Azhar pulang ke rumah dengan mata bengkaknya . Dia terus masuk ke bilik lalu menghumban mukanya ke bantal . Bayangan muka Fika satu per satu terpampar di fikirannya .
"Sampai hati kau Fika . Aku sayang kau betul-betul , kau nak pergi sayang Muaz tu eh ? Pergilah kau . Takpa , kau tak rasa sakit aku nih ."
Azhar melihat baju pemberian Fika 3 hari lepas sempena hari lahirnya . Terus dia mencapai gunting di hujung meja belajarnya lalu digunting-gunting baju itu . Lukisan pemberian Fika juga dikoyak-koyakkannya tanpa memikirkan masa yang telah diluangkan oleh Fika dalam melukis potret muka mereka serta usaha yang telah ditaburkan untuk orang dicintainya itu .
"Macam nilah rasa koyaknya hati aku sekarang Fika."
Azhar sambung meraung sendiri di dalam biliknya . Dicapainya lagi gunting itu . Dengan menghiraukan larangan dalam agama , Azhar menoreh lengannya untuk cubaan membunuh diri . Bertambah kuat raungan Azhar akibat pedih yang menembusi kulitnya . Darah mula menitik atas cadar katilnya . Azhar mula merasa pening lalu terjatuh di atas tilamnya .
Nasib baik ayahnya, Encik Roslan datang membuka pintu bilik untuk memeriksa bunyi teriakan yang datang dari bilik Azhar . Terkejut ayahnya melihat Azhar yang terbaring lemah atas katil dan sudah tidak menyedarkan diri . Encik Roslan nampak darah banyak keluar di pergelangan tangan anaknya itu . Dia terus bergegas membangunkan isterinya yang sedang tidur lena kerana sudah lewat malam pada ketika itu .
Mereka berdua bergegas membawa Azhar ke hospital berdekatan . Pada masa yang sama , telefon bimbit Azhar tidak henti-henti berbunyi , namun tidak sempat dijawab oleh ibu Azhar kerana dia pun sibuk menguruskan Azhar . Semestinya perasaan ibunya sedang sedih kerana anaknya sudah terlantar begitu , tidak bermaya .
YOU ARE READING
BUNGA
Romance"Perempuan jenis apa lah Bunga tu ? Dengar nama saja ayu , namun perangainya , ish biadap betul ." Cacian demi cacian Bunga terima . Kebal sudah telinganya mendengar . Namun , betulkah semua hinaan itu ? Apakah yang menjadi puncanya ? "Terima kasih...