12

3.4K 276 6
                                    

----------


Dengan sepenuh tenaga Taehyung cuba untuk mencapai telefon nya yang terletak di atas meja tepi katil. Sedar-sedar je dia dah ada kat atas girlfriend sehidup semati dia ni. Taehyung ingat juga yang dia pengsan depan Jihyun. Semoga tak jadi bahan bualan lah. Hehe.

Nombor telefon Yoongi di dail. Hanya Yoongi sahaja yang boleh bantu dia sekarang ni.

Tidak sampai 5 saat, panggilan di jawab.

"Taehyung-ssi"

"Hyung. Aku nak minta tolong boleh tak ? Ajak Jimin ke sini sekali dengan hyung. Boleh ?"

"Okay no problem. Tapi kenapa suara kau macam pelik. Kau sakit ke ?"

Taehyung tersengih kecil. Yoongi sahaja lah yang dapat tau diri dia lebih dalam dari ahli yang lain.

"Badan panas sikit je. Datang cepat eh"

"Okay bro. Take care"

Dan pada saat itu, talian di matikan oleh Taehyung sendiri. Nafas berat di hela perlahan-lahan. Bunyi pintu di kuak langsung tidak membuatkan Taehyung tersentak.

"Awak okay tak ?" ,suara Jihyun mulai kedengaran. Taehyung mengangguk kecil. Kepala dia sakit rasa macam nak meletup pun ada.

"Nah air kosong. saya tengah masakkan bubur kat bawah" ,sebutku sambil melangkah mendekati katil Taehyung.

Segelas air putih aku letakkan di atas meja yang bersebelahan dengan katil. Dengan badan yang longlai, Taehyung bangun dan duduk dari pembaringan nya.

Gelas yang berisi air kosong tadi aku hulurkan kearah Taehyung. Gelas bertukar tangan. Taehyung mula meneguk perlahan-lahan air tersebut sehingga separuh.

"Apa yang sakit ?" ,soalku prihatin. Sekali sekala. Lagipun aku tak kejam mana pun sampai nak biar dia sakit sorang-sorang.

"Kepala" ,jawab Taehyung sepatah. Gelas aku ambil dari tangan nya dan letakkan di atas meja.

Taehyung membaringkan tubuhnya di atas katil. Mata di pejam rapat. Urat pada dahinya mulai kelihatan. Sakit sangat ke ?

"Kalau awak sakit macam ni saya takkan datang universiti." ,aku tersenyum nipis. Kesian juga tengok Taehyung tahan sakit sorang diri. Aku sebagai isteri takkan tak boleh jaga suami sendiri ?

"Aku okay. Sakit kepala ni sikit je. Esok-esok okay lah tu" ,balas Taehyung.

"Jangan degil boleh tak ? Awak tu bukan je sakit kepala, demam sekali. Siapa yang nak jaga awak kalau bukan saya ?" ,aku mula membuka mulut dan membebel.

"Aku bukan budak lagi sampai demam pun kena pantau. Lagipun aku dah besar, aku boleh jaga diri sendiri lah" ,jelas Taehyung. Matanya masih terpejam rapat.

Aku hanya diam. Kalau aku jawab juga kata-kata Taehyung memang sampai esok pun tak habis topik pergaduhan ni.

"Tak sejuk ke ?" ,soalku selepas melihat badan Taehyung yang seakan-akan mengigil. Aku boleh lagi pakai t-shirt tipis lengan pendek tak pula kesejukkan.

"Air-cond tu sejuk" ,balas Taehyung dengan suara yang gagap. Ha kesejukkan lah tu.

Selimut di tarik sehingga ke bahagian leher. Entah kenapa aku tiba-tiba tergelak. Rasa terhibur pula bila tengok lelaki kacak demam. Hoho

"Nak saya matikan air-cond tak ?"

"T-tak. Tak payah matikan. Naikkan suhu je lah" ,balas Taehyung. Dahinya berkerut menahan sejuk dan kepala yang berdenyut-denyut.

[COMPLETED] 나쁜 소년 | BAD BOY feat Kim TaehyungWhere stories live. Discover now