part 2🌹

211 13 2
                                    

   
“Apa masalah awak ni? Apa maksud awak dengan menumpang? Saya ni isteri awak tahu?” kata Yura, tidak berpuas hati. Elok sahaja dia bersendirian sedari tadi, tiba-tiba pula Rezqan menjadi pengganggu hidupnya.

            
“Kau? Kau isteri aku? Hei, kau cermin balik diri kau tu! Layak ke kau nak berdamping dengan aku? Please-lah Yura, mati hidup balik sejuta kali pun aku tak nak mengaku yang kau tu isteri aku di hadapan orang lain,” kata Rezqan. Berdesing telinga Yura mendengarnya.

            “Kalau macam tu, kenapa awak lafazkan akad nikah? Kenapa Rezqan?! Kalau awak tak sudi untuk mengaku yang saya ni isteri awak di hadapan orang lain, adalah lebih baik untuk awak tak jadikan saya ni isteri awak kan? Kalau awak ingat saya ni terhegeh-hegeh nak jadi isteri awak, awak memang silap. Silap besar, Rezqan. Saya tak nak pun,” balas Yura. Rezqan tersenyum sinis.

            “Hei, aku kalau boleh memang tak nak pun kahwin dengan kau. Kalau tak disebabkan aku sayangkan mama, memang tak tercapailah hajat kau untuk kahwin dengan aku. Well, biasalah kan, orang miskin macam kau ni bila nampak orang kaya mestilah terhegeh-hegeh. Tak pernah tengok duitlah katakan. Dahlah anak pungut pulak tu,” kata Rezqan. Ya Allah! Kejamnya lelaki ini. Yura sudah panas punggung. Dia bangun daripada duduknya. Tajam matanya memanah anak mata Rezqan.

            “Rezqan! Meskipun saya ni miskin, awak tak layak untuk hina saya. Tidak bermakna seorang miskin itu tiada maruah dan tidak bermakna seorang kaya itu bermaruah. Kadangkala maruah seorang miskin itu boleh jadi lebih tinggi daripada maruah seorang kaya. Awak tak layak untuk merendahkan dan menghakimi saya. Awak tak layak untuk mempertikaikan kebendaan saya. Tu semua hanya sementara. Apa yang dibawa nanti adalah amalan, bukannya harta.

Mudahnya awak mengatakan saya ni anak pungut kan? Awak tak tahu kisah sebenar, Rezqan! Awak tak tahu kenapa ibu bapa saya tinggalkan saya. Jangan terus menghakimi tanpa sebab dan bukti yang kukuh.” Yura mempertahankan dirinya seraya berjalan laju ke biliknya. Walaupun bilik yang diberikan oleh Rezqan hanyalah sekadar bilik pembantu rumah, namun bagi Yura itu sudah memadai. Bukannya dia tidak biasa tinggal dalam bilik sebesar itu. Sebelum dia menjadi isteri kepada Rezqan Ferdaus, dia hanyalah seorang pembantu rumah di rumah mama dan papa Rezqan.

            Yura bukanlah seorang anak pungut sepertimana yang dikatakan Rezqan. Menurut Puan Sumaiyyah, pengurus rumah anak-anak yatim yang pernah menjadi tempat tinggal Yura, dia ditinggalkan oleh ibu bapanya kerana desakan kewangan pada ketika itu. Kata Puan Sumaiyyah lagi, kelahiran Yura ke atas muka bumi ini adalah bersama dengan seorang kembar. Maka dengan itu ibu bapa Yura harus memilih di antara Yura ataupun kembarnya. Sungguh, Yura tidak menyalahkan ibu bapanya meski dia tidak kenal siapa ibu dan bapanya.

Bersambung..⚘

『𝙼𝚊𝚐𝚒𝚜𝚗𝚢𝚊 𝙲𝚒𝚗𝚝𝚊⊰♥⊱』Where stories live. Discover now