26

2.4K 229 55
                                    

----------

1 month later ..




"Uwerk Uwerk"

"Awak, bangun lah. Baby nangis tu"

Taehyung merengek sebaik sahaja di bangunkan dari tidur yang lena. Matanya memerhati kearah bayi kecil yang sedang menangis di sebelah nya.

"Anak papa nangis yerr" ,sengaja Taehyung mengalunkan suaranya ala-ala kanak-kanak.

Aku yang sedang sibuk menyiapkan diri hanya merenung nya tajam. Anak dah bangun, tolong lah pujuk.

"Bersiap awal ni nak ke mana?" ,soal Taehyung kepadaku.

Mesti korang pelik kan kenapa aku masih tinggal dengan Taehyung? Ini kerana permintaan Yoongi sendiri. Kalau aku nak tinggalkan Taehyung, lebih baik aku biar dia luangkan sedikit masa bersama anak lelaki dia sebelum kami betul-betul tiada hubungan langsung.

Lagipun sejak kebelakangan ni aku kurang layan Taehyung di sebabkan kejadian tempoh hari. Beberapa kali dia cuba buat baik kepada aku, aku akan elak.

Sebab aku dah taknak ada apa-apa hubungan dengan dia. Biarlah aku membesarkan Jaehyung tanpa ada seorang ayah. Aku tak perlukan suami lagi. Aku taknak Jaehyung membesar dalam kalangan pembunuh.

"Saya nak bawa awak ke mahkamah. Mungkin dah tiba masanya untuk kita berpisah" ,kataku tenang.

Langsung tidak ada sedikit pun perasaan simpati terhadap Taehyung. Aku cukup sakit apabila kembali mengingati kata-kata Taehyung padaku. Dan aku cukup sakit apabila mendapat tahu bahawa seorang anakku telah terkorban.

Serta-merta senyuman Taehyung pudar.

"Tak boleh ke kita terus macam ni? Baby pun masih hidup lagi kan? Kenapa kau masih berkeras nak tinggalkan aku?"

"Sebab itu lah kemahuan saya dari dulu lagi"

Mataku dan Taehyung saling bertentangan.

"Dulu saya pernah tertanya-tanya, kenapa saya di pertemukan dengan lelaki seteruk awak. Mula saya belajar untuk cintakan awak tapi apa yang awak balas lepas 3 bulan terakhir tempoh kandungan saya? Awak sendiri cakap yang awak dah sedia untuk saya tinggalkan. Betul tak?" ,lantang suara ku menahan marah yang sudah lama tersimpan di hati kecilku.

"Takkan dah takda sikit pun rasa sayang─"

"Tak! Takda sikit pun rasa sayang yang tersisa untuk awak. Perasaan tu dah lama mati. Dan kalau bukan sebab awak, Ji Hyung akan hidup sekarang ni! Jaehyung akan ada kembar!"

Bertubi-tubi kata-kata salah itu aku lontarkan kepada Taehyung. Air mataku jatuh.

Jaehyung yang masih menangis itu aku angkat ke dukungan ku lalu berjalan ke pintu. Sempat lagi aku mengingatkan Taehyung sebelum meninggalkan bilik tersebut.

"Cepat siap. Awak nak bebas kan? Lepas kita bercerai, awak akan bebas"

----------

Surat penceraian di tanda tangani oleh dua insan ini. Selesai sahaja proses penceraian, aku membawa Jaehyung turun ke tingkat bawah di mana aku akan bersua muka dengan Taehyung buat kali terakhir.

[COMPLETED] 나쁜 소년 | BAD BOY feat Kim TaehyungWhere stories live. Discover now