🐣BAB 2🐣

56 5 0
                                    

TUAN Kim, Tengku Nisa serta Aiman sedang makan di meja makan. Esok merupakan hari perkahwinan Tuan Kim dan Tengku Nisa buat kali kedua. Mereka berkahwin kembali setelah kematian ayah Tuan Kim.

"So, appa berdebar tak esok nak kahwin?"tanya Aiman sambil menyua makanan ke dalam mulutnya.

"Berdebar juga lah abang. Yelah dah lama tak kahwin."jawab Tuan Kim dengan sengihan.

"Mama pula amacam? Nerveos tak?" soalan Aiman ditujukan kepada Tengku Nisa pula.

"Nerveos lah abang. Bukan selalu tahu mama nak kahwin."jawab Tengku Nisa dengan muka malu.

"Hahaha. Comellah appa dengan mama ni. Bagai pinang dibelah dua." kata Aiman sambil mengangkat pinggannya dan menuju kesingki. "Mana makanan untuk adik mama? Biar abang yang bagi."kata Aiman ketika mengelap tangannya setelah selesai mencuci pinggan.

"Tu dekat sebelah peti ais tu. Suruh dia makan ubat juga takut nanti demam."kata Tengku Nisa pula yang sudah melangkah kesingki.

"Baik mama."ujar Aiman lalu diambil dulang yang mempunyai nasi berlauk ayam masak merah dan sayur campur. Minuman bersusu dan air kosong. Serta tablet penadol.

Aiman memasuki lif kerana tidak mahu menggunakan tangga untuk naik ke bilik Amni bagi mengelakkan makanan-makanan di dalam itu tumpah. Sampai sahaja di tingkat yang mahu dituju, Aiman terus melangkah keluar dari lif dan menuju ke bilik yang mempunyai tanda pintu bertulis 'Amni's Room🐰💕'.

Diketuk pintu itu lalu melangkah masuk ke dalam bilik yang menempatkan Amni. Kelihatan Amni sedang bercakap melalui telefon.

"Okay Critianes. I call you back later. My brother come. Miss you babe."kata Amni lalu mematikan talian. Dan meletakkan Iphonenya disebelah meja yang diletakkan lampu meja dan gambarnya yang berada di dalam print.

Lupa pula nak cakap. Bilik Amni ni ala-ala fairytlye gitu. Berdinding berwarna ungu. Bercadar ungu. Dan disekeliling biliknya cukup kelangkapan siap ada meja belajar dan almari solek lagi. Almari baju usah diceritalah. 20 pintu dohh. Hahaha.

"Cakap dengan siapa tadi?"tanya Aiman lalu duduk di atas katil berhadapan Amni yang sudah duduk bersila.

"Dengan kawan. Dia call nak tanya khabar. Ni abang datang bilik adik ni kenapa? Siap dengan dulang makanan bagai."kata Amni sambil memandang Aiman yang meletakkan dulang diatas katilnya yang bersaiz King itu.

"Mama suruh adik makan ni lepas tu makan ubat takut demam. Kang mama dengan appa nak kahwin kau yang masuk hospital pula. Majlis kahwin jadi majlis risau merisau. Hahaha."ujar Aiman dengan ketawa yang terbahak-bahak.

"Ishhh abang ni. Tak baik cakap macam tu tau? Appa cakap kata-kata tu doa."ujar Amni sambil mengangkat pinggan berisi nasi serta lauk pauk untuk dimakan. Memang ada sudu dan garfu tapi Amni lebih suka menggunakan tangan. Lebih merasai kesedapan makanan itu.

"Adik tak makan sayur ke?"tanya Aiman apabila melihat Amni tidak menyentuh secubit sayur sekalipun.

"Tak sebab pahit."

"Samalah kita."

"Dah twins memanglah sama. Cuma abang ni over sikit. Hahahaha."

"Elehhh kau tu yang over dik. Binatang berbulu pun kau takut."

