Yedi

32 6 0
                                    

Pagi itu Hasya keluar agak awal. Dia tidak mahu Putera Aqhili menunggu. Bukan setakat putera tapi Mehram juga.

Maklumlah lelaki itu akan jadi penterjemahnya hari ini. Harap- harap berjalan dengan lancar.

Hasya menuju ke pejabatnya dengan penuh yakin. Kelihatan Mehram sedang duduk di sofa menunggu sambil membaca buku-buku info itu. Dia melihat sekeliling.

Rasanya belum sampai. Anak raja datang lambat? Sepatutnya...

On time!

Sharp!

Dont cheat!

Serious!

And handsome!

Mehram yang melihat Hasya berdiri seperti patung itu pelik. Diri macam pak pacak tu tunggu duit jatuh ke?

" Günaydin Mrs Hasya..." Mehram mematikan lamunan Hasya.

Hasya berdehem untuk menutup malu.

" Günaydin. " Ringkas Hasya menjawab.

Muncul Farha dengan tablet ditangan. Dia menghadiahkan senyuman manis pada si gadis yang bertudung itu.

" Ouh Mrs... Prince Aqhili will arrived here soon. He likes to visit our most popular place." Farha memberi penerangan.

" Hagia Sophia or Topkapi Castle? " Hasya menyoal.

Mehram mendiamkan diri. Dia cuma penterjemah. Nak masuk campur buat apa?

" Topkapi Castle." Ringkas Farha menjawab.

Hasya mengangguk. Itu istana peninggalan Turki Utmaniyah. Harus dipulihara dan dipelihara. Mana mungkin semudah itu bangunan itu diruntuhkan.

  " Sure nice place."

  " So Mehram... Are you ready?" Hasya menyoal Mehram yang berdiam dari tadi.

Mehram menoleh. Mukanya yang kacak itu memang tak boleh dilihat lama-lama. Boleh buat jantung terkeluar dari badan.

  " Come on... Setakat terjemah tu google translate pun ada." Selamba Mehram menjawab

Hasya merengus. Ish Mehram ni! Boleh pula melawak waktu-waktu macam ni.

" Awak ni memang nak kena tau!"

Buku diatas meja dicapai untuk memukul. Baru sahaja hendak bertindak langkahnya terhenti. Suara deheman itu buat dia menoleh. Membulat mata Hasya.

Putera Aqhili!

Hasya membetulkan bajunya. Mehram pula terus berdiri tegak. Nasib baik anak raja ni muncul. Kalau tidak lebam muka dia yang kacak ni. Mereka berdua memberikan senyuman manis terhadap anak raja itu.

" Merhaba, Hoş geldiniz prens." Sapa Hasya.

Mehram pula mengangguk mengalu-alukan kedatangan anak raja.

" Yes, Taniştiğimiza memnum oldun. "  Ujar si anak raja.

Mehram dan Hasya saling berpandangan. Dia gembira bertemu dengan siapa? Aku ke Mehram. Mereka berdua hanya tersenyum tawar.

" Arr... by the way. Today he will be my translator. " Ujar Hasya.

Dia menunjukkan Mehram yang berada di sebelahnya. Cepatlah terjemah!

" Benim adin Mehram,bugün senin tercüman olacağım" Mehram memperkalkan dirinya pada Putera Aqhili.

Anak raja itu mengangguk beberapa kali tanda dia mengerti. Disangkakan Hasya sendiri yang akan memahami perkataannya. Tapi rupanya dia bawa sekali tukang terjemah.

The Sparkle [C]Where stories live. Discover now