26 Jun 2018
Zafran mengeluh halus memikirkan kenapa dia harus terjebak sama dengan percutian pendek yang diaturkan sahabatnya. Berbuih mulutnya beritahu bahawa dia tidak mahu ikut. Tetapi sahabatnya itu sama degil sepertinya. Akhirnya dia berada di sini.Di hadapannya, terbentang laut yang luas. Manakala jauh di hadapan terdapat matahari yang tidak segan untuk menunjukkan diri. Dia memejamkan mata, menikmati angin-angin sepoi bahasa di tepi laut itu.
Dia sudah berada di sini, jadi eloklah dia menikmati dan merilekskan fikirannya yang terlalu serabut sebelum dia ke sini. Masalah yang dia sedang hadapi seakan terpadam dari fikirannya. Hatinya yang menguasai saat ini. Damai sahaja dia rasakan. Fikirannya pula terasa kosong.
Dalam diam dia berterima kasih pada sahabatnya kerana bawanya ke sini walaupun dengan memaksa. Dia memang memerlukan percutian ini.
Tepukan di bahunya buatkan dia membuka semula kelopak mata.
“Macam mana? Bersyukur kau datang sini lepas kena paksa dengan aku?”
“Hmm.” Zafran berdehem sebagai balasan.
Zafril menarik nafas dalam. Kemudian menghembusnya perlahan. Lapang fikirannya tika ini.
“Aku nak kau lupakan masalah kat KL. Tak berbaloi fikir semua tu. Dia curang, bukan disebabkan kau. Tapi dia yang tak cukup satu. Tamakkan perhatian.”
“Tapi hati aku sakit.” Suara Zafran sedikit bergetar. Zafril menepuk bahu sahabatnya itu. Dia faham perasaan dicurangi. Dia pun pernah mengalaminya. Pengalaman itu buat dia terfikir apa kekurangan dia sehingga kekasihnya mencari lain? Tetapi akhirnya dia punyai jawapan. Bukan salah dia. Dia sudah beri apa yang cukup.
“Kau tahu, perempuan macam tu tak layak untuk kita.” Ujar Zafril yang sedikit beremosi apabila teringat dia turut disakiti setahun yang lalu.
Zafran memandang sahabatnya. Hampir dia terlupa Zafril terlebih dulu merasai kesakitan ini daripadanya. Keluhan dilepaskan.
“Kenapa kita alami nasib yang sama? Dosa apa yang kita buat?” Zafran memandang langit, bertanya kepada yang Maha Esa.
Zafril turut melakukan hal yang sama.
“Mungkin kita akan dapat wanita yang hebat satu hari nanti. Untuk dapatkan perkara terbaik, kita kena hadapi ujian Dia. Baru terselit manisnya.” Zafril tidak percaya dengan apa yang diucapkannya. Belum pernah dia fikir begitu. Tetapi hatinya menyetujui kata-katanya itu.
“Bila masa tu akan datang? Aku serik nak jaga jodoh orang lain.” Zafril senyum tipis. Sama dengan keadaan dia selepas dikhianati. Sehingga kini dia tidak bercinta dengan sesiapa lagi.
“Satu hari nanti.” Mereka berdua sama-sama tersenyum memikirkan tentang itu. Hati mereka telah meletakkan harapan. Semoga mereka bertemu dengan yang terbaik.
“Aku ada kawan kat sini. Bolehlah minta dia bawa kita pusing sekitar sini.” Zafril menukar topik. Pandangannya meliar mencari seseorang yang telah dia berjanji untuk bertemu di sini.
“Oh ya? Tak tahu pula aku yang kau ada kawan kat sini. Tiba-tiba rasa cemburu pula dengan dia. Dapat tinggal kat tempat macam ni. Jauh dari hiruk-pikuk bandar.” Zafran menyuarakan iri hatinya. Kalau dia tinggal di sini, takkan sesekali dia pijakkan kaki di bandar. Kalau begitu, mungkin dia tidak dikhianati. Hanya ada dia dan laut. Terbit di hatinya mahu punya tempat tinggal di tempat begini.
“Dia pula cemburu dengan kita yang tinggal di bandar. Banyak kemudahan dan kesenangan kat sana.” Zafril berkongsi tentang pendapat kawan yang dia sebutkan.
![](https://img.wattpad.com/cover/179791968-288-k684815.jpg)
YOU ARE READING
[H] Lelaki Dari Mimpi
Ficción General5TH NOVEL BY SSYQIENN HIATUS SEHINGGA 31/12/19 Apabila mengalah dengan kehidupan yang sukar, Ada di kalangan mereka mula mengharapkan dunia fantasi. Dunia yang dikenali alam mimpi. Gembira di sana. Terluka di sana. Apa jua, berhenti di sana sahaja...