04

4.1K 308 11
                                    

"Pelajar Global Cyber University" , jelas Youngmi. Tangan nya tidak berhenti bermain dengan rambut milik Yoonmi.

"Pelajar rupanya. Patut lah nampak muda" , tambah Yoongi. Terasa diri ini terlalu tua untuk berborak dengan Youngmi.

"Sebelum saya lupa nak tanya , buat apa kat sini ?" , Yoongi bersuara.

"Baru pulang dari universiti. Rumah dekat area sini je sebab tu lalu kat taman ni. Nampak pula budak ni nyaris kena langgar , sebab tu saya selamatkan" , penjelasan Youngmi di balas dengan anggukkan.

Yoongi tidak berhenti memandang kearah anak mata hazel milik gadis itu. Sangat cantik dan unik.

Dahlah cantik , putih , badan dah cantik. Boleh katakan Youngmi sangat perfect di mata Yoongi. Dah jumpa calon mummy baru untuk Yoonmi ke ?

Hahahaha...

"Kalau dah takda apa-apa. Saya gerak dulu lah. Nanti mak saya risau" , kata Youngmi sambil berdiri dari tempat duduknya.

"See you again Min Yoongi" , Youngmi tersenyum.

Dia mengatur langkah meninggalkan kawasan taman tersebut. Entah kenapa Yoongi tersengih melihat pemergian gadis itu.

Adakah ini di namakan cinta ?

----------

"Ji ?"

Jimin melambaikan tangan nya di hadapan ku berkali-kali. Namun aku masih termenung sambil mengunyah sekeping roti. Jimin mengeluh.

"Ji .."

Sekali lagi Jimin memanggil. Kali ini tangan nya sedia untuk mencuit bahu ku. Tanpa sebarang amaran , aku merasakan bahawa bahu ku perit. Tau-tau sahaja bahawa Jimin sudah mencubitnya dengan kuat.

"Arh sakit lah !"

Aku menjerit bersama kening yang sudah bertaut rapat. Tangan kanan menyapu lengan kiri yang di cubit oleh Jimin. Kalau aku layangkan satu penumbuk memang naya budak Jimin ni.

"Nak apa ?" , soalku tidak puas hati. Kacau orang ni mesti nak tau sesuatu.

"Kenapa kebelakangan ni Ji nampak pelik ? Selalu nak elakkan diri dari oppa. Tidur lewat , tak bermaya. Tu bibir tu , dah pucat dah. Ji sakit ke ?" , kritik Jimin penuh terperinci.

Perlahan-lahan jari-jemari ku menyentuh bibir sendiri. Takkan lah aku kekurangan darah sampai bibir pun nak pucat ?

"Ji okay lah. Mungkin kurang minum air je kut. Dia mengering sebab tu jadi pucat" , aku cuba menipu. Jimin hanya mengangguk.

"Barang-barang sekolah Ji dah lengkap ? Haritu kita ke bandar oppa tak nampak Ji beli apa-apa pun ?" , ungkit Jimin. Susah juga dapat abang fikiran kuat ni.

Kenapa kau tak nyanyuk je hah Jimin ? Senang lah aku diamkan diri. Ishhh ..

"Tak jadi lah. Ji rasa Ji patut sambung simpan duit , ada lagi penting Ji nak beli" , jelasku.

"Pakai je lah duit oppa. Duit mak ke , tak payah lah nak jadi budak baik sangat" , Jimin mengulingkan kedua biji matanya.

"Itu prihatin je jeles ?" , aku menyoal Jimin dengan senyuman mengutuk.

"Dua-dua tak"

"Heh yelah tu"

----------

"This is your money. Thanks for the perfect service"

Taehyung menyambut huluran lelaki berumur lingkungan 50-an itu. Beg hitam yang besar dan tebal di angkat oleh Taehyung. Dalam hati sudah cukup berpuas hati , dia dah dapat duit lagi.

[COMPLETED] 나쁜 소년 | BAD BOY feat Kim TaehyungWhere stories live. Discover now