part 7🕊🌹

191 10 0
                                    

Mutiara jernih menitis lagi di pipi Yura. Pantas Rezqan menyeka air mata itu.

            “Hey, what’s wrong? Did I done something wrong? Did I said something that hurts you?” soal Rezqan. Tidak sanggup rasanya untuk melihat air mata Yura jatuh kerananya buat kesekian kalinya. Yura tersenyum sambil menggeleng.

            “Abang buat Yura feeling terlebihlah pagi-pagi buta ni. Aduh, sembab mata Yura! Kata-kata abang buat Yura sebak, tu sebab Yura menangis,” akui Yura. Rezqan tersenyum. Rezqan mengusap lembut pipi kiri Yura. Dahi Yura dikucupnya lama. Bagaikan ingin memindahkan rasa kasihnya terhadap Yura. Yura memejamkan matanya buat seketika. Memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi.     

            “Lepas ni bakar tau kertas-kertas tu?” pinta Rezqan setelah menjarakkan bibirnya daripada dahi Yura. Pantas Yura menggeleng. Rezqan mempamerkan riak tidak berpuas hatinya. Yura mencapai tangan Rezqan dan digenggam erat. Mata Rezqan ditenung penuh kasih.

            “Yura nak simpan sebagai kenangan kita. Kertas-kertas tu mempunyai cerita tersendiri. Cerita-cerita tentang abang. Cerita yang membawa kita ke kesudahan ini. Kesudahan yang Yura tak pernah jangkakan. Yura simpan ya abang?” tutur Yura. Rezqan tersenyum lantas dia mengangguk, menyatakan persetujuannya.

            “Abang ada surprise untuk Yura hari ini. We will recieve a guest today. Just get ready,” kata Rezqan. Yura menyandarkan kepalanya di sisi lengan Rezqan. Doanya, moga bahagia akan terus menjadi milik mereka. Penat rasanya menderita selama ini. Penat menahan rasa sakit selama ini. InsyaAllah, moga bahagia menjadi milik mereka.

            “YURA rasa tak percaya. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Janji Allah itu pasti. Walau sepahit mana pun dugaan yang diterima, pasti akan ada kemanisan pada akhirnya,” tutur Yura, cermat. Zamir tersenyum memandang Yura.

            “Happy-lah ni?” soal Zamir. Yura tersenyum dan mengangguk. Ya, dia gembira dan bersyukur.

            “Nasib baik kita betul-betul adik-beradik. Kalau tak sia-sia aje abang dapat dosa percuma sebab tengok rambut Yura masa merawat Yura minggu lepas,” kata Zamir. Rezqan menjeling ke arah Zamir di sebelahnya.

            “Bukan setakat tengok, siap pegang dan ambil lagi. Kalaulah Yura bukan adik abang, memang teruklah saya kerjakan abang,” ujar Rezqan. Yura sudah tersenyum-senyum di belakang. Rezqan yang sedang memandang ke arah cermin pandang belakang ternampak akan senyuman isterinya itu.

            “Adalah tu dalam otak dia,” kata Rezqan. Yura memandang suaminya. Dia memperlihatkan air muka comelnya.

            “Tak adalah, cuma kelakarlah abang panggil Abang Zamir dengan panggilan abang. Yalah, abang lagi tua daripada Yura lima tahun. Abang Zamir kan kembar Yura,” jelas Yura sambil ketawa perlahan.

            “Tak apa, unik,” jawab Rezqan. Pada mulanya, dia turut merasakan perkara itu kelakar. Masakan tidak, usianya adalah 29 tahun manakala usia Yura adalah 24 tahun. Baginya, Zamir yang lebih muda daripadanya mesti dipanggil abang kerana Zamir itu adalah abang iparnya.

            “Okey, dah sampai,” ujar Zamir. Rezqan memberhentikan keretanya lantas enjin kereta dimatikan. Mereka melangkah keluar daripada kereta.  

            “Abang, seriously?” soal Yura kepada Zamir. Matanya masih tertancap pada sebuah rumah banglo yang tersergam indah di hadapannya. Pandangannya jatuh pula pada insan-insan yang sedang berdiri di muka pintu rumah itu. Rezqan sudah mendapatkan mereka. Dia memang sudah kenal dengan ibu bapa Zamir memandangkan Zamir itu sahabat baiknya.

『𝙼𝚊𝚐𝚒𝚜𝚗𝚢𝚊 𝙲𝚒𝚗𝚝𝚊⊰♥⊱』Where stories live. Discover now