Azhar yang sedang terbaring lemah mengalihkan pandangan ke arah bertentangan sejurus Fika masuk ke bilik itu . Dengan perlahan Fika berjalan ke katil Azhar sambil mengumpulkan keberanian untuk bersemuka kembali dengan kekasih hatinya buat kali terakhir . Lemah betul hati Fika melihat keadaan lelaki yang dicintainya terbaring begitu . Dia sebenarnya sudah dapat mengagak bahawa ada sesuatu akan terjadi kepada Azhar kerana setibanya dia di rumah , hatinya sangat tidak sedap . Dengan melihat balutan pada pergelangan tangan Azhar , dia dapat meneka bahawa Azhar telah cuba mencederakan diri sendiri . Semakin berat hatinya ingin meninggalkan Azhar buat selamanya tetapi janji yang telah dibuat kepada Encik Roslan harus ditepati.
"Abang , ni Fika datang ni." kata Fika sambil merangkul tangan Azhar dan memegang erat tangan itu. "Fika nak minta maaf".
Diam seribu bahasa.
"Abang tak suka ka Fika datang ? Abang nak rehat ka ? Fika risau sangat bila ibu cakap abang masuk hospital , sebabtu Fika datang . Fika taknak apa-apa terjadi dekat abang . Abang jangan buat benda pelik-pelik dah eh?" sambung Fika . Kedengaran getaran daripada suaranya menahan tangisan.
Azhar mula menitiskan air mata jantannya . Fika cepat-cepat mengambil sapu tangan di dalam poketnya lalu mengelap air mata itu .
"Abang janganlah nangis . Fika tak kuat la tengok abang nangis."
Tangan Fika tiba-tiba digenggam erat kembali oleh Azhar . "Fika jangan tinggalkan abang dah eh?" akhirnya bersuara juga si Azhar. Semakin lebat tangisan Azhar merayu supaya Fika tidak meninggalkan dia lagi .
Fika pun tidak dapat menahan lagi air matanya lalu terjatuh juga didepan Azhar . Terus Azhar cuba untuk duduk kerana ingin menenangkan Fika . Dia merasa begitu lemah apabila melihat Fika menangis begitu kerana Fika yang dia kenal ialah seorang yang ceria dan tabah. Jadi, dia berasa terkesan apabila orang yang selalu menceriakan hari-harinya dan dikatakan sudah untuk menitiskan air mata tiba-tiba menangis di hadapannya. Bagi Azhar, air mata Fika sangat mahal dan dia akan cuba sedaya-upaya untuk memastikan Fika sentiasa bahagia .
Fika masih diam , kata-kata daripada Encik Roslan semakin kuat didengari di telinganya , seperti ada rakaman yang dimainkan semula dan diletakkan betul-betul di telinganya .
"Fika juga kena janji dengan abang satu benda lagi boleh ?" "janji apa abang?" akhirnya Fika bersuara. "Fika stop berkawan dengan Muaz tu boleh ? Abang rasa dia nak ambil kesempatan ja la."
"Eh tapi Muaz tu satu tempat kerja dengan Fika dan kami kerja dalam satu bahagian , so nak tak nak , Fika tetap kena bekerjasama dengan dia dan susah kalau Fika stop berkawan dengan dia macam tu ja. Nanti dia mesti akan fikir abang yang suruh."
"Tapi kan abang, hmmm, sebenarnya Fika ada satu benda nak bagitau abang."
"Ya sayang, benda apa? Fika tak tinggalkan abang kan?"
Belum sempat Fika menjawab, Encik Roslan dan Puan Azarina mengetuk pintu dan masuk ke dalam bilik tersebut. Fika faham masanya sudah habis dan dia perlu pergi dari situ . Dia juga tahu itu akan menjadi saat terkahir dia akan bertemu Azhar kerana dia sudah berjanji akan menjauhkan diri daripada Azhar buat selama-lamanya.
"Fika, dah lewat ni, boleh lah balik dulu, biar uncle dan auntie yang jagakan Azhar." kata Encik Roslan kepada Fika.
"Baik auntie, baik uncle. Bye Azhar. Assalammualaikum."
Fika terus bangun dan keluar dari pintu bilik wad tersebut . Lemah betul kakinya berjalan ke kereta . Hatinya berat mahu berpisah dengan Azhar . Sejurus dia masuk ke dalam kereta , dia meraung sepuas-puasnya . Hatinya sakit kehilangan seorang insan yang dia sayangi selama 5 tahun . Diketuk-ketuk stereng keretanya berulang kali kerana ingin melepaskan kesakitan yang teramat dalam di hatinya , dan tangisannya berterusan .
Tidak pernah sekali pun dia membayangkan pertunangan mereka akan terputus secepat ini selepas bersama-sama memperjuangkan hubungan mereka sehingga boleh bertahan sejauh ini . Hatinya semakin berat melepaskan Azhar kerana dia mengetahui yang Azhar masih mencintainya .
Dalam keadaan yang sangat tidak bermaya , dia menguatkan diri untuk memandu pulang ke rumah . Matanya sedikit pedih dan kabur kerana air matanya telah mengurangkan fungsi contact lens yang dipakainya .
YOU ARE READING
BUNGA
Romance"Perempuan jenis apa lah Bunga tu ? Dengar nama saja ayu , namun perangainya , ish biadap betul ." Cacian demi cacian Bunga terima . Kebal sudah telinganya mendengar . Namun , betulkah semua hinaan itu ? Apakah yang menjadi puncanya ? "Terima kasih...