On [Epilog]

48 6 0
                                    

1 tahun kemudian..

Hasya menunggu di restorang itu dengan penuh sabar. Walaupun dah hampir 1 jam dia dekat sini. Oleh kerana Mehram dah berjanji. Maka dia kena turutkan juga.

Tudung yang dipakai dibetulkan sedikit. Berkat nasihat Mehram akhirnya dia berjaya memakai hijab dengan penuh yakin. Jari jemarinya diketuk dimeja. Nak dihubungi si lelaki itu Mehram kata jangan.

Hasya mengeluh. Kalau 30 minit lagi Mehram tak muncul memang dia balik. Ulang tahun perkahwinan kali pertama ini memang menyakitkan hati.

Al Fateh konon!

Jizzz!

  30 minit kemudian kelibat Mehram masih tidak muncul. Hasya merengus. Tunggulah dia balik nanti.

🍎

Petang itu baru Mehram pulang ke rumah. Cemas dia masuk kedalam. Dalam fikiran dia hendak mencari si isteri. Dia tahu dia sedang bersalah.

Tangga didaki. Jantung dia saat ini macam hendak hilang.

Dup...Dup...Dup.

Sampai di depan pintu dia beristighfar menenangkan diri. Pintu ditolak.

Mehram melihat Hasya sedang berdoa diatas sejadah. Mehram mendekati katilnya.

Hasya yang terbau minyak wangi itu terus menoleh. Mehram dah balik! Pantas doanya dihabiskan.

Selesai berdoa dia melipat telekung dan sejadah. Wajah Mehram yang meraih simpati itu dilihat.

" Sayang..." Rengek Mehram.

Hasya hanya melihat tanpa perasaan.

" Abang tahu abang salah..."

" Tapi abang betul tak sengaja... Farha beritahu abang lambat pasal mesyuarat." Ujar Mehram.

Pembantu peribadi pula disalahkan. Sedangkan dia sendiri yang lupa hal itu. Rada bersalah lagi menyelebungi diri bila dia teringat akan hari istimewa mereka berdua.

" Apa lagi abang nak cakap?" Hasya menyoal.

" Abang nak minta maaflah." Mehram memuncungkan bibir.

Hasya hanya melihat. Itu jelah ayat dia tahu.

" Asyik itu jelah ayat awak. Al Fateh konon." Mata di julingkan ke atas.

Hasya hendak menuju ke almari baju. Namun tingkah lakunya di tahan oleh si suami.

" Lepaskanlah!" Hasya menjengilkan matanya.

Mehram melihat Hasya dengan pandangan menggoda. Hasya tidak mampu bertentangan mata dengan lelaki itu.

" Hari ni hari istimewa kitakan?" Soal Mehram dengan suara menggoda.

Hasya menelan air liur.

" Im mad right now! " Hasya menjawab.

Mehram merapatkan tubuh si isteri padanya. Muka Hasya yang kemerah-merahan itu di pegang. Mana mungkin dia boleh lihat si isteri marah lama-lama.

Sunyi nanti!

" Tahu tak ada benda yang pasal Al Fateh sayang tak pernah tahu. Tapi abang ada benda tu." Mehram menyoal.

Rambut Hasya yang menutupi wajah itu diselak kebelakang.

" Apa?"

" Abang boleh goda awak tau!" Mehram yakin menjawab.

Kening Hasya terangkat. Orang lagi marah boleh pula nak melawak dekat sini!

" How?" Hasya masih melayan.

Mehram merenung mata si isteri mendalam. Hasya menelan air liur. Rasa nak gugur jantung dia pun ada.

" First, hug tightly." Mehram memeluknya.

" Second, looking into your beautiful eyes deeply." Mehram merenungnya.

" Thirdly, make me yours." Mehram mendekatkan wajahnya dan berbisik ditelinga Hasya.

Muka Hasya merona merah seperti kena panggang. Tidak sanggup digoda lagi. Baik dia maafkan sahaja kesalah suami.

Badan Mehram ditolak lembut.

" Fine. Orang maafkan." Hasya mengalah.

Mehram tersenyum lebar. Senang saja nak buat Hasya tenang. Bagi godaan Hot & Spicy mesti dia akan cair.

Mehram menarik Hasya duduk di birai katil.

" Terima kasih." Hasya berkata tiba-tiba.

Mehram menoleh pelik.

" Kenapa?"

" Sebab buktikan pada Hasya bukan semua Al Fateh wujud dari kalangan anak raja." Ujar Hasya.

Mehram tersenyum. Kepala si isteri diusap dan diletakkan di bahunya.

" Bukan abang yang buktikan. Tapi Allah yang tunjukkan semuanya." Ringkas Mehram menjawab.

Hasya memeluk pinggang si suami. Terima Kasih yang maha kuasa. Temukan aku dengan lelaki yang penyayang dan baik. Terima kasih temukan aku dengan Al Fatehku.

🌸 The End 🌸

The Sparkle [C]Where stories live. Discover now