Bir

118 7 0
                                    

Azan yang berkumandang dari Masjid Sultan Mahmed itu mengejut si lelaki dari lenanya. Wajahnya yang sugul itu disapu. Tidurnya masih bersisa. Matanya pun masih tidak dapat membuka sepenuhnya.

Pintu yang dikuak tiba-tiba buat si lelaki menoleh. Terlihat seorag wanita berumur masuk ke dalam dengan muka yang serius.

" Mehram mana kamu pergi semalam? Lambat balikkan. Orang dah lepas subuh dah Merham!" Tegur Puan Dunaila.

Mehram kaget. Apahal subuh dah habis pula? Yang tadi dia dengar tu nasyid ke? Eh takkanlah.

"Eh mama ni Mehram rasa tadi Merham dengar laungan azan. Takkan tiba-tiba subuh dah habis." Nafi Mehram.

"Memang azan. Tapi azan syuruk. Tahu syuruk." Ujar Puan Dunaila.

Membulat mata Mehram. Amboi terlajak subuh lagi! Berapa banyak dosa pagi yang aku kena tanggung ni. Mehram membetulkan rambutnya yang agak berserabut.

"Mana kamu pergi semalam Mehram?" Soal Puan Dunaila curiga.

"Ouh semalam patutnya Mehram memang dah nak sampai rumah dah. Tapi tiba-tiba Elif call suruh teman dia pergi minum dekat cafe." Terang si anak.

Dia sudah agak mesti mamanya akan bertanya. Lagipun dia memang tidak sengaja. Elif borak panjang sangat. Jenuh dia nak kena faham bahasa ibunda orang tu.

"Kamu kena ingat sikit Mehram. Kamu tu bukannya orang sini pun. Papa kamu je orang Turki mama ni Malaysia." Puan Dunaila mengingatkan anak lelakinya.

Merham mengeluh. Inilah padahnya bila mak ayah lain-lain negara. Kalau negeri tu tak apa lagi. Ini Negara.

"Yelah mama Mehram sentiasa ingat." Balasnya ringkas.

🍎

Sementara itu di sebuah kedai buku, seorang gadis sedang sibuk melihat buku-buku yang tersusun elok di atas rak. Hendak dibeli semua jenis tajuk dia dah ada.

"Yardım etmek için yapabileceğim bir şey var mı? " Suara pekerja kedai buku itu mengejutkan dia.

Si gadis menoleh kepada pekerja dan menggeleng sebagai tanda bahawa dia tidak memerlukan apa-apa bantuan. Dia meneliti sekali lagi rak-rak buku yang tersedia. Buku Sultan Muhammad Al Fateh itu menarik perhatiannya. Dia dah baca hampir semua tentang lelaki pahlawan itu.

Buku yang dipegang terus dibawa untuk ke kaunter. Baru sahaja hendak melangkah dia melanggar seseorang. Si gadis jatuh terduduk. Sakit punggungnya.

" Afferdesiniz...afferdesiniz...afferdesiniz" Pinta si lelaki bersungguh-sungguh. Dia menyatakan maafnya kerana melanggar.

Si gadis hanya menoleh. Ah sudah aku lagi malas nak guna bahasa ibunda sini. Adui!

"Önemli değil." Ujar si gadis semula yang menyatakan bahawa dia okey saja

Si gadis bangun dari duduk tadi dan berdiri di depan lelaki. Lelaki hidung mancung muka ala-ala lelaki Turki itu dipandang. Kacak memang kacak. Tapi kalau dia bukan keterunan raja tak mahulah dia mengurat.

"Merhaba " Si lelaki menyapa.

Si gadis membuat muka pelik. Merhaba? Hurm dia ingat kata sapaan dekat sini sikit-sikit je.

'Dia ajak aku pergi Marhaban ke ni?' Getus si gadis dalam hati. Wait! Merhaba tu ' Hello'

"Merhaba." Balas si gadis.

The Sparkle [C]Where stories live. Discover now