🐣Bab 8🐣

41 2 0
                                    

"Cepatlah Aim. Aku nak menang dah ni mana kau?"jerit Afran sambil memandang telefon pintarnya bermain Mobile Legend. Kini mereka berdua berada dibilik tidur Aiman yang serba biru.

"Aku dah nak dekat dah. Sikit lagi"balas Aiman masih lagi bertungkus rumus bermain permainan vedio.

"Yeah! Menang!" Jerit mereka berdua sambil bertepuk tangan give me five gitu.

"Kau tidur sini ke malam ni?"tanya Aiman tanpa memandang ke arah Afran.

"Ha'ah. Lama doh tak tidur dekat sini. Rindu nak makan masakan maklang. Kalau ikan siakap tiga rasa huhh sedap."kata Afran sambil menutup permainan vedionya.

"Kau fikir makan je kan? Nanti aku suruh mama aku masak untuk kau."balas Aiman turut melakukan hal yang sama.

"Mana adik kau? Tak nampak pun dari tadi?"

"Dia biasalah time-time maghrib nak tunggu isyak macam ni mengaji lah kerja dia. Tak apa lah weh, aku nak solat maghrib dulu. Kau? Tak nak solat ke?"tanya Aiman lalu bangun dari duduknya.

"Kejap lagi."

"Okaylah aku solat dulu."ujar Aiman lalu masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wudhuk.

Afran melepaskan keluhan apabila Aiman sudah menutup pintu bilik air. Sampai bila dia nak jauh dari Allah SWT. Aiman tidak pernah meninggalkan solatnya.

"Ya Allah, bantu aku untuk berubah." Ujar Afran perlahan.

"Abang, abang ada am..."tertoleh Afran ke arah suara yang bercakap sebentar tadi.

Kelihatan Amni sedang berdiri diluar bilik dengan kain telekung masih lengkap dibadan. Comel! Terpaku Afran seketika. Suci sahaja melihat muka Amni ketika ini.

"Ingatkan abang tadi."ujar Amni sambil tersengih ke arah Afran.

'Kau jangan senyum macam tu. Rasa nak luruh jantung aku.'bisik hati kecil Afran.

"Aim tengah ambik wudhuk. Masuklah"

Dengan langkah berhati-hati Amni masuk ke dalam bilik Aiman. Dia mengambil tempat duduk di atas katil Aiman yang pada masa itu, Afran sedang duduk bersila di atas lantai.

"Erh dik. Kau buat apa dalam bilik abang ni?"tanya Aiman yang baru sahaja keluar dari bilik air.

"Tak ada lah. Nak tanya, abang ada pinjam my pendriverkan tadi? Mana? Nak guna nak buat kerja."nyata Amni sambil bangun dari duduknya.

"Ada. Kejap nak inject dari abang punya laptop."ujar Aiman lalu menuju ke arah meja belajarnya. Dia membuka laptop yang di sleep sebentar tadi lalu menginject pendriver dari laptop. Seusai selesai, dia melangkah ke arah Amni kembali.

"Nah!"

"Thank bro."ujar Amni lalu menundukkan kepalanya. "Nanti turun makan. Mama dengan Mak Piah dah masak."ujar Amni lagi lalu melangkah untuk keluar.

"Kau janganlah tengok adik aku serupa nak telan."tegur Aiman apabila Amni sudah tidak kelihatan.

"Ma...mana ada aku tengok dia?" tergagap Afran dibuatnya.

"Yelah tu. Dah lah aku nak solat. Kau blah dulu tunggu aku dekat bawah." Ujar Aiman lalu menghamparkan sejadah dan memulakan solat.

Lambat-lambat Afran bangun dan keluar dari bilik Aiman. Dalam perjalanan hendak menuju ke lif, dia lalu di hadapan bilik yang tidak tertutup rapat pintunya. Dan terbentang tanda 'Amni Room🐇💕' di pintu bilik.

Mrs. Afran ZulfanWhere stories live. Discover now