part 3⚘🌹

206 13 0
                                    

KETUKAN yang bertalu-talu pada pintu biliknya mengejutkan Yura daripada lena. Dia tertidur setelah puas menangis tadi. Yura membuka matanya buat seketika lantas dipejamkan kembali setelah melihat waktu yang tertera pada jam locengnya. Hampir sejam juga dia tertidur. Daripada membuang masa menghadap muka lelaki yang menyakitkan hatinya itu, adalah lebih baik untuk dia tidur.

            “Yura, kau buat apa dekat dalam tu?” soal Rezqan. Yura hanya mendiamkan dirinya. Telinganya ditekup dengan bantal.

            “Yura,” panggil Rezqan sekali lagi. Pintu bilik Yura diketuk lagi.

            “Kau jangan nak menyakitkan hati aku boleh tak? Jangan nak menyusahkan aku!” marah Rezqan. Yura mengetap bibirnya. Siapa yang sakitkan hati siapa sebenarnya? Siapa yang susahkan siapa sebenarnya? Tak sedar diri! Kutuk Yura di dalam hatinya. Terasa hilang rasa hormatnya terhadap Rezqan yang bergelar suaminya itu.

            “Buka pintu ni Yura!” Ketukan pada pintu bilik Yura semakin kuat seiring dengan suara Rezqan yang semakin lantang. Yura masih beku di atas katilnya.

            Rezqan sudah hilang sabar. Hendak dibuka pintu itu dengan menggunakan kunci, kunci itu berada pada Yura pula. Terpaksalah dia merempuh pintu itu. Mahu tidak mahu, pintu bilik itu tetap perlu dibuka. Manalah tahu kalau-kalau Yura sudah tidak bernyawa di dalam bilik itu. Apa tidaknya, selalunya Yura akan menonton televisyen sehingga lewat malam. Malam ini, jangankan menonton, televisyen pun tidak dibuka oleh Yura. Rezqan pula terasa agak pelik kerana batang hidung Yura pun tidak dilihatnya.

            Rezqan yakin Yura terkesan dengan hinannya tadi. Tapi apakan daya? Mulut Rezqan memang berbisa pun. Racunnya kata-kata yang keluar daripada bibir merahnya itu mampu mematikan hati dan semangat seseorang. Namun, manisnya kata-kata yang keluar daripada bibir yang sama, mampu menghidupkan hati dan semangat seseorang. Rezqan Ferdaus, orang yang sangat sukar dijangka sikapnya. He is too complicated!   

            Kau ni ambil berat jugak dekat dia kan? Perli otak Rezqan. Rezqan tersenyum sinis. Aku nak ambil berat tentang dia?Sorry-lah, jangan mimpilah dia nak rasa aku caring dekat dia. Tak ingin aku nak ambil berat tentang dia, balas hati Rezqan.

            Dah tu buat apa kau susah-susah berazam nak rempuh pintu bilik dia? Otak Rezqan sengaja menduga tuannya.Rezqan berdecit. Marah dengan soalan otaknya itu. Lantak akulah nak buat apa pun. Isteri aku jugak! Bangkang hati Rezqan.

            Isterilah sangat kan? Tadi kau yang beria kata, mati hidup balik sejuta kali pun kau tak nak mengaku yang dia tu isteri kau. Tak sedar diri punya manusia! Kutuk otak Rezqan. Eh, eh, diamlah kau! Memekak aje. Tadi tu aku cakap di hadapan orang lain. Jelas tak? Aku tak nak mengaku yang dia tu isteri aku di hadapan orang lain. Sekarang ni mana ada orang lain. Aku dengan dia aje manusia dalam rumah ni. Banyak cakap pulak kau ni! Marah Rezqan di dalam hatinya.

            Dasar manusia ego! Pentingkan diri! Kejam! Tak berhati perut! Busuk hati! Pendendam! Dan satu lagi, kau ni gilalah, kutuk otak Rezqan lagi. Rezqan meramas rambutnya. Ada otak pun kutuk tuan sendiri. Bagus betul, desis Rezqan di dalam hatinya. Rezqan mengambil lajaknya lantas bibirnya menuturkan lafaz basmallah. Pintu bilik Yura selamat dirempuh olehnya.

            Yura yang baru sahaja berkira-kira hendak membuka pintu terkejut beruk melihatnya. Dia turut menjadi mangsa rempuhan Rezqan. Terasa sakit badannya akibat jatuh terlentang. Kepalanya juga terhentak sedikit di atas lantai. Sudahlah Rezqan menghempap tubuhnya, ditambah pula dengan pening kepalanya yang baru sahaja bertandang.

            Rezqan masih mengusap lengannya yang sakit manakala Yura masih mengusap belakang kepalanya. Setelah menyedari betapa dekatnya dirinya dengan Rezqan, pantas Yura menolak tubuh Rezqan ke tepi dengan sekuat tenaganya. Ya Allah, sesak nafas aku! Punyalah berat suami aku ni. Cantik aje landing atas aku, gumam Yura di dalam hatinya.  

『𝙼𝚊𝚐𝚒𝚜𝚗𝚢𝚊 𝙲𝚒𝚗𝚝𝚊⊰♥⊱』Where stories live. Discover now