AFRAN sedang termenung dikolam renang villa kristal dengan mencelupkan kakinya ke dalam kolam. Tiba-tiba telefonnya berdering.
"Ye sayang. I ada dekat rumah maklang I. Yes memang I ada janji tapi sekarang maklang I ada masalah. Kita jumpa nanti lah ye sayang? Nanti I pergi ambik you okey? Bye sayang" butang merah ditekan untuk merah.
"Ye mama. Adik jaga diri. Jangan risaulah. Demam sikit ja. Lagipun tak sangka hari ni cuti. Tu yang dia orang ajak pergi kedai buku hari ni. Adik janji sebelum asar adik balik okey? Jangan risaulah."kedengaran suara Amni dari dalam rumah.
"Tapi adik kena ingat Joe dah terlepas. Mama tak nak hilang adik. Bila-bila masa ja dia boleh buat apa sahaja." Kata Tengku Nissa kepada anak gadisnya.
Tuan Kim sudah bertolak ke Korea sebentar tadi kerana CJ Home Shoppingnya mempunyai masalah. Aiman pula masih lagi melantak nasi lemak di meja makan.
"Ye mama. Jangan risaulah. Adik kan ada.... shup shup.."sambil menunjukkan gaya menumbuk. "Taekwondo"sambung Amni lagi.
"Lagipun bukannya adik keluar seorang-seorang. Ada kawan yang temankan adik. Janganlah risau sangat."ujar Amni sambil memakai kasut sukan adidasnya.
"Yelah. Hati-hati. Jangan balik lambat sangat. Drive carefully."ujar Tengku Nissa kepada anak perempuannya.
"Okay mama. I got to got."ujar Amni lalu menyalam dan mencium pipi milik Tengku Nissa.
Kerata Swith berwarna putih meluncur keluar dari perkarangan villa kristal. Afran menghampiri ibu saudaranya yang masih berada dipintu masuk villa. Nampak kebimbangan diwajah si tua itu.
"Ya Allah! Terkejut maklang, Af."Tengku Nissa sambil mengurut dadanya. Kus semangat!
"Hehehe sorry maklang. Amni pergi mana tu maklang?"tanya Afran.
"Amni katanya nak keluar dengan kawan dia nama Mimi dengan Sarah. Lepak-lepak dihari cuti."
"Ooo"
"Afran tolong maklang."nyata Tengku Nissa.
"Follow Amni. Maklang risau."
Kini Afran berada di Sunway Piramid kerana mengikuti Amni bersama rakan-rakannya.
Kelihatan Amni bersama Sarah dan Syamimi berada di dalam kedai kek Secret Recipe sedang menikmati hidangan. Langkah disusun ke arah tiga gadis itu.
"Hai, sayang. Why tak ajak biy datang sini?"sapa Afran lalu di sebelah Amni.
Terlopong Syamimi dengan kelakuan kasanova itu. Sarah pula terjatuh sudu yang berisi kek dari tadi. Mereka berdua memandang antara satu sama lain.
"Excuse me. Sayang? Kau dah kenapa Afran?"kata Sarah sambil memperbetulkan sudunya yang jatuh.
"Ye sayang. Amni is my darling."ujar Afran selamba sambil meletakkan tangannya ke bahu Amni.
Hampir tersedak Amni dibuatnya. Makin terbeliak biji mata Syamimi bagaikan nak keluar. Kekok pun ada.
"Mr. Afran Zulfan. Tak payah nak berlakon lagi. I know that yang mama saya suruh awak ikut sayakan?"ujar Amni sambil menolak tangan Afran dari bahunya. Usaha punya usaha akhirnya putus asa. Sebab apa? Tak berganjak!
"Baguslah kalau kau dah tahu. Mama kau suruh aku follow kau tadi. Dia risau takut something bad happen to you. So kau kena hargai aku yang sanggup tolong mama kau ni"ujar Afran lalu meminum hot chocolate milik Amni. Tu dia, makin terlopong Syamimi dibuatnya. Sarah pulak membuat muka menyampah.
"Kan saya dah cakap, saya boleh jaga diri saya sendiri. I can take care myself!"tengking Amni lalu bangun. Sarah dan Syamimi turut bangun dari duduknya.