eight.

4.7K 413 1
                                    

Dear Damian,
Please don't let their words get to you, love. Tak berbaloi untuk awak benci diri sendiri hanya kerana apa yang orang lain kata.
Yours

Kali itu nota itu ditatapnya dengan renungan bening. Kenyataan bahawa si penghantar nota menggelarkannya 'love' ditenggelami dengan insiden yang berlaku pagi tadi.

Mereka kata dia pelik. Mereka kata dia loner. Mereka kata dia si bijak yang angkuh dan kedekut untuk berkongsi ilmu.

Apa yang mereka tak tahu, dia sedang berperang dengan depresi dan kemurungan yang baru disahkan dihidap olehnya sejak kematian ibunya. Pemergian ibunya yang mati kerana dibelasah ayah kandungnya sendiri. Apa yang mereka tak tahu, dia sering dihurung rasa untuk meninggalkan dunia kerana dia tahu, tiada apa lagi untuknya di sini.

Apa yang mereka tak tahu... Ah, apa yang mereka tak pernah kisah mahu ambil tahu.

Dear DamianWhere stories live. Discover now