~Luahan Hati Wanita ~

198 17 2
                                    

Kenapa aku memilih untuk meluahkan, menceritakan dan berkongsi rasa dengan semua?

Kenapa aku memilih untuk meluahkan jalan hijrahku?

Kerana seorang aku ini juga pernah terjatuh kelembah cinta dunia, yang mana membuatkan aku terus menerus tersesat dalam kabus-kabus permainan dunia. Makin hari makin jauh, makin lupa hakikat diri hanya seorang hamba.

Berbagai cara Allah hadirkan untuk menarik aku kembali pada jalan-Nya. Kadang ku buat tak tahu malah langsung tidak ku toleh. Allah hadirkan orang baik-baik malah aku pula yang pandang serong.

Lalu Allah rentapku dengan ujian. Sayangnya Dia pada hamba-Nya. Walau kadang rentapan itu perit, tetapi tidak mengapalah. Dia tidak terus membiarkan aku jauh dan jauh sehingga tersesat dan hilang arah jalan pulang.

Aku penat, lalu ku berhenti sejenak untuk aku kembali berfikir. Rupanya, Dia mahu aku kembali. Akhirnya, aku memilih untuk kembali. Iya, kembali hijrah tinggalkan kisah lalu yang menyesatkan aku. Kembali mencari cinta yang sebenar-benarnya...

Kadang kita tak tahu mengapa kita sebak..?
Dan datang pula secara tiba-tiba menyapa hati.

Lalu kita tadah tangan dan bertanyakan DIA..
Tanpa dipinta, bila berbicara dengan-Nya, rupanya banyak yang kita luahkan dan luahkan. Sampai satu bahagian itu, kita berat untuk membicarakannya. ALLAH tetap tahu, walau mulut tidak berkata-kata. Kerana kata yang terpendam itu, tetap kuat menjeritnya didengari semua penduduk langitNya.

Lalu, airmata yang menjadi saksi DOA itu disampaikan tanpa bicara terluah..

Nampak?? Begitu beratnya sesuatu yang terpendam terlalu lama itu untuk diceritakan, walau didalam DOA sekalipun.

Yaa Robb’
Andainya air mata yang turun itu mampu meredakan resah yang bertamu di hati seseorang···
pujuklah hatimu agar menangislah untuk menghapuskan debu dosa dihati itu.

Turunkan serendahnya egomu itu.Kerna berhadapan-Nya..
kamu tiada memiliki apa pun.
Hatta nyawa yang masih menyambungkan jasad dan rohmu..

Saat wanita itu menangis bukan kerana dia tidak kuat tapi wanita menangis wanita kerana sudah tidah mampu bertahan... Menangislah duhai wanita ada Allah yang mendengarkannya...❤

Terlalu banyak rasa yang kau pendam. Terlalu banyak perasaan yang kau sayang. Dan terlalu lama juga sakit yang kau simpan.Sampai bila ? Cuba lepaskan satu persatu sampai kau rasa bernafas sepuas hati itu adalah hal yang paling bahagia pernah kau ada...

Tarbiah Cinta Wanita 🩷Where stories live. Discover now