Adhia menyibukkan diri dengan laptop miliknya. Dia menekan-nekan keyboard dengan laju, selaju hatinya sekarang ini yang berdebar. Gara-gara bunyi bising di tingkat bawah rumahnya.
“Apa awak tahu pasal anak-anak? Selama ini awak sibuk bekerja je! Sekarang ni nak pasang lain pula? Boleh jaga ke keluarga baru awak tu nanti? Hah?” Kata-kata ibu buatkan jemari Adhia statik, berhenti tiba-tiba. Keluarga baru? Apa maksudnya?
“Anak sendiri pun terabai.” Sindir Ibu. Adhia mengemam bibir. Well, apa yang ibu cakap itu benar. Tapi apa maksud kata-kata ibu tadi?
Adhia bangkit, dia meninggalkan meja belajarnya dan menghampiri pintu bilik. Dia memulas tombol itu dan menguak sedikit. Kepalanya menjenguk melalui ruang pintu yang dia buka sedikit itu.
“Ah! Suka hati awaklah nak cakap apa. Daripada ada keluarga yang teruk macam ni, lebih baik saya bina keluarga baru.” Suara papa kedengaran.
“Awak nak pergi mana? Kita belum habis berbincang lagi. Apa kata anak-anak pula nanti? Diorang tengah membesar. Cuba berfikir sikit.”
“Diorang dah besarlah! Diorang mesti faham. Awak jangan cipta alasan boleh tak?” Papa merentap lengannya yang dipegang kejap oleh ibu. Adhia yang telah keluar dari bilik, hanya memerhati dari atas.
Papa dan Ibu memang selalu bergaduh. Tetapi dia rasa kali ini mereka bergaduh teruk. Apa yang dia telah dengar, papa mahu bina keluarga baru. Apa yang dia dapat simpulkan di sini adalah papa mahu buang mereka.
“Nampaknya papa dah tak sayang kita.” Adhia menoleh tatkala mendengar suara. Alfia berada di sisinya turut melihat ke bawah.
“Hurmm.” Adhia balas dengan deheman. Alfia adalah kembarnya kalau nak tahu.
“Saya tak cipta alasan. Diorang perlukan perhatian kita. Dan awak nak angkat kaki? Berhenti jadi selfish boleh tak?” Pergaduhan itu masih berlarutan. Adhia mengeluh.
Sebelum ini dia hanya dihidangkan pergaduhan suami isteri itu. Sejak dia di bangku sekolah rendah lagi papa dan Ibu sering bertikam lidah. Dua-dua tidak mahu mengalah.
Tetapi kini, dia mungkin bakal berhadapan dengan penceraian papa dan ibunya.
“Apa kurangnya awak? Ada ke masa untuk diorang? Bukan ke awak sibuk kerja? Awak pun bersalah.” Balas papa.
Adhia buat keputusan untuk masuk bilik. Malas dia mahu mendengar dan melihat lagi ketegangan antara papa dan ibunya. Terlintas di fikirannya tidak penatkah asyik bergaduh? Telah berpuluh tahun berlaku, kini dia telah berusia 22 tahun. Nampak tidak masa yang telah berlalu?
Sudah terlalu lama.
Stress? Jangan cakap, dia pernah mengambil sesi kaunseling ketika di sekolah menengah. SPM di hujung-hujung bucu sahaja ketika itu. Namun ketika itu papa dan Ibu telah bergaduh. Dari apa yang dia ingat, ketika itu Ibu mempunyai lelaki lain.
Jadi kali ini, nampaknya papa juga telah mempunyai wanita lain. Allah, apa sudah jadi dengan keluarganya ini?
Dia duduk di birai katil. Telinganya masih mendengar butir-butir pergaduhan papa dan Ibu. Hanya sayup-sayup sahaja.
Dia masuk ke dalam selimut, berharap apabila dia bangun nanti, keadaan kembali sedia kala. Dia tidak suka melihat orang tuanya bergaduh. Itu menunjukkan keluarga mereka telah musnah. Walaupun sekadar bergaduh kecil.
Mata dipejamkan. Dia memainkan sebuah kenangan dalam kepalanya, kenangan indah mereka sekeluarga sebelum sebelum orang tuanya sering bertekak.
Sebuah keluarga yang gembira dan aman sentosa. Adhia tersenyum kecil. Sekarang jika dia mahu keluarganya kembali begitu, nampak seperti impiannya tidak akan tercapai. Papanya memilih untuk meninggalkan mereka semua, keluarga yang teruk.
YOU ARE READING
[H] Lelaki Dari Mimpi
Художественная проза5TH NOVEL BY SSYQIENN HIATUS SEHINGGA 31/12/19 Apabila mengalah dengan kehidupan yang sukar, Ada di kalangan mereka mula mengharapkan dunia fantasi. Dunia yang dikenali alam mimpi. Gembira di sana. Terluka di sana. Apa jua, berhenti di sana sahaja...