Bab 16 : Nearly The War

229 24 0
                                    

Ezra dan Icce sedang bersembang di dalam bilik manakala Zurka dan Ecra bersembang sebentar di tempat tersembunyi supaya tiada siapa berfikir yang Zurka sebenarnya jahat.(kerana bercakap dengan Dark Elf)

-Ezra dan Icce-

Ezra : Kenapa takde orang lain datang jenguk saya..? (T^T)

Icce : Err.. Mungkin sebab mereka kena prepare untuk peperangan nanti... Ezra.. Saya takut lah.. Perang ni mesti akan meragut ramai nyawa.. Apa akan jadi kalau Abyss menang?

Ezra : Icce.. Percaya yang kita boleh menang.. Perang ni akan berhenti kalau Abyss berjaya dibunuh.

Icce : Bukan ke Abyss tu immortal?

Ezra : Saya tahu, tapi Ecra cakap, dia boleh mati kalau dibunuh dengan pedang pahlawan terkuat dari Nelxo. Tapi, pedang tu sekarang ada di Dark City sebab Abyss dah jumpa pedang tu. Dia simpan di suatu tempat yang tiada orang tahu, kecuali Ecra. Jadi disini.. Ecra adalah kunci kemenangan.

Icce : Tapi.. Bagaimana nak bunuh Abyss dari dekat? Kita pasti takkan dapat sentuh dia..

Ezra : Ecra akan bunuh dia.. Ecra kan Dark Elf..

Icce : Maksud awak, Ecra akan jadi pengkhianat?

Ezra : Ya, betul..

Icce : Ohh, baiklah.. Awak, tolong jaga diri awak tau..

Ezra : Eh.. Awak ni.. tiba-tiba je cakap macam tu.. Baiklah.. Awak pun jaga diri awak..

Icce : Terima kasih.. Nanti kita jumpa lagi ya..

"Nanti.."

###Esoknya###

Ecra : Ingat semua plan kita ya...

Ezra : Ya.. Saya tahu la... Err, jauh lagi ke?

Ezra, Ecra dan Zurka sedang berjalan ke suatu tempat yang tidak jauh dari Academy. Mereka mahu menjauhkan diri supaya jika Ezra ditarik ke dalam Abyss nanti, tiada siapa akan tahu.

Zurka : Tak jauh......

Ezra : Zurka?

Zurka : Aku akan rindukan kau... adik.

"Adik..."
"Adik..."
"Adik..."

Perkataan itu membuatkan Ezra terdiam.. "Adik" ialah gelaran yang diberikan kepada Ezra oleh ibunya sendiri, dan hanya ibunya yang memanggilnya begitu. Ayah dan Zurka memanggilnya dengan nama sebenar. Ini membuatkan Ezra rindu akan ibunya. Air mata mulai jatuh.

Ezra berjalan kedepan berseorangan. Zirka dan Ecra ditinggalkan ke belakang. Ecra yang tidak tahu apa-apa disitu hanya diam melihat adik-adiknya. Zurka berjalan sambil berkata "Jom" dengan perlahan.

Tak lama kemudian, dia sampai ke tempat itu. Mereka berada di tepi air terjun.

Ezra : Disini ke?

Ecra : Ya..

Zurka : Jaga diri kamu, adik kecilku... </3

Ezra : Bye.. Kakak.

Ecra : Kita mula, ya?

Ezra : Baiklah...

Ecra membaca sesuatu secara perlahan dan menghalakan jari ke tanah. Secara tiba-tiba, keluar magis gelap dari hujung jarinya. Ia mengenai tanah dan tanah mula merekah. Ecra membaca sesuatu lagi dan meniup sesuatu dari tangannya ke muka Ezra. Walaupun di tangan itu kosong, keluar serbuk hitam dan Ezra mula menjadi dark elf seperti sebelum ini di tandas beberapa hari lepas. Ezra mengerang kesakitan dan akhirnya dia mula ditarik ke dalam tanah. Rekahan tanah tadi membesar dan menjadi portal. Ezra sempat melihat Zurka sebelum dia masuk ke Dark City.

Oneirataxia 2 (Malay)Where stories live. Discover now