twenty two.

4.1K 386 0
                                    

Dear Damian,
That girl looks cute. Awak patut cuba terima pelawaan dia. Maybe she can be your friend?
Yours

Damian menghembus nafas kegeraman membaca isi nota itu. Terus saja dia melarikan pandangannya ke seluruh perpustakaan itu meski dia tahu hasilnya tetap sama. Dia takkan dapat melihat sesiapa yang boleh dicurigainya sebagai si penghantar nota.

Pagi tadi di ruang makan, entah mimpi apa seorang gadis yang juga pelajar di situ menghampirinya dan menegurnya, mengatakan hajat ingin makan bersama si lelaki. Saat itu Damian sudah terkejut malah dengan sekelip mata saja dia memaculkan, “Mine?” ke bibirnya demi mengetahui sama ada gadis itu merupakan si penghantar nota atau tidak.

Namun hasilnya, gadis itu hanya berkerut pelik dan Damian yakin gadis itu pasti menyesal kerana menegurnya. Namun, bukannya Damian kisah dengan semua itu. Sticky note kuning kemudian dia keluarkan.

Dear DamianTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang