❝Dear Mine,
A week of silence just because I asked to meet up?❞
—DamianNota kali itu sampai ke tangan si gadis dengan cara yang sangat pelik. Ianya seakan-akan Damian tahu si gadis selalu melihat Damian melelapkan diri di belakang dewan seawal jam 8 pagi meskipun kuliah si lelaki akan bermula jam 9 pagi.
Dan ya, cara yang sangat pelik dan lucu saat Damian sengaja menampalkan nota kuning itu ke atas kepalanya ketika dia tidur. Nota kuning yang dapat dikesan dari jauh berada di atas rambut hitam si lelaki telah membawa langkah si gadis untuk menuju ke arah Damian meski teragak-agak.
Dia tahu, Damian berani melakukan itu kerana tiada orang lain yang akan mendekati Damian selain si gadis itu sendiri.

YOU ARE READING
Dear Damian
Short Story→short story← ❝Dear Damian, I'm yours.❞ Satu nota kecil dan pendek, yang tanpa Damian sedari, akan mengubah hidup lelaki itu selama-lamanya.