part 8🌹⚘(end✔)

240 15 1
                                    

“ASSALAMUALAIKUM ibu dan anak ayah. Buat apa tu?” Rezqan mengusap perut isterinya yang sedikit membukit dari belakang. Dagunya diletakkan di atas bahu Yura. 

            “Waalaikumussalam. Agak-agak kalau pegang pisau ni tengah buat apa?” soal Yura. Pisau yang dipegang diletakkan lantas tangannya dibasuh dan dilap sehingga kering. Setelah itu dia berpaling dan mencapai tangan Rezqan seraya dicium penuh taat. Rezqan mengucup dahi isterinya.

            “Bunuh orang,” jawab Rezqan selamba. Yura sudah memalingkan kembali tubuhnya bagi meneruskan kerjanya. Rezqan masih berada di belakang isterinya.

            “Abang... apa bunuh-bunuh ni? Berdosa  tu. Berdosa besar.” Yura menyatakan rasa tidak senangnya. Rezqan ketawa perlahan.

            “Guraulah sayang. Nak abang tolong tak?” soal Rezqan sambil mengemaskan rambut Yura yang melepasi bahu.

            “Tak apa, Yura boleh buat,” balas Yura. Rezqan memeluk pinggang Yura dan pipi isterinya dicium.

            “Abang nak tolong jugak. Takkan tak ada apa-apa kot? At least bagilah abang potong sayur ke, potong bawang ke,” kata Rezqan. Yura tersenyum lantas membuka langkahnya. Kalau suaminya sudah mahu membantu, apa salahnya?

            “Okey, abang potong sayur, Yura potong ikan. Pastikan, abang buat kerja abang diam-diam. Jangan kacau Yura macam selalu. Bahaya tau bergurau dekat dapur ni,” pesan Yura.

            “Okey bos!” Rezqan mengambil tempatnya dan melaksanakan tugasnya.

            “Sayang...” Hah, dah agak dah. Tak boleh diam langsung! Tak sampai dua minit pun lagi, desis Yura di dalam hatinya.

            “Ya abang...” sahut Yura manja. Dia memandang Rezqan yang sedang memandang dirinya. Wajah Rezqan dihiasi dengan seukir senyuman.

            “Abang rasa fobia abang dah tak ada. Cinta memang ada magisnya yang tersendiri,” kata Rezqan. Yura tersenyum. Oh, ingatkan kenapalah tadi, kata Yura di dalam hatinya.

            “Setiap perempuan itu lain sikapnya abang dan cinta itu memang ada magisnya. Magisnya cinta bila Yura mampu bertemu dengan keluarga Yura kembali. Magisnya cinta bila cinta itu mampu mengubah suami Yura ni. Magisnya cinta bila ditemani kesabaran kerana cinta itu akan lebih bernilai untuk dirasai,” tokok Yura. Rezqan mengangguk tanda setuju. Yura meneruskan kerjanya kembali.

            “Sayang... I am the luckiest man on the earth for having you as my wife. A wife who could understand me. A wife who had a high level of patience. Seorang isteri yang sentiasa ada untuk abang. Terima kasih Yura Zahrah, kerana sudi melengkapkan hidup Rezqan Ferdaus. Rezqan Ferdaus cintakan Yura Zahrah,” ucap Rezqan sambil memeluk pinggang Yura dari arah belakang. Dagunya diletakkan di atas bahu Yura. Tugas memotong sayurnya sudah selesai. Jadi tugasnya sekarang adalah menganggu ketenteraman Yura. Yura tersenyum bahagia. Bersyukur kerana miliki seorang suami seperti Rezqan.

            “And I am the luckiest woman on the earth for having you as my husband. Why? Because you love me. Because you’re kind and hardworking. Because you could understand me. Because you are so sweet. Because...” Yura berhenti seketika. Rezqan masih menanti ayat Yura yang seterusnya.

            “Because? Apa lagi?” soal Rezqan. Yura memalingkan tubuhnya menghadap Rezqan. Dia tersenyum. Tampak cantik dan comel wajahnya dengan senyuman itu. Tangannya melingkari leher Rezqan.  

            “Abang, terlalu banyak alasan kenapa Yura rasa bertuah sebab memiliki abang sebagai suami Yura. Terima kasih abang kerana menerima Yura dalam hidup abang. Terima kasih atas cinta abang buat Yura. Yura Zahrah loves Rezqan Ferdaus more. Kadang-kadang, cinta Yura kepada abang takkan mampu diungkapkan dengan kata-kata tetapi mampu dilahirkan dengan perbuatan. Pengakuan setulus hati daripada isterimu,” tutur Yura. Senyumannya tampak semakin mekar dan menawan. Rezqan tersenyum bahagia. Bahagia mendengarkan ungkapan isterinya itu. Bahagia memiliki isteri seperti Yura Zahrah. Dahi Yura dikucup kasih. Moga bahagia terus menjadi milik mereka. Moga cinta yang dibina mampu dibawa hingga ke syurga.

End✔😍

『𝙼𝚊𝚐𝚒𝚜𝚗𝚢𝚊 𝙲𝚒𝚗𝚝𝚊⊰♥⊱』Where stories live. Discover now