thirty six.

4.2K 438 3
                                    

Meet our Azwa Radinna. Si gadis yang telah meminati Damian sejak tahun pertamanya di kolej itu, menjadi pemerhati dari jauh akan setiap hari dalam hidup seorang Damian.

Now, how's actually her life outside of liking Damian? Well, Azwa seorang gadis pemalu yang hidupnya hanyalah belajar, bekerja sambilan dan hidup bersama kedua ibu bapanya.

Azwa is just another ordinary girl. An ordinary girl liking an ordinary guy. Apa yang memulakan segalanya ialah saat Damian dilihatnya semakin kehilangan kawan; lelaki itu semakin sendiri di kolej luas penuh manusia itu.

Kerana itu juga, nota pertama sampai kepada Damian; kerana Azwa penat terus melihat tanpa melakukan apa-apa. Dia paling suka Damian yang tersenyum dan Damian yang gembira.

Kerana itu, notanya dihantar mengharapkan ia mampu menjadi sebab kepada senyuman dan kegembiraan Damian walau sebentar.

Bermula dari situ, pelbagai perkara berubah. Segalanya; nota balasan Damian, niat Damian mahu bertemu dan Azwa yang menolak. Gadis itu mulai sedar akan satu kenyataan dalam hidupnya.

She never really truly loves and accepts herself. Dia masih menganggap dirinya itu bukan sesiapa, kerana itu baginya Damian takkan sudi untuk mengenali dia yang bukan sesiapa.

Azwa bukanlah sesiapa, dia hanya gadis biasa. Dia takut akan penerimaan Damian terhadap dirinya yang sebenar, bukan hanya Yours pada nota-notanya.

Tapi nota balasan Damian membuktikan Azwa salah. Dia seharusnya menerima dirinya sebagai dia. Dan Damian juga, mahu mengenali Azwa sebagai Azwa, bukan mengharapkan si gadis menjadi sesuatu yang bukanlah dia.

Segalanya, yang membawa mereka ke detik itu.

“Hai, saya Azwa.”

Dear DamianTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang