BAB 3

1.3K 89 34
                                    

Zafran tersedar apabila telefonnya berbunyi nyaring minta diangkat. Tanpa melihat nama pemanggil, dia menghentikan bunyi tersebut. Telefon dilekapkan ke telinga.

"Hello.." Ujarnya dengan suara serak.

"Hye babe!" Zafran terus mencelik mata mendengar suara itu. Dia membawa telefon ke hadapan muka, tertulis 'sayang' di skrin telefonnya.

"Kau nak apa?" Soalnya kasar. Selimut dialihkan dari tubuh sebelum turun dari katil lalu menuju ke tingkap, mahu lihat ke luar. Namun semuanya gelap. Dah malam.

Zafran mengerling jam di dinding. 9 malam. Terluas matanya melihat jam yang berdetik itu. Lama benar dia tidur. Nampaknya dia telah melanggar waktu solat maghrib dan isyak.

Tanpa mengendahkan Aqila yang membebel di hujung talian, panggilan tersebut dimatikan. Lantakkan perempuan tu. Bergegas dia menuju ke bilik air.

Selesai sahaja dia solat, serentak pintu biliknya diketuk dari luar. Dia yang telah bersiap mahu keluar mencari makan malam, menghampiri pintu setelah mengambil dompet serta telefon bimbitnya.

Pintu dikuak luas.

"Babe!" Zafran terundur ke belakang apabila tubuhnya dipeluk tiba-tiba. Panas hatinya tika ini. Tidak malu sungguh muncul di hadapannya setelah buat onar dengannya.

"Apa ni, Aqila. Lepaskan aku." Ujarnya dingin. Lengan yang berlingkar di lehernya direntap kasar. Peduli apa dia kalau gadis itu sakit dengan perlakuannya.

"You ni kenapa? Masih marahkan I ke?" Muka Aqila masam mencuka. Dia memegang lengan teman lelakinya itu.

Zafran berjalan melintasi Aqila tanpa membalas. Malas dia mahu layan.

"You! Tunggulah I!" Jerit Aqila di belakangnya. Zafran melajukan langkah. Namun sia-sia sahaja apabila Aqila telah berada sisinya sambil merangkul erat lengannya. Dia mengeluh dalam hati.

Dia membiarkan sehingga mereka keluar dari kawasan resort. Semarah-marah dia pun, dia bukan kejam untuk malukan gadis itu di hadapan orang ramai. Di resort terlalu ramai pelancong yang menginap.

Dia menarik kasar tangannya.

"Buat apa datang sini?" Soalnya. Soalan itu berlegar-legar dalam kepalanya sejak tadi lagi. Gadis itu senyum kepadanya.

"Pujuk youlah." Zafran buat muka menyampah. Buat apa kejarkan dia sedangkan bukan dia seorang di sisi gadis itu. Ingat dia ni tempat untuk lepaskan bosan ke?

"Mana tahu aku kat sini?" Aqila cemberutkan muka.

"Kenapa you ni aku-aku dengan I? I datang sini nak pujuk you, tapi macam ni
you layan I!" Bentak Aqila marah.

Zafran mengeluh. Nak menggedik dengannya, tapi soalannya tidak dijawab.

"Ada aku minta kau datang?" Zafran meninggalkan Aqila di situ. Nak merajuk, merajuk sensorang. Tak kuasa dia nak melayan.

"I tak ada bilik lagi. I duduk bilik you." Zafran memekakkan telinga. Peliknya dia tidak marah pula Aqila mahu menggunakan biliknya. Dia mengeluh halus.

Dalam marah dia, ternyata dia masih sayangkan gadis itu. Bahaya jika Aqila merayau-merayau waktu malam mencari bilik. Mungkin sebab itu dia tidak berkata apa-apa. Kalau Aqila tidak berkata begitu, mungkin dia yang akan menawarkan biliknya.

"Sayang ke cuma ihsan aku je?" Soalnya sendiri. Dia pun tidak faham dengan hatinya. Kepala digelengkan sebelum memandang ke hadapan yang gelap. Bunyi laut dan angin sejuk yang menjamahnya. Dia berjalan sehingga terjumpa sebuah restoran.

[H] Lelaki Dari MimpiWhere stories live. Discover now