bahaya malam-malam dalam hutan", Shahril berkata. Tegas.
Roy melihat jamnya kelihatan pukul 5.57 petang. Dah nak senja ni...
"Macam mana boleh hilang huh? Tak pelik ke...", Hafiz mengerut mukanya.
"Aku tahu... Macam ada benda yang tak kena..", Shahril menyampuk.
"Kenapa mereka boleh hilang huh? Aku pun tak faham. Ke diorang sesat? Keluar?"
"Mungkin! Cubalah call weh, sinikan ada coverage", Shahril mengangkat keningnya memberi isyarat supaya Roy menelefon kawan-kawannya.
Roy menyeluk kedalam sakunya untuk mengambil telefon bimbitnya.
"Eh phone aku mana?!!"
"Apesal?!"
"Tadi aku letak dalam poket, dah takde!!"
"Cuba check leklok! Aku punya ada tertinggal kat rumah lah!", Shahril berkata.
"Apesal kau tinggal?!"
"Tadi aku nak cepat..."
"Macam mana ni.."
"Macam mana apanya?!"
"Mana phone weh?!"
"Aku tak nak mati kat sini!!"
Keadaan menjadi tegang. Roy kelihatan begitu runsing. Mereka membuat keputusan untuk bermalam di tepi pantai kerana bekalan elektrik di vila terputus dan fiusnya terbakar. Aneh. Hafiz menyiapkan unggun api dan yang lain mencari makanan.
"Kau carilah makanan apa pun sebelum malam, kalau jumpa biawak pun kasi redah lah", Roy memberitahu Shahril.
"Aku nak pergi cari sendiri", Hafiz menjampuk.
"Apehal pulak? Tadikan kita dah bagi-bagikan tugas. Kau jangan angkuh sangat boleh tak!!", Roy memarahinya.
"Dah lah, takpelah. Dia boleh temankan aku sekurang-kurangnya kan?", Shahril menepuk bahu adiknya.
Akhirnya Shahril dan Hafiz meredah kembali pulau itu untuk mencari sumber makanan untuk makan malam serta pagi besok. Tapi, kenapa mereka diam tak bercakap antara satu sama lain?
***
"Malam ni, kita semua tidur dalam khemah. Satu khemah je!", Roy berkeras.
"Tak nak, aku nak duk khemah sorang", Hafiz membantah. Seperti biasa.
"Kau kan memang susah kan nak faham bahasa?!", Roy membulatkan matanya.
"Aku tak nak mati, lebih baik aku survive sorang!"
"Kau ni apahal ah? Kau ni memang selfish ah!"
"Suka hati aku lah!"
"Kau ni memang tak guna!"
Satu tumbukann yang begitu kuat terkena tepat pada hujung bibir Hafi dan mengakibatkan bibirnya pecah dan berdarah. Seseorang kelihatan tersenyum dari jauh.
"You guys ni kenapa?! Stop it!", Shahril menghalang pergaduhan.
"Kau tak payah nak berlagak baik la syaitan!", Hafiz menolak Shahril dan mengakibatkannya tersungkur ke pasir.
"Abang!", Roy mula geram.
"Kau ni memang..", tidak sempat Hafiz menghabiskan ayatnya. Satu lagi pukulan yang kuat terkena di rusuknya.
"Yang kau panggil syaitan tu abang aku! Kau jangan nak samakan abang aku dengan mat salleh yang pernah bunuh tunang kau lah! Kau ingat aku tak tahu ke? Kau bencikan si El tu sebab muka dia nak sama dengan tunang kau kan? Huh! Jangan-jangan semua ni rancangan kau tah? Mana kau sorok kawan-kawan ku huh!", Roy melepaskan geram.
"Apa kau merepek ni?", Hafiz ketawa terbahak-bahak.
"Apadia?!", Roy mengerutkan keningnya.
"Dah la woi, jangan nak jadi bodoh sangat. Stop acting like you're fool", Hafiz bangkit dan membersihkan badannya yang penuh dengan pasir pergi meninggalkan Roy dan Shahril yang tertanya-tanya sendiri.
***
Hi! Saya nak ucapkan terima kasih sangat kepada yang vote & pm saya untuk cepatkan update cerita ni. Macam mana? Awak rasa apa yang berlaku sebenarnya? Siapa yang jahat? Siapa yang baik? Haaa, nantikan ye! Terima kasih sangat, saya gembira sebab pembaca memberi respon yang sangat baik & positive. Nanti, saya akan update dengan lebih banyak jika ada waktu terluang. Terima kasih _budakkecik_ yang sanggup pm saya sendiri meminta saya mempercepatkan update! Ok, terima kasih sesangat atas pujian tu, saya sangat terharu. Love you guys xoxo
With loves,
B x
YOU ARE READING
September
Short StoryAku bersama teman-teman bercuti ke sebuah pulau yang amat indah. Tapi... Kenapa... Banyak kejadian aneh yang berlaku? Kenapa aku dipersalahkan? Aku dituduh membunuh? Aku pembunuh? Siapa aku? Apakah semuanya benar atau...