30

2.1K 183 11
                                    

-------------

Duit yang tersisa pada kocek seluar Taehyung di jadikan bayaran tambang menaikki bas. Nak pergi mana pun, aku tak tahu. Taehyung langsung tak cakap apa-apa lepas kitorang berjaya melarikan diri dari hotel tu.

"Umm. Kita nak pergi mana?" ,soalku selama perjalanan kami asyik mendiamkan diri. Aku memandang kearah Taehyung yang merehatkan kepalanya pada bahuku.

Dia nampak serabut. Seperti ada sahaja benda yang tidak pernah puas dia lakukan selama tempoh kami bersama.

"Rumah." ,jawab Taehyung sepatah.

"Rumah siapa?"

"Rumah aku."

Aku sekadar mengangguk faham. Selok-belok jalan ini sangat familiar bagi aku. Mata merenung kawasan jalan raya ini dengan penuh teliti. Jangan cakap kitorang pergi rumah Taehyung yang dah lama terbiar tu?


Titt!

Taehyung membunyikan lonceng. Tayar bas semakin lama semakin perlahan sehingga ia betul-betul berhenti di hadapan sebuah rumah yang tidak pernah hilang dari kotak ingatan ku.

"Jom." ,ajak Taehyung lalu bangkit mengajak aku untuk menuruni bas.

Rumah di hadapan ini aku pandang dengan senyuman kecil. God aku rindu rumah ni. Rumah di mana segalanya bermula. Rumah di mana aku, Taehyung dan Jaehyung pernah mengikat memori bersama dulu.

"Kau masih tinggal kat rumah ni lepas kejadian pecah masuk tempoh hari?" ,aku menyoal sambil mengekori langkah Taehyung menuju kearah pintu rumah.

"Haah. Aku jaga balik rumah ni tanpa pengetahuan Yoongi. Aku taknak lah susahkan dia. Kang dia jadi tebusan dalam kes aku ni, naya aku" ,sebut Taehyung.

Hmm, patut lah ciri binaan rumah ni masih nampak kukuh dan keadaan nya juga tidaklah begitu usang. Agaknya lama juga kitorang tinggalkan tempat ni. Rupanya Taehyung masih tinggal kat sini.


Pintu rumah di buka. Syukur, Taehyung ada bawa kunci. Kalau tak, entah apa yang kitorang nak jawab dengan Yoongi nanti.

"Kalau kau nak makan, ramen je ada. Minuman pula ada je kat dalam dapur tu" ,jelas Taehyung. Badan nya di baringkan keatas permukaan sofa. Lebam pada permukaan wajahnya di sentuh sedikit.

Aku pula melangkah kearah dapur dengan perlahan. Cermin di mana pencuri pecah masuk itu sudah pun di tukar menjadi yang baru. Perabot-perabot di rumah ni pun masih sama. Tiada yang berubah.


"Ahh.." ,aku tersentak selepas terdengar bunyi rengekkan kesakitan yang datang dari ruang tamu. Siapa lagi kalau bukan Taehyung?


"Tae? Kau okay tak?" ,soalku. Segelas air kosong aku ambil lalu aku bawa ke ruang tamu. Jejaka yang sedang berbaring di atas sofa itu aku dekati.

"Ya"

"Minum dulu air ni lepastu aku bawa naik ke atas." ,kataku sambil memberikan segelas air itu kepada Taehyung. Laju sahaja dia meneguk tanpa mengambil nafas. Haus agaknya.

[COMPLETED] 나쁜 소년 | BAD BOY feat Kim TaehyungWhere stories live. Discover now