19

2.6K 224 7
                                    

----------


"Esok aku cadang nak keluar cari kerja. Ji ikut tak?"

Soal Taehyung yang sedang berbaring di atas katil. Manakala Jihyun, masih duduk termenung di birai katil.

"Takkan lah awak nak tinggalkan saya kat tempat mengerikan ni?" ,soalan berbalas soalan.

"Tch─ Jahat sangat ke aku sampai sanggup tinggalkan bini sorang diri kat rumah?" ,Taehyung bersuara menyindir.

Aku menoleh ke kanan.
Memandang Taehyung dari sisi matanya.

"Sapa tau hati lelaki" ,aku tersenyum kecil.

"Aku kalau dah sayang memang 24 jam perempuan tu akan jadi gam untuk aku. So sekarang berhenti nafikan yang aku jahat, meh sini. Tidur" ,ajak Taehyung.

Ruangan katil di sebelahnya di tepuk pelan. Katil sekecik saiz Queen ini sahaja yang mampu memuatkan aku dan Taehyung.

Perlahan-lahan aku membaringkan diri pada permukaan katil. Suasana malam di kawasan perumahan ini amat sunyi dan tenang.
Langsung tiada bunyi motor mahupun bunyi kenderaan lain.

"Jadi awak sayangkan saya?" ,aku baring sambil merenung Taehyung dalam.

Segaris senyuman manis terukir pada bibir merah jambu lelaki tersebut.
Wajah Taehyung dalam cahaya yang agak malap itu aku renung lama.

"Kalau aku tak sayang, dah lama aku ceraikan kau─"

"Yah!"

Aku menumbuk pelan bahu Taehyung. Gelak tawa kecil mula meletus antara kami berdua.

3 saat bertentangan mata, aku merapatkan tubuh kearah Taehyung. Badan nya aku peluk erat. Dada bidangnya aku jadikan tempat menyembam muka.

Taehyung baring menghadap isterinya. Pelukan hangat gadis itu di balas.
Sungguh dia sayangkan Jihyun sepenuh hatinya.
Langsung tidak terlintas pada fikiran nya mahu menceraikan Jihyun.

Biarpun perkahwinan mereka bukanlah permintaan Taehyung.

"Kenapa Ji semakin lama semakin manja huh? Mana pergi Jihyun yang dingin?" ,Taehyung menyoal.

"Entahlah. Saya taktau pun apa jadi dengan diri saya ni. Yang penting, saya memang natural macam ni" ,balas ku ringkas.

"Nasib lah aku dah tak muntah-muntah lagi" ,Taehyung tersenyum puas. Akhirnya dia bebas dari simptom muntah-muntah.

"Kandungan dah masuk 3 bulan seminggu lebih, memang lah dah tak ada" ,aku mencebik.

"Dah dah. Tidur cepat. Esok awal bangun, awal jalan" ,arah Taehyung prihatin.

Aku memejam rapat mataku sambil mengeratkan pelukan. Tidak sampai seminit, aku mula hanyut dalam mimpi.

----------

"Taehyungie!"

Suara jeritan Jihyun mulai kedengaran.

Taehyung yang masih berada di dalam bilik mandi hanya mengeleng kecil. Dulu dia yang kuat mengada, sekarang Jihyun pula yang kuat mengada.

Dah cakap tadi dia nak mandi, tapi itu juga lah Jihyun masih tercari-cari kelibatnya.

Tubuhnya yang hanya tersarung seluar pendek itu berdiri di bawah pancuran shower. Kepala di tundukkan ke bawah.
Mata di pejam rapat.
Meretapi nasib nya seisi keluarga.

[COMPLETED] 나쁜 소년 | BAD BOY feat Kim TaehyungWhere stories live. Discover now