Bab 4

17 0 3
                                    

Mata Fika semakin bengkak dan pedih kerana terlalu banyak menangis . Jam menunjukkan jam 2 pagi . Fika cuba menelefon rakan baiknya, Maria, dengan harapan Maria masih belum tidur . 

"Heellooo Fika"

"Ma-Maria, boleh aku datang rumah kau tak ?" 

Fika berasa dia sangat memerlukan sokongan daripada rakan baiknya itu  dan tidak mahu berseorangan di rumahnya.

"Kenapa suara kau lain ni? Kau okay kaa? Kau dimana ni?" tanya Maria resah .

Sambung menangis si Fika kerana keadaan dia sangat lemah ketika itu . Tetapi , perlahan-lahan Fika cuba menjawab soalan kawannya itu .

"A-aku uh dekat ru-ru-mah" tersedu-sedu suaranya kerana dari tadi tidak berhenti menangis.

"Kau tunggu jap , aku datang rumah kau."

"Eh biar a-" 

Toottt

Belum sempat Fika menghabiskan ayatnya, Maria sudah mematikan panggilan telefon mereka. Fika sambung baring di atas katilnya sambil menangis kerana hatinya hancur berkecai . Dipandangnya ke dinding bersebelahan katilnya . Terdapat gambar-gambar dia bersama Azhar yang dilekatkan penuh di dinding . Terimbas memori apabila mereka dan rakan-rakan mereka pergi bercuti di Melaka. 

Ada satu gambar yang diambil ketika sambutan hari lahir Azhar yang ke-22 yang menjadi personal favourite Fika , kerana pada malam itulah Azhar telah menyatakan perasaannya yang selama ini dipendam kepada Fika . Dalam gambar itu , Fika sedang mencolek icing kek di muka Azhar dan kedua-duanya kelihatan sangat gembira . 

Fika mengenali Azhar daripada kawan sekolahnya, Rania kerana Azhar merupakan senior di tempat kerja Rania. Kebetulan pula rumah Azhar  sangat berdekatan dengan rumah Fika , jadi mereka kadang-kadang terjumpa di kedai runcit kawasan perumahan mereka tetapi tidak pernah bertegur sapa . Hanyalah senyuman yang saling berbalas tetapi Fika tidak menyangka senyumannya itu telah memikat hati Azhar .

Lanunan Fika terhenti apabila terdengar lonceng rumahnya berbunyi . 

"Itu mesti Maria" katanya dalama hati. Dia turun ke bawah dan menuju ke pintu rumahnya. Dia menyelak sedikit langsir rumahnya untuk memastikan itu betul-betul Maria sebelum membuka pintu rumahnya. 

"Mariaaa" terus dipeluk si Maria oleh Fika selepas Maria masuk dan pintu rumah ditutup.

"Kau kenapa ni ? Heyy ? Tell me everything." kedengaran bunyi kerisauan dalam nada suara Maria. Diletakkan makanan yang dibekalkannya di atas meja kerana dia tahu pasti Fika belum makan malam.

Maria mengusap-usap Fika memujuk untuk berhenti menangis kerana separuh terbuka sudah mata rakan karibnya itu. Risau kalau boleh jadi buta nanti kalau berterusan menangis begitu. Namun, di sudut hatinya sudah dapat mengagak bahawan ini pasti ada kaitan dengan Azhar kerana Fika tidak akan membazirkan air matanya begitu sahaja .

Sambil memeluk Fika , Maria sambung berkata "it's okay Fika , you can tell me whenever you are ready . But now , I want you to stop crying , I don' t want you eyes become blind. Anyway, I bring food to you. Look, all those are your favourite."

Fika masih diam dan teresak-esak dalam tangisan.

Maria ke dapur dan mengambil segelas air kosong dan memberikannya kepada Fika .

"I know this may be hard for you to accept, but please don't be like this. This is hard for me seeing you like this. I miss your smile." pujuk Maria lagi.

"Ak-aku dah break de-dengan Az-Azhar" 

Bulat mata Maria mendengar ayat yang keluar daripada mulut Fika . Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena tetapi dia tidak menjangkakan ini langsung kerana dia tahu betapa dalamnya cinta Azhar dan Fika terhadap satu sama lain. Tambahan pula, kedua-duanya telah menetapkan tarikh perkahwinan mereka yang akan berlangsung dalam beberapa bulan lagi.

Terus dia memeluk erat rakan baiknya itu dan cuba menenangkan Fika lagi , dan akhirnya dia berjaya . Fika mula stabil dan memulakan penceritaan kisahnya dan Azhar yang terkandas di pertengahan jalan . Keadaannya semakin baik selepas dinasihati oleh Maria dan Maria memberikan sepenuh sokongan kepada Fika . Tersentuh hatinya mendengar nasib rakannya itu .



BUNGAWhere stories live. Discover now