Prologue

52 0 0
                                    

"5 tahun Fika , 5 tahun , sayang nak tinggalkan abang sebab lelaki yang sayang baru kenal 7 bulan tu ?"

"Kenapa sayang ? Apa lagi kurang abang dekat sayang ? Abang dah bagi segala-galanya dah dekat sayang . Duit untuk kita kawin nanti pun abang dah kumpul . Sayang nak putuskan semua ni macam ja ?" teresak-esak Azhar menangis . Hatinya hancur berkecai kerana Fika , wanita yang paling dia sayang akan meninggalkan dia untuk lelaki yang baru dikenalinya .

"Fika sayang abang . Tapi hati Fika dah terpaut sikit dekat Muaz . Fika taknak pun semua ni terjadi , sebab tu Fika bagitau abang awal-awal so that we can overcome this together . Fika nak selesaikan semua ni , sebab Fika taknak tinggalkan abang pun . Fika nak teruskan hubungan kita macam biasa tapi abang kenalah bantu Fika , boleh ? Boleh abang ? Fika sayang abang sangat-sangat , macam manalah Fika nak buang abang dari hidup Fika . Tapi , abang kena yakin dengan Fika okay ?" jujur hati Fika kepada bakal tunangnya itu .

Sebenarnya tujuan Fika memberitahu Azhar mengenai hatinya sudah berpaling sedikit kepada Muaz bukan bertujuan untuk meninggalkan Azhar , tetapi Fika mahu menghilangkan perasaannya untuk Muaz dengan cara berbincang bersama Azhar . Namun , jalan yang dipilih oleh FIka telah mengeruhkan keadaan kerana Azhar tidak mahu mendengarkan penjelasannya dengan baik . 

Tanpa memikirkan panjang , Azhar spontan menolak Fika kuat ke dinding . Terkedu Fika dengan tindakan yang sebegitu rupa daripada seorang lelaki yang paling dicintainya . Terjatuh air matanya kerana kesakitan kepala dan bahu yang terhentak ke dinding . Dia tidak mahu menjerit kerana tidak mahu security guard datang  dan akan menimbulkan masalah yang lain . Jadi Fika terus mengambil barang-barangnya yang dibiarkan di lantai dan beredar dari situ meninggalkan Azhar sendiri .

"Kita belum habis lagi Fika ." jerit Azhar . Fika yang ketakutan cepat-cepat masuk ke dalam keretanya dan bergegas pulang ke rumah .


BUNGAWhere stories live. Discover now