~Tutuplah Auratmu Wanita~

122 20 1
                                    


Hello... Assalamualaikum...
Teruntuk diri kita duhai ukhi... 😘

Labuhnya tudung BUKAN petanda kau umpama bidadari dunia.
Singkatnya tudung pula BUKAN petanda kau jahat sampai masuk api neraka.

Berstokin kaki bukan petanda kau solehah.
Tidak berstokin pula bukan kau seburuk-buruk muslimah.

Berhandsock warna bagai bukan petanda kau muslimah sejati.
Tidak berhandsock pula bukan petanda kau punya ibadah tak diberkati.

Kau mencari.
Aku juga mencari.

Bertudung bukan sekadar menutupi rambut yang cantik mengurai tapi menjaga gerak geri.

Berstokin bukan sekadar menutupi kaki yang lasak berjalan tapi melindungi.

Berhandsock bukan sekadar menutupi lengan yang sering kena sinaran mentari tapi untuk mengingatkan diri.

Tegur-- bukannya cakap kubur masing masing.
Nasihat-- bukan mengumpat.

Untuk mengubah perlu berhikmah bukannya menyumpah seranah.

Yang sudah bertudung labuh, berstokin dan berhandsock .
teruskan istiqomahmu.
Bantulah mad'u mu.

Marilah berhijrah kerana kita sudah tidak punya banyak waktu.

Semoga aku dan kau boleh menjadi-- yang tidak memandang dan tidak dipandang.

Sayang, kau sangatlah berharga seandainya kau menghargai keistimewaan dirimu.

Aku mencintai kalian kerana Allah,
Salam sayang sahabat...

Mahal ke? ;

Orang kata tudung labuh ni mahal?
Betul ke?

Orang kata ,
Baju labuh dan double size ni mahal?
Betul ke?

Orang kata ,
Stokin yg panjg² tu mahal ?
Betul ke?

Orang kata ,
Handsock ni mahal ?
Betul ke?

Orang kata ,
Barang² yg 'cukup kain' semua mahal ?
Betul ke?

Sebenarnya sahabat ,
Barang tu semua tak mahal kalau kita 'tiada alasan dalam menutup aurat'

Memang aku tak nafikan barang  makin mahal.
Tapi itu bukan alasan untuk kita 'malas' untuk tutup aurat .

Barang² tu tak semestinya kene baru , kena branded ,
Kalau beli barang² tu dekat bundle rm1 pon ok je sis .
Tak ada yg 'menggelikan' pon kalau beli kat tempat² yang besye² .

Dalam syariat tak ada dilistkan pakaian yg menutup aurat tu drpd barang yg baru ya.

Janji bersih dari zahirnya  ,tertutup itu pon dah boek.
Sebenarnya mahal tu bukan pada barang , tapi mahal pada 'diri' kita Untuk Hawa...

Bergembiralah labuhnya tudungmu menghiasi rupamu berbanding singkatnya tudung itu mempamerkan mahkotamu.

Berbanggalah menjadi wanita muslimah disaat wanita lain bangga menjadi wanita moden.

Tak usah malu menyarung stokin semasa wanita lain sibuk menyingkatkan kain.

Subhanallah..
Istiqamahnya engkau dalam menurut perintah اَللّهُ.

Seronok jadi bintang, tak ada siapa boleh pegangkan?Tapi lagi seronok jadi matahari, tak ada siapa mampu pandang.

Cantik dalaman kerana ilmu di dada, jelita luaran kerana aurat yang dipelihara dengan sempurna❤

Renung-renungkanlah... ❤

Tarbiah Cinta Wanita 🩷Where stories live. Discover now