Sekiz

31 7 0
                                    

Mehram menunggu di kafe itu dengan penuh sabar. Apabila Putera Aqhili menghubunginya dia agak terkejut. Adakah anak raja itu hendak memarahinya?  Tapi bagi dia, dia tidak bersalah.

Jika mahu mengurat usahalah sendiri. Kenapa perlu libatkan dirinya. Ingat aku ni tukang sampaikan ayat-ayat cinta korang? Sapaan dari belakang buat Mehram menoleh.

Muncul Aqhili didepannya.

" Merhaba." Sapa Aqhili ramah.

Mehram agak pelik dengan keramah si lelaki.

" Merhaba..." Jawab Mehram berbasa basi.

Wajah tampan Aqhili dilihat. Nak dibandingkan dengan wajahnya rasanya kurang 0.5% saja.

Putera Aqhili ini 100%

Dia? 99.5%.

Kalau dibundarkan dah sama level dah.

" Neden beni arıyorsun? " Soal Mehram memulakan bicara.

Minuman sudah di order. Dia menunggu Aqhili meneruskan kata-katanya. Dia ingin tahu mengapa si lelaki mencarinya.

" Dürüst olmak istiyorum..." Aqhili bersuara.

Mahu jujur? Jujur apa pula waktu-waktu begini? Kalau setakat nak kata dia suka Hasya baik tak payah. Dia pu nak jujur yang dia juga suka Hasya.

" Söyle bana." Mehram memberi keizinan supaya Aqhili bercerita.

Aqhili memulakan ceritanya. Mehram mendengar dengan penuh kusyuk.

Hampir 30 minit Aqhili menyelesaikan ceritanya. Mehram tergamam. Dia tidak sangka rupanya ada agenda tersendiri. Bila dia mendengar cerita Aqhili dia rasa lebih baik jika Hasya tidak mengetahuinya.

" Neden isyan etmiyorsun? " Mehram bertanya mengapa dia tidak membantah.

Aqhili menggeleng tanda dia tidak mampu. Mana mungkin dia melawan arahan ayahndanya. Mehram picit kepala. Bagaimana dia nak cakap pada si Hasya tentang niat sebenar anak raja ini.

" Bana yardım etmelisin. Ne de olsa ondan hoşlandığını biliyorum" Ujar Aqhili.

Aqhili merayu supaya Mehram membantunya. Aqhili juga tahu bahawa Mehram suka pada Hasyara. Dia tidak mahu jadi batu penghalang. Biarlah dia jujur pada gadis bernama Hasya itu.

Dia nak benci keturunannya pun dia tidak kisah. Memang dia layak dibenci. Permintaan ayahnya itu memang tidak terjangkau dek akal.

Selesai pertemuan itu Mehram terus berjumpa Hasya. Dia tahu gadis itu masih tertanya-tanya dengan ayat Putera Aqhili itu. Dia sengaja tidak mahu terjemahkannya. Sebab sakit hati.

Harini hari kedua dia akan bertemu dengan Putera Aqhili. Kali ini Mehram tekad untuk membantu. Daripada hati Hasya terluka kemudian hari baik dia terluka sekarang. Sekurang-kurangnya dia tahu hal sebenar.

Hari kedua mereka melawat ke Hippodrome Of Constatinople. Walaupun rasa bersalah menyelubungi kedua-dua lelaki itu. Mehram masih rajin menterjemah manakala Aqhili masih setia mendengar.

Melihat Hasya yang bersungguh-sungguh menjaga kawasan bersejarah ini buat hati Aqhili makin tak keruan. Bagaimana dia hendak menyatakan hal sebenar dan tujuannya. Kasihan dia melihat usaha si gadis.

Mehram juga teruja mendengar fakta yang dihuraikan oleh Hasya. Mengikut apa yang dikongsi tempat ini dibuka kepada orang awam dan tidak mempunyai sebarang bayaran masuk. Mercu tanda yang didirikan di tempat ini sentiasa padat dengan pengunjung.

Hasya kata lagi bila bulan puasa kebanyakan orang akan membawa makanan dan minuman mereka untuk berbuka puasa disepanjang jalan berikut. Kagum Mehram melihat kebijaksanaan Hasya.

The Sparkle [C]Where stories live. Discover now