PROLOG

3K 139 1
                                    

Mimpi hanya mainan syaitan, namun ia boleh jadi sebuah petunjuk dari-Nya

***

Mimpi adalah teka-teki yang harus diselesaikan - Zafran.

*********


Baju hitam hoodie disarungkan ke tubuh tegapnya sebelum hoodienya ditarik dan menutupi kepala. Kakinya mula melangkah ke arah pintu utama rumah. Melangkah keluar sahaja, kakinya terpasak ke bumi dengan tiba-tiba.

"Kau nak buat lagi ke?!" Soal seseorang dengan nada yang sedikit tinggi, antara marah dan geram.

Lelaki yang berhoodie itu cuma diamkan diri. Dia mula mengorak langkah melepasi orang yang bertanya itu. Namun tanpa disangka, hoodie yang menutupi kepalanya ditarik dari belakang menyebabkan wajahnya kelihatan.

"Cukuplah Ran! Jangan kacau perempuan tu lagi. Kau pergi masuk dalam tukar baju dan ikut aku lebih elok," Ujar Zafril yang semakin dirundung marah dan geram kerana tidak diendahkan.

"Bukan hal kau." Tutup kepala ditarik kembali seraya menyengetkan sedikit badannya dan kepala diangkat menghadap wajah Zafril walaupun wajahnya tidak kelihatan. Senyuman nipis ditarik.

"Aku tak boleh duduk goyang kaki je bila tengok ada lelaki cuba dekati perempuan tu. Dia milik aku."

Zafril mendengus geram.

"Dia milik kau tapi kenapa kau tak cuba dekati dia? Bukan dalam mimpi tapi realiti, Ran! Beranilah sikit!"

"Aku yakin mesti ada sebab pertemuan kita orang macam tu. Aku dah buat keputusan. Jawapan aku tetap sama, aku akan lindungi dia walau apa pun." Balas Zafran tenang.

"Kau dah gila lah, Ran!" Tempelak Zafril tanpa dapat tahan rasa amarahnya. Marah dengan satu-satunya sahabatnya itu yang melindungi seseorang yang tidak tahu pun kewujudan sahabatnya itu selain dalam mimpi sejak setahun lepas.

"Kau tak rasa yang kau cuma buang masa je ke, Ran? Kau berusaha singkirkan lelaki-lelaki yang cuba dekati perempuan tu. Sedangkan dia tak tahu apa yang kau sedang buat. Sudahlah, Ran.. Hentikan semua ni. Dah setahun tahu tak?" Sambung Zafril lagi dengan bebelan nasihatnya.

"Kau akan buat benda yang sama kalau kau kat tempat aku." Badan dipusing ke hadapan kembali. Keretanya dihampiri, meninggalkan Zafril di belakang yang belum habis menasihatinya.

Kereta diundurkan ke belakang sebelum keluar dari garaj kereta dan meninggalkan kawasan rumahnya. Matanya tertumpu di jalan raya sedangkan satu mimpi panjang yang aneh dialaminya sedang diulang tayang di fikirannya. Mimpinya setahun lepas.

Zafran dapat dengar dengan jelas tangisan seseorang. Tangisan yang dilepaskan itu ibarat si penangis menanggung sedih yang teramat. Dirinya rasa terpukul untuk mencari pemilik tangisan itu.

Dia kini berada dalam rumah seseorang. Bukan rumah miliknya. Rumah ini gelap, langsir tertutup, lampu tidak dibuka, menyebabkan sedikit cahaya pun tidak menyinari rumah ini. Dia tidak tahu bagaimana dia boleh berada di rumah ini. Lebih pelik lagi, dia mendengar tangisan seseorang. Tangisan yang sungguh syahdu.

[H] Lelaki Dari MimpiWhere stories live. Discover now