🐣BAB 3🐣

52 5 0
                                    

AMNI lengkap memakai baju mini kurung dan mengenakan shawl semperna majlis perkahwinan Tengku Nissa dan Tuan Kim buat kali kedua. Tema pada hari itu adalah biru lembut dan putih.

Suasana amat meriah sekali. Aiman pula mengenakan pakaian baju melayu berwarna biru lembut juga. Kelihatan Aiman terkial-kial untuk meletakkan butang baju melayunya.

"Adik!!! Adik!!! Tolong abang kejap" panggil Aiman yang berada di biliknya.

"Abang ni dah kenapa? Terpekik terlolong."sapa Amni yang baru sahaja masuk ke dalam bilik Aiman.

"Tolonglah abang kejap. Kacingkan butang ni. Abang tak pandai."

"Abang ni! Benda macam ni pun tak reti. Kaum adam apa macam ni?"ujar Amni sambil menuju ke arah Aiman.

Mulut Amni terkumat-kamit menyumpah Aiman. Tapi tangan masih lagi bergerak tau. Hahaha.

"Haaa kutuk abang lagi. Kutuk-kutuk."

"Bukan kutuk tapi membebel. Hish."

"Tapikan dik, kau nampak comel lah hari ni. Kan bagus kalau kau terus bertudung."kata Aiman.

Memang tidak dinafikan adik dia memang cantik. Dengan memiliki mata yang besar. Pipi yang pau atau tembam. Bibir nipis tapi menawan. Memang siapa yang tengok akan terpikat punya.

"I think belum tiba masanya lagu lah bro. I tak nak dicop munafik."kata Amni yang telah selesai membutangkan semua kancing baju melayu Aiman.

"Tapi dik, menutup aurat tu kan wajib. Kita pun membesar dengan cara hidup Islam. Tak kan kau tak nak? Lagipun kesian Appa dengan bakal suami kau nanti."kata Aiman sambil menuju ke arah cermin meja solek.

"Ermmm tengoklah macam mana." kata Amni.

"So you still fever?"

"Sikit lah. Nanti sihatlah tu."

"Jom. Mesti semua dah tunggu kita dekat bawah tu."kata Aiman lalu menarik lengan adiknya.

"Tak sabarnya nak tengok mama dengan appa nikah. I'm so happy for them."ujar Amni dengan wajah yang teruja.

"Haaa turun pun kamu berdua ni. Ingatkan tak nak turun dah."kata Mak Piah selaku pembantu rumah.

"Alaa sorry lah Mak Piah tadi mintak tolong adik butangkan baju sebab Aim tak reti."Jawab Aiman.

"Kamu memang. Dahlah jom mama dengan appa kamu dah tunggu dalam kereta. How ever what, be silent dekat masjis don't gaduh-gaduh."pesan Mak Piah sambil memakai sepatu didepan pintu villa.

"Yow wow. Seen when Mak Piah pandai speaking?"tanya Amni pula yang turut melakukan hal yang sama.

"Sejak dua bulan yang lalu. Beria-ria dia nak belajar dengan abang mu ini untuk speaking. Yelah kau pun bukannya pandai sangat bahasa melayu kan budak?"kata Aiman pula yang sudah melangkah ke arah kereta ferrari putih.

"Wow. So empresslah Mak Piah. I can't believe that you learn speaking english because of me. Thank you so much Mak Piah."kata Amni lalu memeluk Mak Piah.

"Hahaha most welcome princess."

"Adik! Mak Piah! Cepatlah sikit. Nanti lambat pulak. Kang tak jadi nak nikah kang mama dengan appa ni!"jerit Aiman dari arah kereta.

Bukk!!

Kepala Aiman diketuk oleh Pak Mat selaku driver mereka hari ini memandangkan Tuan Kim dan Tengku Nissa telah berada di masjid seawal jam 7pagi lagi bagi menyiapkan apa yang perlu. Pak Mat juga merupakan suami kepada Mak Piah.

"Ish kamu ni Aim ada ke patut kamu cakap macam tu."

"Dah diaorang lambat. Apa ni Pak Mat main ketuk-ketuk kepala orang?"

Mrs. Afran ZulfanWhere stories live. Discover now