Dört

39 5 0
                                    

Muzium Hagia Sophia...

Hasya berjalan mendahului Mehram. Dia menuju ke pintu utama untuk membeli tiket. Melihat seorang lelaki sedang berbual-bual dengan pelancong itu terus dia dekati.

Dah lama dia tidak bertemu dengan orang itu. Mujurlah dia masih menguruskan Muzim bersejarah ini. Dia berjalan ke arah lelaki tersebut. Mehram yang melihat arah si gadis hanya mengikut.

Dia pernah pergi ke sini sekali saja. Itupun kerana ayahnya hendak berjumpa dengan kawan. Nak berjalan-jalan dengan lebih teliti tak pernah pula dia teringin nak buat.

" Uncle Ordun!" Sapa Hasya gembira.

Lelaki yang sedang berbual itu menoleh. Terkejut dia melihat si gadis di depan mata.  Hasya menyalami tangan lelaki tua itu. Mehram hanya mengikut kelakuan Hasya.
Siapa pula lelaki ini.

" Merhaba Hasya! " Lelaki itu menyapa semula.

" Nasilsin?" Uncle Ordun bertanya khabar Hasya.

" İyiyim, teşekkür ederim. " Hasya menyatakan bahawa dia sihat sahaja.

Mehram melihat situasi di depannya dengan penuh tanda tanya. Uncle Ordun? Nak kata ayah si Hasya mustahil. Takkan panggil Uncle. Mehram mencuit lengan baju Hasya.

Hasya yang perasan lengan bajunya dicuit terus menoleh.

  " O kim? " Mehram bertanya. Hasya tersengih.

Teruja punya pasal lupa yang dia bawa orang ke sini.

  " Benim adin Ordun Olga." Uncle Ordun memperkenalkan diri.

" Akraba misiniz?" Mehram menyoal adakah mereka bersaudara.

Hasya mengangguk teruja.

" Dia pakcik saudara saya. Dia diberi amanah untuk menjaga muzium ni." Terang Hasya.

Mehram mengangguk tanda faham. Dia memberikan senyuman pada lelaki tua itu. Patutlah Hasya boleh berbahasa Turki. Darah Turki memang mengalir dalam badan si gadis.

" Little lady you should wear your scarf you know that. Its your aurat." Tegur Uncle Ordun.

Hasya tersenyum tawar. Dia masih belum sedia sepenuhnya hendak memakai tudung. Dia masih mencuba perlahan-lahan. Satu hari nanti dia mesti akan pakai.

Mehram pula terkejut. Scarf? Itu bermakna Hasya orang Islam? Patutlah masa dia menghulurkan tangan untuk membantu tempoh hari dia menolak. Haih tak terfikir pula.

" Insya Allah I will uncle. One day." Ringkas jawapan Hasya.

Dia meminta keizinan untuk masuk ke dalam muzium tersebut. Tidak mahu dia meneruskan jawapan Uncle Ordun itu. Gugup rasa jantungnya.

Mehram masih diam membisu dan mengikut si gadis masuk ke dalam. Sampai di dalam muzium dia terpegun melihat kecantikan dinding-dinding Muzium itu. Unik sungguh warnanya.

  Mehram membaca fakta-fakta yang tergantung didinding Muzium itu. Hasya pula sedang berswafoto. Tiba-tiba dia teringat soalan yang berkaitan dengan Al Fateh tadi.

Mehram mendekati Hasya yang sedang teruja memegang buku-buku lama disitu.

" Hasya saya nak tanya ni..." Mehram meminta keizinan.

Hasya menghentikan perlakuannya. Dia mengangkat kening tanda apa.

" Err... Pasal Al Fateh dekat kafe tadi?" Takut-takut Mehram bertanya.

Hasya mengangguk beberapa kali. Dia berjalan dan Mehram mengikutinya.

" Saya nak kahwin dengan anak raja." Ringkas jawapan Hasya.

Mehram terhenti. Anak raja? Gila ke apa minah ni.

" Tapi kenapa?" Soal Mehram ingin tahu.

" Sebab saya suka sangat dengan Sultan Al Fateh. Saya kagum dengan kebaikan, keberanian, kebijaksanaan dan hati dia yang mulia. So Im glad if iam found someone like him!" Teruja Hasya menerangkan.

" Tapi apa kena mengena dengan anak raja? Ada je manusia biasa yang boleh perangai macam tu. " Mehram cuba meminta kepastian.

Hasya berjalan mendekati tingkap yang terbuka. Banyak sangat tanya mamat ni. Ikatan rambut yang terlerai dibetulkan semula.

" Sebab saya yakin cuma anak raja saja yang ada perwatakan begitu. Sebab mereka akan mentadbir kerajaan jadi mereka kena ada sifat- sifat macam tu." Yakin Hasya menerangkan.

" Awak pasti takda manusia biasa yang boleh jadi macam Al Fateh?" Mehram menyoal.

" Ya saya pasti! Oleh itu selagi saya tak dapat anak raja saya takkan kahwin." Hasya menjawab.

Mehram rasa nak tepuk dahi. Ada juga manusia yang yakin macam ini. Dia ingat nak kahwin dengan anak raja tu semudah dia order dekat kafe tadi?

" Tapi bukan senang nak ada dalam keturunan raja." Mehram cuba menyedarkan Hasya.

" Sebab itu saya perlu sentiasa tunjukkan keyakinan diri saya.  Even if I know its wrong I will make the King fall for me! " Tekad si wanita.

Mehram masih tidak percaya. Boleh tak ini dikira sebagai reject cara halus? Tak dapatlah dia nak mengurat si Hasya. Tapi Mehram mamakan pernah pesan 'If you want something fight for it! '. Kata-kata mama itu buat semangatnya kembali.

Kalau dia berjaya buat Hasyara jatuh cinta maka dia berjaya jadi raja dalam hati Hasyara! Duhai Turki Im in love!

The Sparkle [C]Where stories live. Discover now