AFRAN ingin melangkah keluar dari sekolah namun dihalang oleh Aiman.
"Weh Af tunggu aku!"jerit Aiman.
"Kau kenapa doh? Tak nampak aku nak balik ni? And macam mana perempuan ni ada sekali dengan kau?"ujar Afran sambil menunjuk Amni yang berada disisi Aiman.
"Kau tahukan aku ada adik kembar and she's a girl?"tanya Aiman.
"Yes I know. But apa kena mengena adik kembar kau dengan perempuan ni?"ujar Afran pula.
"Dialah adik aku." Ringkas jawapan dari Aiman membuatkan Afran terganga.
"Kau biar betul. Tak percaya aku"
"Betullah apa yang aku cakap. Adik kau cakap sikit dengan dia, dia tak nak percaya apa yang abang kau ni cakap. Ingat muka aku ni cam penipu tersohor agaknya."ujar Aiman kepada Amni.
"Hahaha memang pun. Ye Tengku Afran Zulfan saya adik kembar Aiman and your cousin. Walhal kita tak pernah jumpa and baru hari ni saya tahu yang awak tu sepupu saya, nice to know and meet you."ujar Amni.
Nak pengsan Afran bila mendengar setiap bait kata-kata yang keluar dari mulut Amni. Jadi selama ni dia sekelas dengan sepupu yang dia teringin sangat nak kenal selama ni? Wow indahnya dunia.
"Haaa ye-ye. Nanti jumpa dekat rumah kau ya? Aku pergi main game rumah kau nanti Aim. Bye Amni."ujar Afran lalu memakai topi keledar. Beberapa saat kemudian motosikal berkuasa tinggi keluar dari perkarangan parking motosikal disekolah itu.
"Dia selalu datang rumah kita ke selama ni?"tanya Amni apabila Afran sudah kian menjauh.
Kelihatan Aiman pula yang menaiki motosikalnya dan ingin memakai helmet.
"Selalu jugaklah dalam seminggu tu ada lah jugak dua tiga hari dia datang rumah kita. Kadang-kadang tidur jugak sekali sekali. Maybe malam ni dia tidur rumah kita kot sebab esok cuti agung."
"Ooo"
"Kau balik naik apa dik? Ke kau nak tumpang abang mu yang handsome lagi bergaya ni?"
"Uwekkkk nak muntah pulak dengar. Adik balik dengan Pak Man kejap lagi dia datang ambik lepas ambik mama dekat office."
"Okaylah kalau macam tu. Kau duduk kat pakgurd tu dik jangan pergi mana-mana. Ingat orang kita ramai orang yang nak ambik kesempatan. Just be careful."pesan Aiman. Bukan dia tak nak tunggu sampai Pak Man sampai tapi dia ada kerja yang hendak dilakukan.
"Tak apa abang. I ingat apa yang you pesan tu. You tu bawak moto elok-elok. I dah ada taekwondo tak adalah orang berani kacau adik mu yang comel lagikan cute ni."ujar Amni.
Dia amat setuju dengan kata-kata Aiman. Keluarga mereka ramai musuh terutamanya belah Tuan Kim. Ada sahaja yang akan berlaku jika Amni keluar bersendirian. Namun Amni bijak mengawal keadaan kerana pandai seni mempertahankan diri.
"Jaga diri elok-elok jangan bagi ada calar sikit pun kat badan kau tu dik."pesan Aiman lagi sambil menghidupkan motosikalnya.
"Aip-aip chip" ujar Amni siap mengangkat tabik spring didahinya.
Beberapa saat sahaja Aiman sudah hilang dari pandangannya. Amni menuju ke arah pos pengawal keselamatan dan duduk diatas kerusi dan meja batu yang berhampiran dengan pos pengawal tersebut.
Kelihatan ada seorang lelaki yang mendekati Amni dengan memakai pakaian seragam pengawal keselamatan.
"Assalamulaikum. Kamu kan pelajar baru dari luar negara tu kan?"sapa lelaki itu.
"Waalaikumsalam. Ye saya pakcik. Macam mana pakcik boleh kenal saya?"
"Pakcik perasan kamu bercakap dengan Sofi tadi."