3 bulan sudah Fika menjauhkan diri daripada Azhar . Bukan Azhar seorang yang tidak dapat mencari Fika , tetapi rakan-rakan sekerjanya juga kerana Fika telah memadam semua akaun media sosialnya dan menukarkan nombor telefonnya .
Banyak spekulasi tersebar mengenai hubungan Azhar dan Fika kerana Fika menghilang secara tiba-tiba . Sehingga hari ini , tiada siapa tahu di mana keberadaan Fika , kecuali keluarga dan Maria . Banyak kali Azhar datang ke rumah Fika tetapi tidak pernah sekalipun ibu dan ayah Fika mendedahkan lokasi Fika . Pada masa yang sama , Azhar tidak berhenti mencari kekasihnya itu kerana dia mahu tahu jawapan disebalik pemergian Fika.
Setiap hari, Azhar akan menulis sepucuk surat untuk Fika untuk menceritakan harinya seperti yang selalu dilakukannya melalui phone call setiap malam bersama Fika.
Dear Fika sayang,
Today is the 115th day you were gone . I don't know where else to find you . I went to your house almost every day dengan harapan sayang abang ni akan balik . Abang dah betul-betul taktahu nak cari sayang dekat mana , surat ni pun abang tulis supaya nanti abang boleh bagi dekat Fika bila abang jumpa Fika balik . Balik lah sayang . Abang perlukan sayang . Abang perlukan penjelasan , Maria pun taknak dedahkan apa-apa maklumat pasal sayang . Apa sebenarnya yang terjadi ni ? But I hope , wherever you are , stay safe , my love . I love you , forever .
-Your baby boo-
Azhar melipat surat yang ditulisnya dan memasukkan ke dalam sampul lalu menyimpannya dalam laci meja kerjanya. Ternampak nota kecil yang ditulis oleh Fika bersama hadiah hari lahirnya hari itu :
Dear my baby boo hehe :p,
My dreams came true when I met and fall in love with you.I cannot thank you enough for coming into my life and making it what it is today. You are really amazing.I admire and love you, and I can't wait to spend the rest of my life with you.
Yours truly <3
Tetiba air mata jantannya mengalir mengenangkan saat dia terlalu ikutkan emosinya dan hampir mencederakan Fika . "Kalau apa-apa terjadi dekat Fika , aku takkan pernah dapat maafkan diri aku." katanya dalam hati. "Tapi eh, aku belum tanya Rania, mana tahu dia ada apa-apa maklumat."
Dia mengelap air matanya lalu mencapai telefon bimbitnya dan menelefon Rania. Selama 3 bulan dia mencari Fika , baru harini dia teringat pasal Rania yang selama ni banyak menolongnya dalam memikat hati Fika . " Ya Allah , macam manalah aku boleh lupa pasal Rania ni." sambungnya dalam hati.
toot...toootttt..
"Assalammualaikum Rania, kau free tak petang ni. I need your help, please." sergah Azhar melulu.
"Waalaikummussalam, aku free jaa tapi aku kena jumpa seorang client jap, maybe after that we can meet." balas Rania. Dia sudah biasa dengan seniornya itu kerana mereka dah rapat macam adik-beradik jadi apa-apa masalah yang dihadapi oleh Azhar pasti dia akan cuba membantu , dan juga sebaliknya .
"Okay, so dalam pukul 5 petang boleh?"
"Boleh sangat. Tapi kita jumpa di kedai makan depan workplace kita lah because I'll meet the client there too, so alang-alang."
"Alright, thank you so much Rania. See you later. Bye."
"Alright, bye." perbualan mereka tamat di situ.
YOU ARE READING
BUNGA
Romance"Perempuan jenis apa lah Bunga tu ? Dengar nama saja ayu , namun perangainya , ish biadap betul ." Cacian demi cacian Bunga terima . Kebal sudah telinganya mendengar . Namun , betulkah semua hinaan itu ? Apakah yang menjadi puncanya ? "Terima kasih...