"Bukan takut tapi trauma."Amni menafikan kata-kata Aiman.

'Apasallah aku dapat abang kembar macam ni? Sekali aku taekwondo baru tahu.'tegus hati Amni.

Amni terus memakan makanannya. Manakala Aiman pula sedang bermain dengan Iphone 8nya. Sesekali Aiman tergelak apabila berwhatsapp dengan rakan-rakan di dalam group 'PUTERA KATAK🐸'

PUTERA KATAK🐸

Syafiq Skye🐒
Weyh jomlah lepak esok.

Afran Zulfan🐒
Jom. Aku pun tak sabar nak
Citer something dekat korang ni.

Aiman Sofi🐵
Aku on je. Tapi tu lah esokkan mama
Aku nak kahwin so tak boleh lah kot.
Apakata korang je datang sini?
On x on?

Afran Zulfan🐒
Aku on je. Lagipun mummy aku
pun pergi juga. Almaklumlah,
Adik ipar yang nak kahwin.
Hahahahahai😂😂.

Syafiq Skye🐒
Aku pun on je kalo farhan tu nak
Ikut.

Aiman Sofi🐵
Ha ahlah. Mana farhan?

Syafiq Skye🐒
Peah ooo peah.

Afran Zulfan🐒
Jagung ooo jagung.
Mana kau? Muncullah engkau.
Wahai jagung kang aku jual.
Baru kau tahu.

Aiman Sofi🐵
Entahlah. Manalah monyet ni?

Farhan Nuklear🐒
Ye². Aku g jugak rumah kau esok
Aim. Korang ni cebukk je lah.
Aku nak main ML tak senang.

Afran Zulfan🐒
Okay aku cau dulu. Mummy ajak
g shopping. Assalam.

Syafiq Skye🐒
Wassalam pak tongkol.

Farhan Nuklear🐒
Waalaikumsalam.
Mamat handsome😿😿.

Aiman Sofi🐵
Waalaikumsalam wbt mamat selega.
Hahahaha.

Seusai berhabis tenaga ketawa. Aiman terus menutup applikasi whatsapp itu dan masukkan ke dalam poket seluar jeansnya. Kelihatan Amni sudah habis makan dan menuju ke bilik mandi untuk membasuh tangan.

"Abang gelak-gelak tadi kenapa?" tanya Amni ketika menuju ke arah bilik mandi.

"Tak ada apa-apa pun. Cuma chat dengan kawan-kawan abang tadi. Kalau adik tu bersekolah sekali dengan abang, abang kenalkan. Kitaorang femous tauu dekat sekolah." kata Aiman membangga diri.

"Ye-ye jelah tu."kata Amni pula setelah selesai membasuh tangan dan menuju ke katil kembali.

"Tak nak caya sudah."ujar Aiman mengambil dulang yang pinggan sudah kosong air susu pula sudah habis. Air kosong dan tablet penadol Amni sudah letakkan Iphonenya ketika Aiman sedang bergelak ketawa.

"Okey abang nak keluar dulu. Jangan lupa makan ubat. Babaiii adik ku sayang."kata Aiman sambil memberikan flying kiss kepada Amni.

"Eeeee geli."meremang bulu roma Amni apabila Aiman bersikap begitu.

Setelah Aiman menutup pintu biliknya, dia mencapai tablet penadol lalu mengambil 2biji penadol dimasukkan ke dalam mulutnya. Apabila terasa pahit dia terus meminum air kosong yang berada di sebelah Iphonenya.

"Uhhhhh pahitnya!!!"kata Amni separuh menjerit.

Seusai memakan ubat, dia terus mengambil Iphonenya dan membuka lagu untuk tidur. Jam pula sudah menunjukkan pukul10 malam. Tidak beberapa lama kemudian, matanya sudah mulai layu dan akhirnya dia terlena.

Mrs. Afran ZulfanWhere stories live. Discover now