Bab 2 : Martin

398 31 1
                                    

Huhu , perjalanan yang jauh .. Tapi sebab aku dah biasa , tak mengapalah . Haish .. tapi masih penat . Nasib baik aku bawa bekalan . Sekarang baru pukul 11 pagi . Aku telah meninggalkan Academy kira² 1 jam 30 minit yang lalu . Aku terfikir , apakah yang akan aku hadapi dalam perjalanan kali ini . Mungkinkah aku akan berjumpa dengan Ava lagi ?

(Flashback)

2 Tahun lepas ...

Ketika dalam perjalanan , aku terserempak dengan seorang perempuan yang amat cantik bak bidadari . Dia dikepung oleh seekor beruang yang mencuba untuk memakannya . Aku terus mencari batu dan membalingnya ke arah beruang itu agar beruang itu menukar 'target'nya , dan aku berjaya ! Beruang itu menoleh dan cuba menyerangku . Aku terus bertukar menjadi halimunan dan cepat² berlari ke arah wanita itu dan membawanya lari jauh dari beruang itu .

Dia terus mengucapkan terima kasih dan kami bersembang selama beberapa puluh minit . Ava namanya . Tekaan aku hampir betul , dia bukanlah bidadari tetapi berketurunan angel . Walaupun dia seorang angel , dia tiada sayap kerana dipotong oleh dark elf . Dia menceritakan yang dia ke hutan ini untuk mencari herba supaya ibunya sembuh dari penyakit .

Aku amat sedih dengan apa yang diberitahunya , lalu aku merelakan diri menolongnya mencari herba yang boleh menyembuhkan ibunya . Akhirnya kami jumpa dan dia terus meminta diri . Aku sentiasa berharap yang aku akan berjumpa dengannya lagi .

Setahun selepas itu , aku berjumpa dengannya lagi tetapi dia hanya menunggu kedatangan aku . Kuat sungguh ingatan dia . Kami bersembang sebelum aku meneruskan perjalanan .

(End of Flashback)

Pelik , kalini aku tak nampak pula si Ava .. Takkan dia terlupa ? Atau dia sudah lama menunggu hingga dia terpaksa pulang ? Ketika aku melihat ke arah jam , tidaklah begitu lewat .. Ah , mungkin dia pulang kot . Tak mengapa .. ketika aku pulang nanti , mungkin aku boleh berjumpa dengannya .

Aku pun meneruskan perjalananku ke kota besar , Nelxo .

### Setelah sampai ###

Ah , bandaraya Nelxo .. bandar yang paling sibuk jika dibandingkan dengan bandar² lain yang berada ni negara ini . Dalam 10 minit lagi , aku akan sampai ke rumah aku . Tak sabarnya nak pulang ! Tiba² ..

Gedebuk !

Pakcik : Oh , maafkan pakcik .. Pakcik tidak nampak kamu tadi ..
Martin : Oh , tidak mengapa pakcik . Pakcik okay ?
Pakcik : Ya .. Pakcik okay .. Terima kasih , nak ...
Martin : Sama² pakcik ...
Pakcik : Martin ?
Martin : Pakcik ! Oh rindunya !

Ini adalah pakcik yang amat baik bagiku . Dia telah menyelamatkan aku daripada diculik . Ketika itu , aku telah berjalan ke tempat lain tanpa disedari ibuku . Pakcik yang berlalu di sebelah aku terus menarik aku daripada diculik oleh seseorang yang tak dikenali . Pemuda itu terus berlari sepantas yang boleh agar tidak ditangkap . Pakcik aku terus membawa aku ke arah ibuku dan berpesan agar sentiasa mengingati anak .

Ketika aku meningkat dewasa , aku berjumpa dengan pakcik ini lagi , aku ingat lagi , ketika itu dia ditindas keluar dari kedai kerana inginkan makanan tetapi tuan kedai tidak memberinya . Aku terus memasuki kedai itu dan membeli sebuku roti dan memberinya kepada Pakcik . Dia terus mengucapkan terima kasih pada aku . Aku hanya tersenyum dan berlalu pergi . Sebelum aku masuk Academy , aku dan Pakcik sungguh rapat . Dia pernah menceritakan tentang dia pernah ada seorang anak , tetapi kerana cuai , anaknya hilang diculik . Sejak itu , dia cuba untuk mencari , tetapi tidak jumpa langsung . Jadi dia ambil tindakan untuk sentiasa menjaga kanak² yang berada di Nelxo . Selepas bercakap , aku meminta diri dahulu untuk pulang .

### Beberapa minit kemudian ###

Akhirnya , aku sampai ke rumah aku . Oh , sudah setahun berpisah , akhirnya jumpa juga . Orang pertama aku cari , ialah ibuku sendiri . Kenapa ? Sebab aku tahu yang ayahku sedang bekerja sekarang . Ketika aku melangkah masuk , ibuku sedang berada didapur , menyediakan makanan . Adik²ku pula sedang bermain . Tetapi , mengapa ada seseorang yang sedang berada bersama adik²ku ? Bila aju perhatikan dengan lebih dekat ... Wah ! Ayahku sendiri . Apalah aku ni .. hahaha ... Aku terus menyalami ayahku dan bertanya khabar . Setelah puas ayahku bertanya , aku terus ke dapur , mendapatkan ibuku . Aku memeluknya dengan erat kerana rindu yang teramat sangat . Kami berbual sambil aku menolong ibuku masak . Walaupun aku penat , aku tidak kisah .

### Petang ###

Ibu Martin : Martin , kamu tinggal disini berapa hari ?
Martin : Macam biasalah ..
Ibu Martin : Baiklah jika begitu . Ibu masuk dalam dahulu ya .
Martin : Baik , ibu .

Tidak lama selepas ibuku masuk kedalam rumah , ayahku pula keluar . Kami bersembang hingga hari semakin gelap .. Antara topik bualan kami adalah tentang berita gempar yang Dark Elf sudah mulai muncul . Beberapa orang yang disyaki Dark Elf sudah ditangkap dan berada di penjara Nelxo .

Aku sungguh risau akan keadaan Ezra dan Alpha sekarang . Memandangkan mereka adalah werewolves , amat sukar bagi mereka untuk berjalan dengan sendiri . Mereka mungkin diserang oleh Dark Elf , disebabkan separuh dari mereka adalah vampires . Vampires dan Werewolves bukanlah 2 kumpulan yang baik . Mereka tidak pernah bersatu . Sejak dahulu lagi , jika werewolf dan vampire bertemu , mereka akan berlawan hingga salah seorang mati .

Ada lagenda yang mengatakan bahawa dahulu , seorang lelaki pernah bercinta dengan seorang perempuan , mereka amat mencintai satu sama lain walaupun mereka werewolf dan vampire . Tetapi , pada suatu hari , mereka ditangkap . Nereka dijatuhkan hukuman mati . Mereka sempat bersumpah yang akan ada seseorang yang menggabungkan mereka suatu hari nanti , tetapi sehingga sekarang , tiada siapa yang belum pernah cuba menyatukan 2 kaum ini . Mungkin nanti ?

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Bersambung...

Jangan lupa vote ! Share jugak novel ni dengan kawan² lain !! Terima kasih !!!

P/S: Thanks to Hollow_789 sebab tolong saya beritahu semua orang yang saya takkan ada buat sementara waktu . Wattpad ada buat problem , idk what happen . Pretty scary tbh . Okay bye and sorry !

Oneirataxia 2 (Malay)Where stories live. Discover now